Sekembalinya aku dan rakan-rakan yang lain ke universiti, aku menjalani kehidupan mahasiswa seperti biasa. Kelibat Danish tidak ku lihat sehingga aku tamat pengajian, begitu juga dengan chat yang tidak dibalas. Entah kemana hilangnya dia, memberi perhatian untuk seketika tetapi hilang tanpa dikesan.
Minggu terakhir sebelum peperiksaan akhir, aku dipanggil ke bilik Dr. Faizal a.k.a supervisor untuk 'final year project' aku. Habis cuak muka aku, takut-takut ada masalah yang timbul bagi projek tu. #matilakalauextend
Dengan tabahnya aku ketuk bilik Dr. Faizal. Selepas mendengar kebenaran masuk, aku memulas tombol pintunya dan memberi salam.
"Ada ape ye doc panggil saya?" tanya aku dengan nada cuak.
"Duduk dulu Sya. Yang awak cuak semacam ni dah kenapa? Saya panggil bukan nak makan awak." Dr. Faizal tergelak kecil sambil tersenyum sinis.
"Mana la saya tahu, kot-kot ada masalah dengan thesis yang saya hantar ke." jawab aku.
"Memang awak ada masalah pun, tapi.... " ayat tergantung.
"Masalah apa doc? Saya buat salah dekat mana? Sempat tak kalau saya betulkan?" kalut aku tanya. Aku sudah tidak senang duduk.
"Saya tak habis cakap lagi, awak dah gelabah. Patut la ada orang suka awak." kata Dr. Faizal.
"Haa? Apa doc?"
"Tak de pape. Sebenarnya saya nak offer awak untuk sambung awak punya fyp tu sbb tajuk yg awak buat ada potensi untuk dikembangkan. Tajuk yang awak buat pun quite interesting."
"Owh, tu ke yang doc nak cakap. Tapi kenapa doc nak saya sambung research tu?" dia tak tahu aku separuh mabuk buat benda tu.
"Sebab saya rasa awak boleh buat tajuk ni untuk further your journey. Tak pe, awak fikir dulu. Bila dah ada keputusan awak inform saya k?" selesai Dr Faizal bercakap, aku meminta diri untuk kembali ke hostel.
Share this novel