BAB 8

Romance Completed 14078

BAB 8 Athia merebahkan badannya di atas katil. Dia mengeliat sepuas hati. Hari ini banyak kerja yang perlu diselesaikan di pejabat.

" Meow..meow " Adam datang ke arah Athia.

Athia tersenyum kecil. Balik kerja penat-penat, lepas tu kucing kesayangan datang. Hilang segala penat.

" Adam " Athia mengangkat tubuh Adam. Dia gomol-gomol kucingnya itu.

" Adam, tadikan Thia jumpa seorang lelaki ni. Bila Thia tengok dia, Thia teringat dekat tuan awak, Bulat. Manalah Bulat sekarang kan. Thia rindu dekat dia. Tapi lelaki yang Thia jumpa ni tak Bulat, dia kurus. Nak kata handsome tu, boleh lah " Athia bercerita seperti Adam faham apa yang dia cerita.

Telefon pintar milik Rafiq berbunyi menandakan bahawa ada panggilan masuk. Rafiq hanya membiarkan telefonnya berbunyi setelah melihat nama pemanggil. Sarah yang menghubunginya. Dia malas mahu menjawab panggilan gadis itu.

Sarah Aqila ialah tunang kepada Rafiq. Mereka bertunang pun atas pilihan keluarga. Rafiq terpaksa menurut permintaan Puan Ida yang mahukan dia bertunang dengan Sarah. Sarah sebenarnya ialah kawan baik kepada Diana. Diana yang memperkenalkan Sarah kepada Puan Ida dan memujuk mamanya itu supaya menerima Sarah sebagai menantu.

Pada awalnya Puan Ida tidak berapa berkenan dengan Sarah kerana gadis itu seorang model dan pelakon terkenal, pergaulannya dengan lelaki agak bebas tapi setelah Diana meyakinkan Puan Ida, Sarah seorang gadis yang baik, Puan Ida terbuka hati untuk menerima Sarah sebagai menantu.

Rafiq tidak sanggup untuk mengecewakan permintaan Puan Ida. Jadi dia terpaksa menerima Sarah. Walaupun jauh di sudut hatinya, dia masih mencintai cinta pertamanya. Hatinya tetap pada gadis itu sehingga kini.

Tiba-tiba satu mesej masuk. Rafiq membuka mesej itu.

From : Sarah I tahu you sengaja tak nak jawab call I kan. Okay fine. I akan beritahu media tentang pertunangan kita.

Rafiq mengeluh berat. Ni yang dia tak suka dengan sikap Sarah. Suka sangat mengugut. Memang pertunangan dia dan Sarah dirahsiakan. Hanya orang yang terdekat dan ahli keluarga saja yang tahu mereka bertunang.

Rafiq yang meminta Sarah rahsiakan pertunangan ini kerana dia tidak mahu pihak media tahu dia adalah tunang Sarah. Siapa yang tak kenal dengan Sarah Aqilah, pelakon dan model terkenal di Malaysia. Rafiq tidak mahu nanti dia diasak oleh pihak media. Jadi lebih baik dia meminta Sarah rahsiakan pertunangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience