Bulat cepat-cepat melangkah keluar daripada rumah sebaik melihat Athia sedang menjemur pakaian di luar rumah. Athia memang rajin membantu ibunya membuat kerja rumah walaupun usianya baru saja 13 tahun.
" Hai kak Thia " sapa Bulat sambil tersengih-sengih memandang Athia.
Athia membalas senyumannya.
" Eh Bulat. Hai ".
" Rajinnya akak sidai baju ".
" Bulat tak kemana-mana ke hari ni?" soal Athia. Dia baru saja selesai menjemur pakaian.
" Tak pun. Kalau Bulat nak ajak akak pergi taman petang ni, akak nak tak?" soal Bulat.
" Boleh jugak. Pukul 5 okay? ".
Bulat mengangguk. Tersenyum lebar dia apabila Athia setuju.
" Okaylah Bulat. Akak nak masuk. Nak tolong mama akak masak. Jumpa pukul 5 nanti " Athia mengangkat bakul kosong lalu dibawa masuk ke dalam rumah.
Bulat tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia terus melangkah pulang ke rumahnya yang terletak betul-betul di hadapan rumah Athia.
" Mama, petang nanti Thia nak pergi taman boleh? " pinta Athia.
" Untuk apa? " soal Puan Ayu yang sedang menyiang ikan itu.
" Bulat ajak Thia pergi taman tadi " balasnya.
" Oh Bulat yang ajak. Boleh kalau Bulat ada. Kalau Thia nak pergi seorang memang mama tak bagi ".
Athia tersenyum kecil. Dia sudah mengagak jawapan mamanya itu. Puan Ayu akan membenarkan dia keluar rumah apabila Bulat ada bersama dengannya. Kalau tak, jangan haraplah. Dia bimbang jika apa-apa terjadi pada anak tunggalnya itu.
" Thia tahu tak, tak lama lagi keluarga Bulat dah nak pindah ".
" Yeke mama? Kenapa? " soal Athia. Dia yang sedang mengupas bawang, terus terhenti. Dia meletakkan pisau di tepi.
" Pakcik Amri yang beritahu papa. Katanya pakcik Amri naik pangkat sebab tu dia ditukarkan kerja dekat Kedah. Makcik Ida pun ada beritahu mama semalam ".
Wajah Athia terus bertukar muram.
" Janganlah sedih Thia. Diorang bukan saja-saja nak pindah " pujuk Puan Ayu.
" Tapi nanti Thia dah takda kawan lagi " sayu saja suaranya.
" Thia, mama tahu Thia berat nak lepaskan Bulat pergi. Tapi Thia kena ingat, setiap pertemuan tu ada perpisahan. Insya Allah nanti Thia akan jumpa kawan baru " lembut Puan Ayu memujuk.
" Tapi takda siapa dapat gantikan tempat Bulat ".
" Hey, janganlah menangis sayang. Insya Allah ada waktu nanti kita pergi melawat diorang ya. Dah jangan menangis " Puan Ayu mengusap air mata di pipi anaknya itu.
Dia tahu Athia berat untuk melepaskan Bulat kerana sejak kecil lagi mereka berkawan. Kemana-mana bersama.
Share this novel