BAB 12

Romance Completed 14078

" Sampai hati you cakap macam tu kan Rafiq. Habis selama ni you anggap I apa? Takkanlah sampai sekarang you masih tak dapat terima I? " soal Sarah. Matanya sudah berkaca.

" I dah cakap awal-awal dengan you kan. I tak boleh nak paksa diri I untuk terima you. Bukan benda yang mudah Sarah ".

" Kenapa? Kenapa susah sangat you nak terima I Rafiq? Apa kurangnya I dekat mata you? Apa? " Sarah sudah menangis teresak-esak.

" I dah cintakan orang lain. Dan untuk pengetahuan you, sampai bila-bila pun hati I takkan terbuka untuk you".

" Jadi apa makna pertunangan kita ni Rafiq? Siapa perempuan tu? " sayu Sarah menyoal.

" Pertunangan ni tak ada apa-apa makna pun bagi I sebenarnya Sarah. Macam yang I cakap tadi, you yang nak kan semua ni. Jadi you kenalah tanggung sendiri ".

" Sampai hati you kan Rafiq! Apa kurangnya I daripada perempuan yang you cinta tu? " Sarah mula geram.

" Dia istimewa bagi I. Tolong jangan pernah paksa I untuk terima you. Sebab I memang tak akan boleh terima you " tegas suara Rafiq.

" Habis tu sekarang ni you nak kita putuskan pertunangan ni? How dare you Rafiq! ".

" Untuk apa kita teruskan lagi? Nanti you sendiri yang akan kecewa dengan I Sarah. Jangan risau. Nanti I akan explain dengan parents I. I akan uruskan semuanya ".

Sarah menggelengkan kepalanya. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Dia tidak mahu putuskan pertunangannya dengan Rafiq. Dia separuh mati cintakan lelaki itu.

" I'm sorry Sarah " ucap Rafiq.

" I hate you so much! " Sarah terus berlalu keluar daripada bilik Rafiq.

Sewaktu dia membuka pintu, dia terlanggar dengan Athia yang kebetulan ingin masuk ke bilik Rafiq untuk menghantar laporan kewangan projek terbaru mereka.

Rafiq terpandangkan Athia yang ingin berlalu pergi daripada situ. Dia cepat-cepat menghalang.

" Masuk Athia " arahnya.

Athia tidak jadi untuk pergi. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik Rafiq.

Masing-masing hanya diam buat seketika. Rafiq menghela nafas perlahan. Dia rasa lega. Akhirnya dia dapat buat keputusan sendiri. Dia sudah tidak sanggup lagi untuk teruskan pertunangannya dengan Sarah. Bila dah putus, dia rasa begitu lega.

" Err saya nak hantar report kewangan untuk projek kita dekat Pengkalan Balak tu " beritahu Athia.

Rafiq mengangguk perlahan. Kemudian dia mengambil laporan itu daripada tangan Athia.

" Thanks ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience