BAB 21

Romance Completed 14078

" Thia, aku sebenarnya ada sesuatu untuk kau " beritahu Intan.

" Apa dia? " soal Athia.

" Sekejap ya. Tapi kau kena tutup mata dulu ".

" Alah buat apa nak tutup-tutup mata pulak ni? ".

" Tutup jer lah Thia " arah Intan.

Athia akur. Dia terus memejamkan matanya.

" Jangan curi-curi tengok ea " Intan memberikan amaran.

" Ceh. Macam tahu-tahu jer. Yelah-yelah " Athia ketawa kecil.

Intan terus beredar daripada situ.

" Intan, berapa lama lagi ni? " soal Athia. Dia sudah mula bosan.

Tetapi tiada sahutan.

" Intan kau sengaja nak main-main kan aku ea? " soal Athia lagi.

Dengan mata yang tertutup Athia terus berjalan mencari Intan. Kakinya hampir tersadung kerana melanggar sebiji batu yang besar. Tubuhnya melayang. Namun ada yang menyambut.

Athia cepat-cepat membuka matanya. Dia tergamam. Terkejut. Dia terus menjarakkan sedikit tubuhnya ke belakang.

" Awak buat apa kat sini? " soal Athia. Sambil itu matanya meliar mencari Intan. Sah ini memang rancangan Intan.

" Saya nak jumpa jantung hati saya lah" jawab Rafiq selamba.

" Balik lah Rafiq. Jangan keruhkan lagi keadaan yang dah sedia keruh".

" Thia, saya cuma nak jumpa awak. Saya tak peduli semua tu ".

" Memang awak tak peduli. Tapi yang tanggungnya saya ".

" Lepas ni saya akan panggil semua wartawan dan saya akan jelaskan semuanya. Termasuk hubungan kita".

Athia menggelengkan kepalanya.

" Saya tak nak ada apa-apa kaitan lagi Rafiq. Saya dah penat ".

Rafiq mengeluh perlahan.

" Kenapa awak nak kena mengalah Athia? Atau memang awak tak pernah cintakan saya? " soal Rafiq.

Athia serba salah.

" Bukan macam tu. Tapi cinta kita ni rumit. Saya dah tak kuat nak hadapi semua ni ".

" Dengan adanya saya awak akan jadi lebih kuat ".

" Saya tak yakin untuk teruskan hubungan ini ".

" Saya akan yakinkan awak " bersungguh-sungguh Rafiq cuba mendapatkan semula hati Athia.

" Athia, tolonglah percayakan saya. Saya betul-betul cintakan awak ".

Athia sebak.

" Izinkan saya menjadi setitik cahaya yang menerangi gelap awak. Saya betul-betul maksudkan apa yang saya cakap. Saya tak main-main Thia. Kita sama-sama harungi semua ni. Saya akan sentiasa ada di bersama dengan awak walau apa pun yang terjadi. Sudi tak awak jadi isteri saya? " Rafiq terus mengeluarkan kotak baldu berwarna merah daripada poket seluarnya.

Di dalam kotak itu terdapat cincin. Rafiq sudah bertekad untuk melamar Athia.

" Saya sudi " balas Athia.

Rafiq tersenyum lebar.

" Saya nak tetap jadi Bulat saya ".

Rafiq tergelak kecil.

" Baiklah kak Athia ".

Mereka sama-sama ketawa.

" I love you Athia ".

" Love you more ".

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. -HAMKA-

TAMAT

Share this novel

Anis Insyirah
2021-02-23 08:40:20 

dah tamat....


NovelPlus Premium

The best ads free experience