15 tahun kemudian...
Pagi itu Athia bersiap-siap untuk ke pejabat seperti biasa. Dia bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat ternama. Rezekinya kerana dapat bekerja di situ. Bukan semua orang yang mendapat peluang untuk bekerja di syarikat itu. Kiranya Athia beruntunglah.
Blouse berwarna putih dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Shawl berwarna krim dililitkan di atas kepalanya. Sedikit solekan ditambah pada wajah. Siap!
Setelah puas dengan penampilannya, Athia mencapai tas tangannya dan melangkah turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama dengan Encik Salleh dan Puan Ayu.
Athia melangkah masuk ke dalam bangunan 15 tingkat. Sebaik dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu ramai yang staf yang menegurnya. Athia memang dikenali oleh mereka. Sikap Athia yang ramah dan tidak pernah lekang dengan senyuman itu membuatkan staf yang lain selesa dan mudah mesra dengannya.
Butang lif ditekan. Sebaik pintu lif terbuka, Athia terus masuk ke dalam perut lif. Baru saja pintu lif hendak tertutup, terus terbuka semula kerana ada yang menahan. Athia hanya beriak biasa. Seorang lelaki masuk ke dalam lif.
' Siapa dia ni? Tak pernah nampak pun ' soal Athia dalam hati kerana dia langsung tidak pernah melihat lelaki ini sebelum ni.
Lelaki itu memandang ke arah Athia, Athia cepat-cepat melarikan anak matanya. Terasa lambat lif bergerak nak sampai ke tingkat 8.
" Staf dekat sini? " lelaki itu bersuara.
" Ya " jawab Athia.
" Pejabat Datuk Musa tingkat berapa ya? " soal lelaki itu.
'Ek eleh. Dah naik lif baru nak tanya' gumam Athia dalam hati.
" Tingkat 8 " jawab Athia.
" Awak tingkat berapa? ".
" 8 ".
" Oh kiranya awak ni staf Datuk Musa lah ya? ".
Athia mengangguk perlahan.
" Okay thanks. Saya Ahmad Adam Rafiq. Panggil saya Rafiq jer. Awak?".
" Athia. Panggil Thia jer ".
" Sedap nama tu " puji Rafiq.
Athia hanya tersenyum nipis. Entah kenapa dia rasa macam pernah kemal jer dengan lelaki yang berada di hadapannya ini. Dia cuba untuk mengingat kembali tapi dia masih lagi tak ingat.
" Kenapa Thia? " soal lelaki itu apabila melihat Athia seperti termenung.
Athia pantas menggelengkan kepalanya. Sebaik pintu lif terbuka, Athia keluar daripada perut lif terlebih dahulu. Dan dia terus melangkah pergi.
Rafiq hanya memandang langkah Athia.
' Akhirnya kita bertemu semula Athia' bibirnya mengukir senyuman nipis.
Share this novel