BAB 5

Romance Completed 14078

Athia berjalan kaki menuju ke rumah sebaik habis waktu pembelajaran di sekolah. Dia bernyanyi-nyanyi kecil. Hatinya begitu riang dan gembira hari itu.

Sebaik dia tiba di rumah, dia melihat pintu pagar rumah pakcik Amri dan makcik Ida. Cadangnya dia baru saja hendak berjumpa dengan Bulat.

" Thia buat apa tu? " tegur Puan Ayu sebaik melihat anak tunggalnya itu berdiri di hadapan rumah jiran mereka.

Athia menoleh.

" Thia nak jumpa Bulat sekejap " jawabnya.

Puan Ayu terus melangkah ke arah anaknya itu.

" Thia, diorang dah gerak balik Kedah tadi. Baru jer gerak dalam 15 minit lepas " beritahu Puan Ayu.

Athia terkedu. Lama dia diam. Kolam matanya mula bertakung dengan air mata.

" Sampai hati tak tunggu Thia.. ".

" Thia diorang bukan tak nak tunggu. Diorang memang nak tunggu Thia. Bulat pun memang nak jumpa Thia dulu. Tapi pakcik Amri kena cepat sayang. Takut nanti lambat sampai sana " pujuk Puan Ayu.

" Tapi Thia nak jumpa Bulat mama ".

" Ya mama tahu. Takpa sayang nanti mesti Bulat akan balik sini lagi. Haa waktu tu, Thia boleh jumpa dengan Bulat ".

" Dah-dah jangan sedih-sedih. Adam kan ada. Kan Bulat pernah cakap dengan Thia, kalau Thia nak lepas rindu Thia pada Bulat, Adam kan ada" Puan Ayu memujuk lembut.

Athia mengangguk perlahan. Lagipun tiada guna dia bersedih. Bulat tetap pergi.

" Jom kita balik. Thia mesti lapar kan. Mama ada masak lauk favourite Thia".

Mereka berdua berjalan pulang ke rumah. Athia menoleh. Sempat dia memandang ke arah rumah Bulat. Bulat, jangan lupakan kak Thia.

" Sudahlah tu Bulat. Mummy dengan daddy janji bila daddy free kita akan balik KL semula " pujuk Puan Ida.

Sejak daripada tadi anak bongsunya itu menunjukkan protes dan tidak mahu makan kerana dia tidak sempat berjumpa dengan Athia.

" Bila? " soal Bulat.

" Bila-bila daddy free lah. Kau ni pun, tak faham-faham bahasa " marah Diana.

Geram pulak dia dengan Bulat. Sejak daripada tadi puas Puan Ida memujuk adiknya itu.

" Di " tegur Puan Ida. Dia tidak suka anak-anaknya bergaduh dan bercakap kasar.

Diana terus diam apabila ditegur.

" Sekarang ni Bulat makan dulu ya. Nanti Bulat sakit kalau tak makan " pujuk Puan Ida lagi.

Lambat-lambat Bulat setuju juga. Lagipun perutnya sudah berkeroncong kerana kelaparan. Diana mencebikkan bibirnya. Mengada-ngada betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience