BAB 16

Romance Completed 14078

" Thia, sini kejap " Intan terus menarik tangan Athia sebaik gadis itu masuk ke dalam pejabat.

Dia membawa Athia menuju ke pantry.

" Ya Allah Intan. Kenapa ni? " soal Athia.

" Thia semalam kau pergi mana dengan bos ha? Hilang macam tu jer" soal Intan.

Athia terkedu. Aduh nak jawab apa ni. Lama dia berfikir.

" Oi Thia, aku tanya ni. Berangan pulak " Intan menyiku lengan Athia.

" Err aku ikut dia jumpa client " jawab Athia. Ah hentam jer lah.

" Jumpa client? Kejap...sejak bila pulak kau dah tukar skop kerja kau ni? Kau tu akauntan tau. Bukannya PA dia " Intan mula curiga.

Wajah Athia terus berubah. Apa aku nak jawab ni.

" Semalam kak Faz mc. So bos minta aku gantikan dia ".

Nasib baik memang semalam kak Faz, PA kepada Rafiq memang betul-betul mc.

" Eh kau nak nescafe panas tak? Aku bancuhkan untuk kau ea " Athia cepat-cepat mengubah topik. Dia tidak mahu Intan bertanyakan soal hal itu lagi.

" Betul ni? Jarang-jarang lah kau nak offer ".

Athia mengangguk.

" Betul lah ".

" Selamat pagi " sapa Rafiq yang baru tiba di pantry.

Intan dan Athia terus menoleh.

" Selamat pagi bos " balas Intan.

" Dah breakfast ke? " soal Rafiq.

" Belum bos. Kenapa? Bos nak belanja ke? " soal Intan semula.

Athia hanya diam. Rafiq ketawa kecil.

" Boleh. Tapi waktu lunch nanti ya. Sebab saya ada meeting sekejap lagi ".

" Okay bos. Saya on jer " balas Intan.

" Okaylah. Saya pergi dulu. Lunch nanti kita keluar makan " Rafiq terus berlalu pergi.

" Ya Allah Thia, kau tengoklah tu. Untungnya kita dapat bos macam encik Rafiq tu. Dah lah hensem, baik pulak tu ".

Athia tersenyum kecil.

" Suka lah ni? ".

" Of course ".

Mereka sama-sama ketawa.

Sarah melemparkan beberapa keping gambar yang baru sahaja dia terima daripada seorang wartawan.

" Mana kau dapat gambar-gambar ni?" soal Sarah.

" Saya nampak tunang cik Sarah dengan perempuan tu. Bukan main mesra lagi " balas Azif.

Sarah merengus geram.

" Aku nak kau siasat siapa perempuan ni. Aku nak tahu siapa dia dan apa hubungan dia dengan Rafiq " arah Sarah.

Azif menganggukkan kepalanya.

" Tapi ada bayaran lah. Bukan percuma ".

Sarah buat muka menyampah.

" Iyalah aku tahu. Buat lah kerja dulu".

Azif tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience