" Ya Allah makcik hampir tak kenal Bulat. Dah besar dah. Makin hensem sekarang kan " puji Puan Ayu.
Ketika Athia membawa seorang lelaki pulang ke rumah tadi, dia langsung tidak mengecam wajah Bulat.
Rafiq ketawa kecil.
" Jangan kata makcik. Athia pun tak kenal saya " balasnya.
" Yelah dah makin hensem kan " kata Encik Salleh pula.
" Tak adalah pakcik. Biasa-biasa jer " Rafiq malu dipuji sebegitu.
Berat badannya mula turun selepas dia berpindah ke Kedah. Selera makannya juga kurang. Tidak seperti selalu. Mungkin kerana berjauhan dengan Athia.
" Adam ke ni? " soa Rafiq apabila seekor kucing datang ke arahnya.
Athia mengangguk.
" Ha'ah Adam. Anak kucing yang awak pernah hadiahkan pada saya dulu " jawabnya.
Rafiq terus mendukung Adam. Dia tersenyum lebar. Tidak sangka Athia menjaga anak kucing yang pernah dihadiahkan pada Athia dulu.
" Now saya dah tahu kenapa awak nak bagi nama dia Adam ".
" Kenapa? ".
" Ahmad Adam Rafiq " Athia menyebut nama penuh Rafiq.
" Betul lah tu " akui Rafiq.
Memang dia sengaja memberikan nama kucing itu 'Adam'. Sama dengan namanya.
" Thia " panggil Rafiq perlahan.
" Ya ".
" Sampai bila kita nak macam ni ya?" soal Rafiq.
Berkerut dahi Athia.
" Maksud awak? " soal Athia bingung. Dia tidak faham maksud Rafiq.
" Awak tahu kan apa yang saya pernah luahkan pada awak 15 tahun dulu, saya betul-betul maksudkan ".
Athia terdiam.
' Sebenarnya Bulat....Bulat suka kak Thia. Bulat sayang kak Thia '.
Athia masih ingat lagi apa yang Rafiq pernah katakan padanya dulu.
" Tapi tu dulu. Yang luahkan tu Bulat. Bukannya Rafiq ".
" Okay fine. Kalau macam tu saya ulang sekali lagi. Athia, saya cintakan awak. Daripada dulu sampailah sekarang perasaan ni tetap sama. Tak pernah berubah walaupun sikit ".
Athia terus terdiam. Haa tu lah Athia, siapa suruh kau gatal sangat pergi cakap macam tu.
" Kenapa diam? " soal Rafiq.
" Tapi awak kena selesaikan dulu dengan Sarah ".
Rafiq tersenyum kecil. Asyik tersenyum jer kerjanya. Dia tahu maksud Athia. Ini bermakna Athia sudah bersetuju untuk menerimanya.
" Awak tak perlu risau Thia. Parents saya akan jumpa parents Sarah. Diorang akan selesaikan baik-baik. Kalau semuanya dah selesai nanti, awak nak tak kahwin dengan saya? ".
Athia tersipu-sipu malu.
" Eleh malu-malu ni, setuju lah kan " sengaja Rafiq menyakat.
Athia menampar perlahan bahu Rafiq. Kuat menyakat betul si Bulat ni.
Share this novel