'Aku terima maaf dia. Mungkin susah untuk lupakan dia, tapi tak bermaksud aku tak boleh terima segala alasan dia. Takpe, kau kuat Sya. Kau boleh teruskan hidup kau walaupun bekerja dengan dia.' aku menyedapkan hati aku selepas keluar dari bilik Danish.
"Woi, kau kenapa? Diam dari tadi? Ape Encik Danish nak dari kau tadi?" tanya Aiman.
"Takde ape la..Dia just nak tahu perkembangan untuk makmal ni. Eh, jap. Najla mana? Dari tadi tak nampak." aku tanya pada Aiman.
"Owh, si Najla tu pergi tolong Abang Wahid dekat makmal dia. Nanti datang la tu." jawab Aiman.
"Owh, ok... Aku masuk bilik dulu, nak settlekan kerja sebelum aku balik." aku berlalu pergi.
Masuk je aku ke bilik, tiba-tiba telefon bimbit aku berdering, 'My Mama'. Aku angkat call dari mama.
"Assalamualaikum mama."
"Waalaikumsalam, Aisya. Sya sihat?"
"Alhamdulillah sihat. Mama baba sihat?"
"Alhamdulillah sihat jugak. Ni Aisya, minggu depan mama dengan baba ingat nak pergi sana tengok Sya, boleh?" tanya mama.
"Ma, datang la ma. Kenapa tanya pulak? Sya rindu mama tau. Ma nak datang naik ape? Train ke, bas ke, atau baba nak drive?"
"Mana la tahu, kot Sya kena pergi keluar cari sample. Ma pun rindu anak mama. Baba kata nak drive. Bukan jauh mana pun dari Taiping ni ke KL."
"Ha, ok. Kalau macam tu nanti nak datang sini Sya send location kat mama." kata aku.
"Ok Sya. Dah pergi sambung kerja. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." kata aku dengan tersenyum.
'Mama ni macam tahu-tahu je aku rindu dia. Ni yang sayang mama ni.'
Share this novel