BAB 13

Romance Completed 14078

" Maaf sebab saya ganggu bos " ucap Athia.

" It's okay Thia. Awak tak ganggu saya pun ".

" Bos okay? " soal Athia prihatin.

" Saya tak okay sekarang ni. Boleh awak jadi pendengar saya? " minta Rafiq.

Athia terkedu. Jadi pendengar? Pendengar setia ke? Aduhh. Tu lah kau Athia, gatal sangat mulut tu nak tanya dia okay ke tak.

" Err boleh " Athia mengangguk.

Takkanlah nak cakap tak boleh pulak kan. Nanti tiba-tiba Rafiq mengamuk lepastu pecat dia. Eh tak nak, tak nak.

" Jom ikut saya " Rafiq terus bangun.

Athia terpinga-pinga.

" Nak pergi mana? " soal Athia.

" Ikut jer. Nanti saya beritahu ".

" Come " ajak Rafiq.

Lambat-lamat Athia bangun dan terus mengikut langkah Rafiq.

" Taman? " soal Athia pelik. Apabila Rafiq membawanya ke taman.

Dah lah taman ni dekat dengan taman perumahannya.

" Ya taman " Rafiq mengangguk.

Dia mengajak Athia duduk di bangku berdekatan dengan mereka.

" Awak pernah pergi taman ni? " soal Rafiq.

" Pernah. Rumah saya dekat jer kat sini " jawab Athia.

" Saya pun " Rafiq tersenyum kecil.

" Ha? Bos bukannya baru berpindah ke? " soal Athia pelik.

Setahunya majikan barunya itu baru saja pindah di Kuala Lumpur itu. Sebelum ini dia tidak tahu dimana lelaki itu menetap.

" Saya memang baru pindah. Tapi 15 tahun yang lepas saya tinggal dekat sini. Dekat depan rumah awak ".

Athia tergamam. Ya Allah apa semua ni?

" Bos jangan main-main ".

" Saya tak main-main Thia. Awak dah lupa saya ke? Saya lah yang dulu orang panggil Bulat " Rafiq tersenyum nipis.

" Bulat? Bos ni Bulat? Saya tak percaya lah. Bos jangan nak main-mainkan saya ".

" Ya Allah Thia, buat apa saya nak tipu pulak. Saya memang Bulat. Atau sebab saya dah tak bulat, awak dah tak kenal saya? " Rafiq tergelak kecil.

Mata Athia berkaca. Tiba-tiba dia rasa sebak. Tidak menyangka selepas 15 tahun dia akan bertemu kembali dengan Bulat.

15 tahun yang lalu, hari-hari dia menanti kedatangan Bulat. Dulu Bulat sudah berjanji untuk pulang kembali tetapi langsung dia tidak pulang. Rumahnya juga kosong tidak berpenghuni.

" Ke..ke..kenapa baru sekarang? " soal Athia.

" Saya minta maaf Thia sebab selama ni saya mungkir janji saya. Saya memang nak balik sini jumpa awak, tapi waktu tak mengizinkan untuk kita berjumpa. Lepas saya habis belajar, pak long tawarkan saya untuk ambil alih syarikat dia. Saya terus terima sebab syarikat tu dekat KL. Dapatlah saya jumpa awak nanti dan tak sangka awak memang kerja dekat syarikat tu ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience