" Thia " panggil Rafiq.
Athia menoleh.
" Terima kasih untuk hari ni. Terima kasih sebab jadi pendengar saya. Saya gembira sangat dapat jumpa awak semula ".
Athia tersenyum nipis.
" Saya pun. Cuma saya tak sangka, Bulat saya dah tak bulat lagi ".
Tergelak Rafiq dibuatnya.
" Awak dah tak suka saya kalau saya tak Bulat macam dulu? ".
" Eh saya tak cakap pun saya tak suka".
" Maknanya suka lah kan? " Rafiq sengaja ingin mengusik.
Athia hanya tersenyum. Dia begitu gembira hari ini dapat bertemu semula dengan Rafiq. Selama ini dia tidak pernah tahu siapa nama sebenar Bulat oleh kerana itu dia susah untuk mengecam Rafiq ialah Bulat.
Dia tidak sangka selama ini orang yang disangka jauh rupanya berada dekat dengannya.
Tiba-tiba Athia tersedar sesuatu. Rafiq dah bertunang. Dia hak orang lain.
" Kenapa Thia? " soal Rafiq apabila wajah gadis itu berubah muram.
" Awak dah bertunang. Kita dah tak boleh rapat macam dulu " ujarnya perlahan.
Rafiq mengeluh perlahan. Soal itu rupanya.
" Saya dah putuskan pertunangan saya dengan Sarah ".
" Bila? " soal Athia terkejut.
Aik. Takkan terus putus pulak. Ntah iya ntah tidak.
" Baru tadi ".
" Yang awak bergaduh dengan dia tadi? ".
Rafiq mengangguk.
" Tapi takkanlah.. " belum sempat Athia menghabiskan ayatnya, Rafiq pantas memotong.
" Saya tak tipu awak Thia. Saya dah putuskan pertunangan saya dengan dia. Lagipun saya tak pernah cintakan dia pun. Kami bertunang pun disebabkan keluarga kami yang aturkan semuanya " jelas Rafiq.
Athia terdiam mendengar penjelasan Rafiq. Dia tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak.
" I still love the same person Athia " mata redup Rafiq merenung wajah bersih Athia.
Athia terdiam. Dia tidak tahu nak respons apa.
Tanpa disedari mereka berdua, ada yang mengambil gambar mereka berdua. Orang itu tersenyum lebar melihat mereka.
Pulang sahaja Rafiq ke rumah, Puan Ida dan Encik Fuad sudah menantinya di ruang tamu.
" Assalamualaikum " Rafiq melangkah masuk ke dalam rumah.
" Waalaikumsalam. Tunggu sekejap Rafiq " Puan Ida bersuara.
Rafiq tidak membantah. Dia menurut. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa.
" Ada apa mummy? " soalnya.
Encik Fuad yang berada di sebelah Puan Ida hanya diam.
" Apa Rafiq dah buat? Tadi Sarah datang ke sini. Dia cakap Rafiq nak putuskan pertunangan dengan Sarah. Apa ni Rafiq? " soal Puan Ida.
Rafiq sudah mengagak pasti Sarah datang berjumpa dengan keluarganya. Kebetulan ketika ini Puan Ida dan Encik Fuad masih berada di rumah Rafiq. Esok baru mereka akan pulang ke Kedah semula.
Share this novel
best jugak cerita ni. ringkas dan bestttttt