BAB 18

Romance Completed 13952

Pagi-pagi lagi Sarah sudah datang ke Berjaya Group. Dia datang bersama dengan beberapa orang wartawan. Memang dia sengaja memanggil beberapa orang wartawan daripada stesen televisyen terkenal kerana niatnya cuma satu, mahu menyerang Athia. Athia lah punca Rafiq ingin memutuskan pertunangan mereka.

" Mana perempuan tu?! " Sarah terus menyerbu masuk ke dalam pejabat.

Dia langsung tidak pedulikan pengawal keselamatan yang cuba menghalang.

" Apa yang riuh sangat tu Thia? " soal Intan.

Athia mengangkat bahu tanda tidak tahu. Ketika itu mereka berada di pantry sedang bersarapan.

" Eh jom lah pergi tengok " ajak Intan.

Athia hanya menurut. Mereka berdua terus beredar daripada pantry.

" Apa kecoh-kecoh ni? " Intan menyoal sebaik melihat pejabat mereka riuh-rendah. Staf-staf semuanya berkumpul.

" Haa ada pun kau " Sarah merenung tajam wajah Athia.

Athia terpinga-pinga. Dia terus mendekati Athia.

Pang! Pipi Athia ditampar kuat.

" Woi! Kenapa kau tampar dia ha?! " marah Intan.

Athia memegang pipi kanannya. Sakit! Pedih! Kuat betul Sarah menampar pipinya.

" Kau tanya aku kenapa aku tampar dia? Kalau korang semua nak tahu, perempuan murah ni lah punca aku dengan Rafiq putus tunang. Dia yang ganggu hubungan kami berdua. Dasar perempuan tak tahu malu " kepala Athia ditunjal kasar.

Athia hanya mampu menangis. Lensa kamera merakam video mereka.

" Ya Allah betul ke ni Thia? " soal Intan.

Athia menggelengkan kepalanya.

" Kau ni memang tak sedar diri kan? Dasar perempuan murahan! " teruk Athia dikerjakan Sarah.

Dia tidak berdaya untuk melawan. Intan pula hanya mampu melihat. Dia tidak sangka perangai Athia sebegitu sekali. Patutlah sejak dua menjak ni hubungan Athia dengan Rafiq makin rapat.

" Hey betina murahan, kau dengar sini baik-baik ya, Rafiq tu hak milik aku. Kau tolong jangan ganggu hubungan kami lagi. Kau tu tak layak untuk dia " tubuh Athia ditolak kasar sehingga gadis itu terduduk.

Intan hanya melihat. Dia langsung tidak membantu. Athia teresak-esak menangis. Tiada siapa yang membantunya. Ya Allah sungguh dia malu ketika ini.

Dia langsung tiada niat untuk menjadi perampas atau perosak hubungan Rafiq dan Sarah.

' Rafiq tolong saya Rafiq.. ' rintih Athia di dalam hati.

Tapi sayangnya Rafiq tiada. Dia berada di luar negara selama seminggu atas urusan kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience