BAB 9

Romance Completed 14078

BAB 9 Sampai sahaja di depan pejabat, Rafiq diserbu wartawan. Rafiq mengeluh kasar. Sah ni memang kerja Sarah. Dia yang memberitahu pihak media tentang Rafiq. Argh! Menyusahkan.

Rafiq membuka pintu kereta, sebaik dia keluar daripada kereta, semua wartawan itu menyerbu ke arahnya.

" Encik Rafiq, betul ke encik tunang kepada Sarah Aqilah? ".

" Berapa lama encik Rafiq bertunang dengan Sarah? ".

" Kenapa encik Rafiq rahsiakan hubungan encik Rafiq dengan Sarah?".

" Dah berapa lama encik Rafiq berkenalan dengan Sarah? ".

Rafiq mendengus geram. Ini semua kerana Sarah. Gadis itu memang sudah benar-benar melampau.

" Sorry no komen " Rafiq cuba melepaskan diri tetapi wartawan-wartawan itu masih mengasaknya untuk menjawab soalan mereka.

Lensa kamera tidak putus-putus merakam gambarnya. Sungguh Rafiq tidak selesa dengan keadaan ini. Dia rimas.

" Encik Rafiq tunggu " seorang wartawan daripada stesen televisyen terkemuka menahan Rafiq.

" Tolong faham boleh tak? Saya tak nak beri apa-apa komen. Menyibuk sangat ni kenapa? " marah Rafiq. Dia mula naik angin.

" Kami cuma nak kepastian daripada encik. Betul ke encik ni tunang Sarah? Sarah dah beritahu pada media yang encik tunang dia " balas wartawan itu.

" Pekak ke apa? Nak saya cakap bahasa apa baru awak faham? Kan saya cakap saya tak nak ulas apa-apa tentang ni " jawab Rafiq geram. Wajahnya sudah merah.

Pagi-pagi lagi mood nya sudah kelaut. Rafiq segera melangkah masuk ke dalam bangunan dengan hati yang panas. Dia tidak pedulikan langsung wartawan yang mengejarnya. Dia sudah mengarahkan pengawal keselamatan menghalau mereka semua daripada situ.

" Thia! Thia! Berita panas " terkocoh-kocoh Intan mendapatkan Athia.

Athia yang ketika itu sedang membancuh air di pantry terkejut dengan kehadiran Intan. Nasib baik tak tercampak mug yang berada di tangannya.

" Ya Allah, apa lagi Intan? " soal Athia.

Tercungap-cungap nafas Intan. Penat sangat agaknya.

" Thia kau tahu tak, encik Rafiq bos baru kita tu rupanya tunang Sarah Aqilah ".

Athia beriak tenang saja.

" Jadi? " soal Athia.

" Ish kau ni Thia. Tadi dekat depan office kita ni penuh dengan wartawan sampai guard kena halau diorang baru nak blah. Itupun ada lagi. Semuanya sebab nak dapatkan penjelasan encik Rafiq ".

" Kenapalah diorang tu menyibuk sangat? ".

" Thia, kau tahu kan Sarah Aqilah tu model, pelakon terkenal. Bila tiba-tiba dia dapat tahu dia bertunang, mestilah semua wartawan nak tahu siapa tunang dia. Tak sangka pulak encik Rafiq tu rupanya tunang dia " balas Intan.

" Seronok borak ".

Intan dan Athia terus berpaling serentak. Pucat terus wajah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience