Bab 26

Romance Series 3061

Macam yang dah dijanjikan, Nisha datang ke pejabat aku pada sebelah petang. Memandangkan hari ni, hari Jumaat, aku kena tunggu Danish balik ke pejabat dulu sebelum keluar. Nisha pulak duduk di bilik Danish sampai Danish balik dari solat Jumaat.

Baru aku tahu kenapa Nisha cakap Danish suruh tunggu dia, rupanya dia nak ikut sekali. Maknanya aku tak la ponteng saja-saja, boss pun ada. Tujuan Nisha ajak aku teman dia keluar ni untuk belikan hadiah ulangtahun perkahwinan Datuk Hamdan dan Datin Salina. Majlis akan diadakan di rumah agam milik Datuk Hamdan pada esok malam.

"Abang, agak-agak apa yang Best nak kasi dekat walid dengan umi?" tanya Nisha sebaik memasuki pusat beli-belah KLCC.

"Abang pun takde idea Nisha, cuba tanya Kak Sya. Mana tahu Kak Sya ada idea." pandangan mata Danish kearah aku.

"Sebelum ni aunty dengan uncle dah dapat ape dari Nisha dengan Danish?" tanya aku sebelum memberi idea.

"Umi, dah pernah kasi jam, kain sulam limited edition, kain sutera and handbag tu paling kerap. Kalau walid pulak, pen customade, tie handmade, buckle belt customade and coat tu pun dah biase."jawab Danish selamba.

Aku kat tepi dia ni dh tercengang sebab dengar semua hadiah yang diorang dah kasi. Semuanya exclusive. Ni kalau bagi kat baba dengan mama ni mau kena ketuk, membazir katanya.

"Hurm, most of the item semua exclusive. So sekarang, kita cari yang macam simple tapi bermakna. Kalau macam aunty boleh kot cari telekung yang special edition from Muslim Boutique. Kalau uncle boleh carikan Jubah limited edition dekat boutique yang sama. Just a suggestion." kata aku.

"Boleh tahan jugak idea akak. Mungkin apa yang akak cakap tu as main present, then kita cari la something else yang boleh buat side present." kata Nisha.

'Boleh tahan jugak idea Sya ni, dalam hadiah tu ada hikmah' monolog Danish dalam hati.

"Kalau macam tu, kita pergi Muslim Boutique tu dulu, then baru kita pergi cari side present. Abang dengar dah macam makanan dah, side dish."

"Bukan Sya yang cakap, tapi adik Danish ni." kata aku sambil menunjuk ke arah Nisha.

"Owh, salah ek ape yang Nisha cakap. Takde ke side present?" kata Nisha blur.

Aku dan Danish dah menahan ketawa bila tengok Nisha macam tu. 'Hai la Nisha, belajar jauh-jauh tapi benda ni pun blur'.

Selesai membeli hadiah, kami menuju ke restoran Sushi King memandangkan ada orang mengadu lapar. Siapa lagi kalau bukan Si Nisha.

Masa tengah makan, telefon Danish berdering dan tertera nama My beloved Umi. Tanpa bergerak kemana-mana, dia menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum umi."

"Ada hal kat luar sekejap ni umi, nanti dah settle abang balik. Kenapa umi?"

"Orite umi, Waalaikumsalam."

Selepas selesai meletakkan telefon, Danish pandang muka aku. Aku mula jadi tak selesa. 'Dah kenapa pulak dia tengok aku macam nak makan ni.'

"Kenapa umi call abang?" Nisha jadi penyelamat.

"Umi tanya abang kat mana, then abang cakap la yang abang ade hal kat luar. Umi suruh abang call Kak Sya, untuk bawak balik rumah,tidur kat rumah malam ni."

"Then awak cakap ape?" tanya aku.

"Then saya cakap la yang nanti saya call awak. So sekarang ni nak balik rumah saya pakai kereta awak sendiri atau nak naik sekali dengan saya?" tanya Danish.

"Saya pergi sendiri la kalau macam tu, lagipun saya tak bawak persalinan."

"Ok, kalau macam tu, Nisha teman Kak Sya ek. Nanti mama bising kat abang pulak." kata Nisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience