"Sya, esok ade kelas ape wei? Aku lupa, tapi yang aku tahu esok ade kelas dengan Dr. Qash." tanya Qai sambil menikmati makanan kegemaran kami waktu malam.
"Mentang-mentang Dr. Qash tu favourite kau, kau lupa subjek lain? Esok pagi ade kelas mycology dengan Dr. Faizal and petang sikit ade kelas plant propagation dengan Dr. Qash kesayangan kau tu." jawab aku sambil ingat-ingat lupa.
"Alah, kau bukan tak kenal aku, aku nikan jenis pelupa orangnya." kata Qai sambil tersengih.
"Agak-agak kau ape Dr. Faizal nak bagitahu pasal field work kita nanti?"
"Aku rasa dia suruh kita cari sample. Mati la nak." muka Qai macam tak redha je.
"Wei, apesal Dr. Faizal lambat hari ni. Tak pernah dia lambat macam ni." mula dah soalan yang aku tak tahu jawapan keluar dari mulut si Qai. Minah ni bukan boleh tunggu orang lama-lama.
"Mana la aku tahu, kau ingat aku ni assistant dia ke? "
"Mana la tahu kalau kau tahu, aku tanya je."
Tak lama kemudian....
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua." ucap satu suara yang asing pada pendengaran aku. Terus aku angkat kepala dan sungguh aku tak percaya.
'Mamat semalam, Alamak. Dia datang cari aku ke ni?' aku cuba kawal tingkah laku supaya tak terlalu ketara.
"Nama saya Muhammad Danish Mikail, student Dr. Faizal. Dr. tak dapat hadir ke kelas kerana mempunyai mesyuarat di luar. Jadi, dia minta saya sampai kan maklumat mengenai field work dan berikan tugasan kepada anda semua." katanya dengan riak bersahaja.
"Ok, boleh kita teruskan?"selepas mendapat kata persetujuan dari pelajar yang lain, Danish terus memulakan sesi mengambil kedatangan. Nampaknya, memang Dr. Faizal sudah berpesan untuk mengambil kedatangan dengan menyebut nama setiap seorang pelajarnya.
"Nur Aisya Fazreen." namaku disebut. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan dan menyahut.
"Jadi nama awak Nur Aisya Fazreen" dia mengulang nama aku buat kali kedua. Aku hanya mampu mengangguk.
Usai mengambil kedatangan, dia terus membuka slide yang mengandungi maklumat mengenai field work. Habis dia menerangkan semua slide tersebut, ada suara yang bertanya.
"Abang Danish ikut sekali tak field work nanti?" sungguh tak aku duga soalan itu akan keluar dari mulut diva program aku, Karmila. Terus aku angkat kepala, menoleh kebelakang.
"Bergantung kepada arahan Dr. Faizal." tenang sungguh cara dia menjawab.
"Alaaa, abang ikut la sekali, mesti Best kalau abang ade." habis sahaja ayat yang keluar dari mulut si diva tersebut, mula ada orang yang berkata buruk.
"Ok, cukup dah setakat tu untuk maklumat field work. Jika ada soalan yang bermain difikiran awak semua, awak boleh rujuk dengan Dr. Faizal sendiri ye. Saya tak nak ambil masa awak lama, ni soalan untuk minggu ni. Macam biasa, hantar dan boleh balik." kata dia dengan tenang.
"Aku dah siap, kau dah siap ke belum Qai?" kata aku sambil melihat Qai menulis.
"Sikit lagi, kejap ye. Ok dah siap, jom hantar." Qai sudah bangun dahulu sebelum aku.
"Terima kasih." ucap aku dan Qai serentak.
"Sama-sama. Aisya Fazreen boleh saya jumpa awak sekejap?" usai membalas ucapan terima kasih aku dan Qai, dia bersuara untuk berjumpa aku seketika.
"Qai, kau tunggu aku kat luar kejap boleh? Jangan tinggal aku tau." kata aku kepada Qai. Qai hanya mampu mengangguk kepala sambil berlalu pergi.
"Ye saya, ada apa ye Encik Danish?" kata aku menghilangkan rasa gugup dalam hati.
"Awak program ni ye? Kenapa awak takut?"
"Iye, saya program ni. Tak de la, saya ok je."
"Tak pe la kalau macam tu. Boleh saya minta nombor awak?" terkejut sekejap aku dengar permintaan Danish.
"Encik Danish boleh ambil dari kertas kehadiran tu."
"Saya tahu ada nombor awak dekat kertas tu, tapi saya tak nak curi. Terima kasih." katanya dengan senyuman.
"Saya pergi dulu ye, Assalamualaikum." terus aku berlalu.
Share this novel