Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninjau-ninjau di balik kereta proton saga berwarna hitam milik ayahnya. Matanya sibuk mencari susuk tubuh yang dinantinya sejak daripada tadi.
" Hoi bulat! " sergah Diana sambil menepuk belakang badan Bulat. Kakak kepada kanak-kanak itu.
Bulat tersentak. Dia mengeluh kasar. Ah ada gangguan lah pulak.
" Kau buat apa ni? " soal Diana.
" Mana ada apa-apa " bohongnya.
Kalau dia jujur apa yang dia sedang dia lakukan, pasti kakaknya itu akan galak mentertawakannya.
" Kau intai Athia ya? " duga Diana.
Laju Bulat menggelengkan kepalanya.
" Mana ada " nafinya.
" Eleh macam lah aku tak tahu yang kau tu ada hati dengan Athia. Bulat, Bulat cubalah kau tengok diri kau dulu. Dah lah gemok, perut kedepan macam gajah bunting. Kau ingat Athia tu nak layan ke? Lagipun dia tu lagi tua daripada kau " terbahak-bahak Diana ketawa.
Berkerut dahi Bulat. Wajahnya kelat. Ya memang badannya gempal. Sebab itu orang memanggilnya 'Bulat'. Gempal-gempal pun comel apa. Macam panda.
Dia memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Athia. Anak Pakcik Salleh dan Makcik Ayu. Athia memang seorang gadis yang sangat cantik dan lemah lembut. Kulitnya putih melepak. Kedua belah pipinya dihiasi dengan lesung pipit. Memang Athia lebih tua daripada Bulat. Tetapi jarak umur mereka hanya beza setahun saja.
Lagipun ada apa dengan usia? Tak penting pun. Ramai jer lelaki yang berkahwin dengan perempuan yang lebih tua. Bukannya salah pun.
" Lagipun Athia tu dah ada boyfriend lah. Kalau dia single sekalipun belum tentu dia nak terima kau jadi boyfriend dia " tambah Diana lagi.
Diana dan Bulat memang tidak pernah sefahaman. Mereka asyik bergaduh bagai anjing dan kucing. Setiap hari ada jer benda yang mereka akan gaduhkan. Namun bila masing-masing jauh, rindu itu muncul. Diana memang kuat menyakat adiknya itu. Tapi dia tidak pernah maksudkan apa yang dia katakan. Semua itu hanyalah gurauan. Jauh di sudut hati dia begitu sayangkan Bulat.
" Mana kak Di tahu dia dah ada boyfriend? " soal Bulat tidak puas hati.
Walau apa pun yang terjadi dia tetap mahu dapatkan Athia. Athia hanya miliknya.
" Adalah. Sibuk jer nak tahu. Haa nampak sangat lah yang kau tu memang ada hati kat Athia. Bulat, Bulat " Diana menggelengkan kepalanya. Dia terus berlalu masuk ke dalam rumah.
Share this novel