Bab 25

Romance Series 3061

Sedar tak sedar dah lebih setahun jugak la aku bekerja dengan syarikat ni. Banyak benda yang aku dah belajar kat sini. Dan dalam diam Najla dengan Aiman pun dah nak bertunang, dulu bukan main lagi asyik nak bergaduh je. Tengok sekarang, tiba-tiba dapat tahu nak bertunang dah. Lagipun dua-dua dah kenal lama, tak salah pun aku rasa kalau diorang nak teruskan ke peringkat seterusnya, comel ape diorang tu.

Aku pulak dah jadi orang kepercayaan untuk terajui bahagian penyelidikan ni. Disebabkan Abang Wahid dah jadi ketua bahagian ni, maka bertambahlah kerja aku. Danish pulak dah tak pegang jawatan tu sebab dah naik jadi org penting syarikat. Maka makin susahlah nak nampak dia turun ke department ni.

Mama dan baba tak habis-habis tanya bila aku nak kahwin. Ayat yang selalu mama cakap bila dia call adalah....

"Sya ni bila la nak kahwin.Sya dah boleh kahwin dah pun, sampai bila Sya nak jadi anak dara."

Dan jawapan aku adalah....

"Tak ada jodoh lagi la mama, nanti dah sampai ada la tu. Tak pun mama je la yang cari, Sya malas nak fikir."

Hurm....Aku sendiri tak tahu kenapa susah sangat aku nak buka hati untuk lelaki ni. Macam dah terikat dengan sesuatu. Masalahnya, aku sendiri tak tahu aku ni terikat dengan apa. Susahnya bila kita tak faham diri sendiri.

Dalam masa setahun ni jugak la banyak kali aku bermalam di rumah Datuk Hamdan dan Datin Salina. Ada macam-macam majlis yang diorang buat, sampai la aku kena bermalam di rumah agam milik Datuk Hamdan. Kalau pasal Danish pulak, kat pejabat ni memang susah nak nampak muka. Nisha pulak dah habis belajar.

Sedang aku melayam perasaan, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi, tertera nama Nisha pada skrin.

"Assalamualaikum akak, akak tengah buat ape tu? Busy ek?"

"Waalaikumsalam Nisha, tak buat ape pun. Tengok report je. Kenapa Nisha?" aku menjawab persoalan Nisha.

"Akak, jom teman Nisha keluar boleh petang ni? Nisha ada something nak beli." pinta Nisha.

"Akak boleh teman Nisha, tapi lepas akak habis kerja la. Akak mana boleh keluar kerja sekarang."

"Kalau pasal tu, Nisha dah tanya dengan abang tadi. Dia kasi akak keluar dengan Nisha tapi dengan syarat dia minta Nisha datang office and bawak akak naik jumpa dia. Bolehkan akak?"

"Kalau macam tu nanti akak inform head of department akak dulu, then Nisha boleh bawak akak keluar kalau boss kt atas tu dah bagi."

"Orite, see u. Assalamualaikum."

Selepas menjawab salam, aku letak telefon di sisi komputer. Aku menyambung membaca report sehingga habis sebelum keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience