" Rafiq dah tak boleh nak teruskan pertunangan ni lagi " jawab Rafiq tenang.
Puan Ida terus bangun daripada duduknya. Tajam dia merenung wajah anak bongsungnya yang selamba itu.
" Rafiq sedar tak apa yang Rafiq dah buat? Suka-suka Rafiq jer nak putuskan pertunangan Rafiq dengan Sarah. Ini bukan melibatkan Rafiq dengan Sarah jer. Ini melibatkan keluarga kita dengan keluarga Sarah" marah Puan Ida.
" Betul apa yang mummy cakap tu Rafiq. Mana mummy dengan daddy nak letak muka nanti? Dah lah Sarah tu satu Malaysia kenal. Apa kata orang nanti? " sokong Encik Fuad yang sejak daripada tadi diam.
" Daddy, mummy Rafiq tahu semua tu. Tapi Rafiq tak boleh nak paksa diri Rafiq untuk cintakan dia. Rafiq dah cuba " balas Rafiq.
Puan Ida mengeluh panjang. Pening kepalanya memikirkan keputusan yang Rafiq buat.
" Habis tu Rafiq tetap nak putuskan pertunangan Rafiq dengan Sarah? " soal Encik Fuad.
Rafiq mengangguk perlahan.
" Rafiq dah buat keputusan. Rafiq memang nak putuskan pertunangan kami. Untuk apa Rafiq teruskan pertunangan ni kalau Rafiq sendiri tak bahagia ".
" Oh habis tu Rafiq nak salahkan mummy lah sebab paksa Rafiq bertunang dengan Sarah? " soal Puan Ida.
" Bukan macam tu mummy. Rafiq tak salahkan mummy pun " Rafiq pantas menyangkal dakwaan Puan Ida.
" Mummy penat lah dengan Rafiq ni. Rafiq buat lah apa yang Rafiq suka " Puan Ida terus beredar daripada situ.
Rafiq memandang ke arah daddy nya pula.
" Daddy, Rafiq tak berniat nak susahkan mummy dengan daddy " jelasnya.
" Takpalah Rafiq. Kalau dah itu keputusan Rafiq, daddy tak akan desak Rafiq. Nanti daddy uruskan hal ni dengan keluarga Sarah. Pasal mummy tu Rafiq janganlah risau. Nanti okaylah tu " pujuk Encik Fuad.
" Terima kasih daddy " ucap Rafiq.
Mujur ada Encik Fuad memahaminya.
" Selamat pagi Athia " sapa Rafiq.
Kebetulan ketika Athia hendak masuk ke dalam pejabat, Rafiq juga baru tiba.
" Selamat pagi bos " balasnya.
Rafiq tersenyum kecil.
" Tak payah lah panggil bos Thia ".
" Kat office kan awak bos saya. Nanti orang perasan macam mana? ".
" Biarlah orang tahu yang awak milik saya ".
Merah wajah Athia kerana malu.
" Kenapa? Malu? " soal Rafiq.
" Dah lah Rafiq. Nanti orang tahu ".
" Athia, Athia. Sama macam dulu. Masih cantik. Lagi-lagi bila awak tengah malu " puji Rafiq.
" Ish awak ni " Athia terus melangkah masuk ke dalam lift sebaik pintu lift terbuka.
Rafiq tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya. Athia makin buat dia angau.
Share this novel