BAB 11

Romance Completed 14078

Tengahari itu Rafiq dikejutkan dengan kedatangan Sarah di pejabatnya. Semua staf mula berbisik sesama sendiri. Ada yang mengata. Ada yang teruja kerana dapat berjumpa dengan pelakon dan model terkenal itu.

Sarah terus masuk ke dalam bilik Rafiq walaupun setiausaha Rafiq cuba menghalang tetapi dia tetap berkeras masuk ke dalam bilik Rafiq.

" Rafiq! " suara Sarah sedikit meninggi.

Dia sebenarnya geram dengan Rafiq. Sejak semalam lelaki itu langsung tidak menjawab panggilan telefonnya.

" You ni dah kenapa Sarah? Terjah pejabat I macam tu jer. Apa masalah you? " soal Rafiq geram. Dia terus bangun daripada duduknya. Tajam matanya memandang Sarah.

" You boleh tanya I kenapa? You tu yang kenapa? Dah lah tak jawab call I. Dengan wartawan boleh pulak you berkasar. You tahu kan diorang tu boleh tulis macam-macam pasal kita. Yang buruknya nama I " bidas Sarah.

Rafiq tergelak sinis.

" Nama you buruk? Siapa suruh you pandai-pandai beritahu wartawan pasal kita? Kan I dah suruh you rahsiakan perkara ni. Yang you pergi beritahu diorang kenapa? ".

" Why? Salah kalau I bagitahu wartawan? Ada masalah? Kita memang dah tunang. I rasa tak ada masalah pun ".

" Tak ada masalah untuk you, tapi masalah untuk I. I tak suka pihak media tahu soal kita. Lagipun kita bertunang jer. Bukannya dah kahwin pun kan ".

" Kenapa you beria nak I rahsiakan pasal kita ha? Biarlah orang tahu yang I ni tunang you. Atau you dah ada perempuan lain? You takut perempuan tu tahu yang you dah bertunang " duga Sarah.

Rafiq meraup wajahnya kasar.

" You jangan nak tuduh-tuduh I Sarah. Daripada dulu I dah cakap dengan you, yang I tak suka you libatkan I dengan dunia you. Tapi you pulak heboh pergi beritahu diorang ".

Sarah terdiam seketika. Memang sebelum mereka bertunang, mereka sudah bersetuju untuk tidak memberitahu pihak media tentang pertunangan mereka.

" Kenapa diam? " soal Rafiq.

" Okay I minta maaf. I bukan sengaja. I beritahu wartawan pun sebab you. Puas I call you, tapi you tak angkat. Cuba you beritahu I, apa sebenarnya masalah you ".

" Masalah I, you " balas Rafiq selama.

Dia melabuhkan semula punggungnya di atas kerusi.

" What do you mean Rafiq? " pantas Sarah menyoal.

" You tahu yang I tak pernah cintakan you, tapi you still berdegil paksa I untuk terima you. Sekarang ni you tanggung lah sendiri ".

Sarah tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience