BAB 3

Romance Completed 14078

" Bulat, nak kemana tu? " soal Puan Ida.

" Nak pergi taman dengan kak Athia " jawabnya.

" Sini kejap dekat mummy " panggil Puan Ida.

Bulat tidak membantah. Dia terus datang ke arah Puan Ida.

" Ada apa mummy? " soalnya.

" Minggu depan kita akan pindah ".

" Ha pindah? Pindah kemana? Kenapa kena pindah pulak? " soal Bulat tidak puas hati.

" Daddy naik pangkat jadi dia kena tukar tempat kerja dekat Kedah ".

" Kedah? Jauhnya mummy. Bulat tak nak pindah. Bulat nak duduk sini jer" bantah Bulat.

" Ya sayang mummy tahu. Tapi nak buat macam mana, daddy terpaksa pindah jugak ".

Bulat tidak senang duduk. Pindah? Bagaimana dengan Athia nanti? Dia terpaksa berpisah dengan cinta pertamanya. Oh tak mungkin!

" Tapi Bulat tak nak pindah ".

" Eleh tak nak pindah sebab Athia lah tu " Diana yang baru tiba terus menyampuk.

" Sibuklah kak Di ni " marah Bulat. Dia menjeling geram ke arah kakaknya itu.

Diana menjelirkan lidahnya pada Bulat. Sengaja mahu menyakat adiknya itu.

" Mummy, Bulat ni tak nak pindah sebab dia tak nak tinggalkan Athia tu. Yelah dia kan ada perasaan dekat Athia " Diana ketawa galak.

" Di, jangan menyakat adik lah " tegas Puan Ida.

" Mummy tengoklah kak Di ni. Sengaja jer nak cari pasal dengan orang ".

" Sudah-sudah jangan bergaduh lagi. Bulat, walaupun kita pindah itu bukan bermakna kita tak boleh datang sini lagi. Mummy dengan daddy dah decide untuk tak jual rumah ni. Mummy akan upah orang untuk jaga rumah ni bila kita ada kat Kedah. Bila daddy free, kita ajaklah daddy balik sini. Lagipun Kedah dengan KL bukannya jauh sangat " pujuk Puan Ida.

" Entah dengar tu. So lepas ni kau masih ada chance lah nak jumpa buah hati pengarang jantung kau tu" tambah Diana.

" Di " Puan Ida memberikan amaran.

" Betul apa Di cakap. Kalau mummy nak tahu, besan mummy depan rumah jer. Tu haa makcik Ayu dengan pakcik Salleh tu, besan mummy lah tu".

Puan Ida menggelengkan kepalanya. Macam-macam hal.

" Eh Bulat nak pergi mana tu? Kata nak pergi taman? " soal Puan Ida apabila Bulat melangkah naik ke tingkat atas.

" Tak jadi " jawabnya.

Puan Ida dan Diana saling berpandangan buat seketika. Kemudian masing-masing mengangkat bahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience