" Ya Allah apa yang dah jadi ni Thia? Sekarang ni muka Thia dah terpampang dekat TV tu. Satu Malaysia ni dah kenal Thia. Semuanya dah tahu yang Thia ni perosak hubungan orang " mengucap panjang Puan Ayu sebaik melihat video anaknya diserang oleh pelakon dan model terkenal terpampang di televisyen dan tular di media sosial.
" Thia tak tahu ma " Athia menggelengkan kepalanya.
Air matanya bagaikan hujan lebat. Matanya sudah bengkak kerana asyik menangis.
" Sekarang ni mana Thia nak letak muka Thia? Mama dengan papa pun turut kena tempiasnya tau Thia. Ya Allah apa nak jadi ni ".
" Sudahlah tu Ayu. Thia pun tak tahu nak buat apa. Jangan ditambah bebannya. Sebagai ibu sepatutnya awak jadi penguat semangat dia " Encik Salleh mula bersuara.
" Memanglah abang. Saya tahu. Tapi kalau dah macam ni, apa lagi saya nak buat? ".
Semakin kuat tangisan Athia. Dia tertekan ketika ini.
" Sudahlah Athia. Thia menangis air mata darah pun takkan dapat kembalikan apa-apa. Thia rehatlah dulu. Banyakkan beribadah. Thia tak perlu fikirkan semua ni lagi. Papa akan uruskan semuanya nanti " pujuk Encik Salleh.
Athia mengangguk lemah. Dia melangkah longlai ke biliknya. Dia berharap dia kuat untuk melalui semua ini. Kawan baiknya sendiri pun tidak mempercayainya apatah lagi orang luar. Ya Allah kuatkanlah aku.
Rafiq terus memandu ke rumah Athia sebaik tiba di Malaysia. Allah sahaja yang tahu apa yang dia rasakan ketika ini. Dia mahu cepat-cepat berjumpa dengan Athia.
Ketika dia menonton video Sarah menyerang Athia yang tular itu, hatinya meronta-ronta ingin pulang secepat mungkin. Namun dia harus menyelesaikan kerjanya terlebih dahulu.
" Assalamualaikum " laung Rafiq di pintu pagar.
Beberapa minit kemudian pintu utama terbuka. Muncul Encik Salleh di muka pintu.
" Waalaikumsalam haa Rafiq ".
" Pakcik boleh saya jumpa Athia? " soal Rafiq
" Maaflah Rafiq. Bukannya tak boleh. Cuma waktu sekarang ni ada baiknya Rafiq tak payah jumpa dengan Athia. Pakcik tak nak keadaan makin teruk. Biarlah semua ni selesai dulu ".
" Tapi pakcik, saya nak jumpa Athia sekejap jer " pinta Rafiq.
" Baliklah Rafiq. Biar keadaan redha dulu. Pakcik nanti jadi makin teruk. Bagi Thia tenang dulu. Kesian kan lah dia. Yang tanggung semua ni dia ".
Rafiq akur. Dia tiada pilihan lain.
" Takpalah pakcik. Saya balik dulu ya" Rafiq meminta diri.
Pakcik Salleh mengangguk. Di balik tirai, Athia menahan sebak melihat Rafiq. Dia meninjau Rafiq daripada tingkap biliknya.
' Maafkan saya Rafiq. Saya belum bersedia untuk jumpa awak. Maafkan saya jika perlahan-lahan berhenti berharap. Mungkin kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama '.
Share this novel