Bab 13

Romance Series 3061

Wahid membawa aku ke bilik yang telah disediakan untuk aku. Setelah meletakkan barang yang aku bawa, aku diperkenalkan kepada semua staf yang bekerja di bahagian penyelidikan. Kebanyakannya adalah pelajar lepasan degree dan pekerja yang berpengalaman. Setelah itu, aku dibawa ke makmal yang telah menempatkan beberapa peralatan khas bagi aku untuk melakukan proses penyelidikan.

Daripada apa yang dimaklumkan oleh Wahid, aku merupakan penyelidik pertama yang akan membantu dari segi penyelidikan tumbuhan beracun. Jadi buat masa ini masih tiada pekerja yang bakal membantu aku bagi kerja tersebut. Tapi aku boleh mengajar apa yang pernah aku pelajari sewaktu belajar dulu.

"Ok, Aisya. Disebabkan awak sorang je yang tahu pasal proses id ni, saya akan cari sorang staf yang bakal membantu awak, kalau ade pekerja yang nak belajar sama, awak jangan lokek ilmu ye." Wahid memberi nasihat kepada aku.

"Ok abang Wahid, in sha Allah Aisya akan ajar ape yang Aisya boleh ajar." balas aku.

"Ok, attention semua. Saya nak semua berkumpul sekarang." abang Wahid bersuara memanggil staf yang lain.

"Baiklah, macam yang korang tahu, Aisya akan jalankan proses yang baru dijalankan dimakmal ni, which is masih tak ada orang yang expert dalam bidang baru ni. Jadi, hari ni saya akan pilih 2 orang untuk assist dia dalam makmal dan dalam data." kata abang Wahid. Semua menumpukan perhatian kepadany.

"Jadi, saya pilih Najla dan Aiman untuk assist Aisya. Jangan risau, kalau yang lain nak belajar pasal benda ni boleh approach Aisya untuk tanya. Aisya boleh ajar, kan?" tanya abang wahid.

"In sha Allah Aisya boleh ajar. And kalau Aisya ade buat salah, tegurlah sebab Aisya pun masih baru." sambung aku pula.

"Ok, semua boleh balik ke tempat masing-masing. Najla and Aiman boleh ikut Aisya ke makmal untuk buat ape yang patut." kata abang Wahid sebelum berlalu meninggalkan kami di hadapan makmal.

"Hai, saya Amira Najla, panggil Najla je. Selamat berkenalan." Najla menghulurkan salam perkenalan.

"Hai, saya Umar Aiman, boleh panggil Aiman." Aiman pula berkata.

"Saya Nur Aisya Fazreen, boleh panggil Aisya. Harap korang dapat bantu Aisya ye." kata aku.

"Ok, jom masuk. Dah tak sabar nak belajar benda baru." kata Aiman semangat.

"Kau memang, semua benda semangat. Dari kolej sampai la ke alam kerja ni, tak berubah." kata Najla sambil memukul Aiman dengan kertas ditangan.

"Korang satu kolej ke? Macam dah lama kenal je." tanya aku.

"Haah, kitorang dah lama kenal, sejak masuk matrik, berpindah ke universiti sampai la ke tempat ni kami. Sebab tu kami macam ni." kata Najla sambil tersenyum. Ramah dia bercerita pasal perkenalannya dengan Aiman.

"Korang masuk dulu, Aisya nak ke bilik jap amik lab coat and barang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience