BAB 7

Romance Completed 14078

" Weh Thia, Thia " Intan terus menyerbu bilik Athia.

" Ya Allah kau ni, terkejut aku lah " marah Athia.

Dia mengurut dadanya. Mujur dia tiada penyakit jantung. Kalau tak, dah lama jalan.

" Hehe sorry lah " Intan tersengih-sengih.

" Kenapa? " soal Athia.

" Kau tahu tak, ada lelaki hensem baru masuk kerja dekat sini. Dengar kata anak saudara Datuk Musa ".

Athia menghela nafas perlahan. Haish Intan ni, bab gossip laju jer.

" Bahagian apa? " soal Athia.

" Dia akan gantikan Datuk Musa ".

" Ha? Kau biar betul? " soal Athia seakan tidak percaya.

Takkanlah senang-senang jer Datuk Musa nak bagi orang lain jawatan CEO dia tu.

" Ish betul lah. Datuk Musa cakap dia nak berehat. Yelah lagipun Datuk Musa tu dah tua, eloklah kalau dia berehat ".

" Datuk Musa tak cakap apa-apa pun?".

" Memanglah dia belum cakap sebab dia nak cakap waktu kita meeting nanti ".

" Ada meeting ke? ".

" Ya sayang ".

Athia mengangguk. Dia tertanya-tanya siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Intan. Adakah lelaki yang dia temui ketika di dalam lif tadi?

Ketika di dalam bilik mesyuarat semua sudah berkumpul. Mereka semua menanti Datuk Musa.

" Thia, best lah kita lepas ni kan " bisik Intan.

Dahi Athia berkerut seribu.

" Best apanya? " soal Athia.

" Yelah lepas ni kita ada bos baru. Hensem pulak tu. Boleh cuci-cuci mata. Silap-silap boleh sangkut ".

Athia mencebikkan bibirnya. Tak habis-habis lah Intan ni.

Bilik mesyuarat yang tadinya riuh dengan suara mereka bersembang terus senyap sunyi apabila Datuk Musa masuk. Di belakang Datuk Musa ada soerang lelaki muda. Sah! Itu memang lelaki yang Athia jumpa di dalam lif tadi.

" Assalamualaikum semua. Tujuan mesyuarat kali ini diadakan kerana dua sebab. Sebab yang pertama ialah, saya ingin membincangkan tentang projek terbaru kita yang berada di Pengkalan Balak. Dan yang kedua pula, saya ingin membuat pengumuman yang saya akan meletakkan jawatan kerana ingin berehat ".

Semua staf saling berbisik di antara satu sama lain.

" Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berehat dan saya akan menyerahkan sepenuhnya syarikat ini pada Ahmad Adam Rafiq, merangkap anak saudara saya untuk menggantikan tempat saya. Saya harap awak semua boleh memberikan kerjasama yang baik pada bos baru awak ".

Mereka semua memberikan tepukan gemuruh.

" Assalamualaikum semua. Saya Ahmad Rafiq Adam. Awak semua boleh panggil saya encik Rafiq jer. Saya harap awak semua boleh beri kerjasama dengan saya. Terima kasih".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience