BAB 10 " Err selamat pagi bos " ucap Intan sambil tersenyum kelat.
Dia sendiri terkejut dengan kehadiran Rafiq. Tiba-tiba sahaja muncul dan mencelah. Athia hanya diam.
" Selamat pagi " balas Rafiq.
" Saya minta diri dulu ya. Ada kerja nak kena buat " Intan cepat-cepat beredar daripada situ. Mujur Rafiq tidak menahannya.
Athia pula tidak senang duduk. Cis! Tak guna punya Intan. Tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Gumam Athia dalam hati.
" Good morning Athia ".
" Good morning bos. Bos dah breakfast? " soal Athia ramah.
" Saya dah breakfast dekat rumah tadi. Tapi saya tengok air yang awak bancuh tu macam sedap jer. Boleh bancuhkan untuk saya jugak? " pinta Rafiq.
Athia tersenyum nipis. Dia mengangguk perlahan. Setakat nak bancuh air nescafe 3 in 1, tak hal lah. Bukannya susah sangat pun.
" Sekejap ya ".
Rafiq terus menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ. Sengaja dia ingin duduk berdua-duan dengan Athia.
" Ni untuk encik " mug dihulurkan pada Rafiq.
" Terima kasih " ucap Rafiq.
Athia hanya mengangguk kecil.
" Rancak berbual dengan Intan tadi. Berbual tentang apa? Tak nak share dengan saya? " soal Rafiq.
Athia terkedu. Habislah kau Thia.
" Err..err hal perempuan jer " balas Athia.
" Contohnya? ".
" Mana boleh bagi contoh ".
Rafiq tergelak mendengarnya. Dia tahu Intan dan Athia sedang berborak tentangnya tadi. Dia mencuri dengar perbualan dua gadis itu.
" Baru sehari saya ambil alih syarikat ni, dah ada masalah timbul " kata Rafiq tiba-tiba.
" Maksud bos? " soal Athia.
" Saya tak tahu macam mana wartawan-wartawan tu boleh senang-senang jer cari saya. Saya rasa Sarah yang bagi detail semuanya " Rafiq seakan ingin bercerita dengan Athia.
Athia mendengar dengan begitu tekun sekali. Walaupun hakikatnya dia memang tak nak ambil tahu soal itu. Tak penting pun baginya.
" Kenapa? Bos tak suka ke? Sepatutnya bos bangga. Antara ramai-ramai peminat Sarah Aqilah, bos jugak yang dia pilih ".
Rafiq mencebikkan bibirnya.
" Saya tak rasa beruntung pun. Saya tak cintakan dia langsung ".
Athia terkedu. Tak cinta? Habis tu kenapa bertunang? Ish pelik-pelik betul lah.
" Saya terpaksa bertunang dengan dia sebab dia gadis pilihan family saya " beritahu Rafiq tanpa disoal Athia.
" Kenapa bos masih nak teruskan? ".
" Saya tak sanggup nak buat family saya kecewa. Lagi-lagi mummy saya".
Athia merasa kagum dengan Rafiq. Dia yakin Rafiq pasti anak yang baik. Dia hanya menurut apa saja permintaan keluarganya walaupun dia terpaksa.
Share this novel