Bab 24

Romance Series 3061

Seperti yang dijanjikan, Datuk Hamdan datang ke rumah aku bersama keluarga pada musim buah. Dan disebabkan tu jugalah aku turut diheret balik ke kampung. Bak kata Datuk Hamdan, "Alang-alang nak ke kampung, kenapa tak gerak balik sekali. Takde la Sya balik sorang. Kami pun takde la sesat nanti." Dah tak pasal aku kena tidur rumah Datuk Hamdan sebelum balik ke rumah baba, dengan kereta aku pun tersadai dekat rumah besar tu.

Nak tak nak, kena la ikut sebab baba dah siap pesan. Kalau tak, nak je aku cabut dulu. Perjalanan balik ke Taiping mengambil masa 4 jam menggunakan kereta Datuk Hamdan. Kerta dipandu oleh pemandu Datuk Hamdan, Pak Karim.

Setelah menempuh perjalanan yg jauh, akhirnya kami sampai juga ke rumah aku. Sampai saja dirumah, mama dan baba dah menunggu di muka pintu. Sesudah menjemput mereka masuk ke rumah dan makan tengahari sambil bercerita kisah mereka di MRSM dulu. Semua ahli keluarga Datuk Hamdan menginap di rumah aku.

"Maaf la ye, bilik kt rumah ni kecik je." kata baba.

"Eh, ape pulak cakap macam tu. Lebih dari cukup dah ni kan?" kata Datuk Hamdan sambil mendapat anggukan dari seisi ahli keluarganya.

"Takpe pakcik, ni pun dah kira bersyukur dah." kata Danish.Aku senang dengan penerimaan terhadap keluarga aku.

"Ni apa kata masuk rehat dulu, lepas tu petang sikit nanti kita ke kebun. Cari buah." kata baba. Semua bersetuju dengan perancangan abah.

Datuk Hamdan dan Datin Salina menginap di bilik tetamu, manakala Danish duduk di bilik Abang dan Nisha menginap di bilik aku. Walaupun aku hanya dua beradik, tapi mama dan baba tetap membuat bilik lebih sekiranya ada tetamu yang datang. Ni termasuklah kalau rumah sebelah tak cukup bilik tidur waktu raya, rumah sebelah tu rumah nenek.

Macam yang dah dirancang, selepas asar, semua bersiap untuk ke kebun. Kami menaiki dua buah kereta, kereta baba dan kereta lama mama. Pak Karim dah pun pulang ke KL kembali selepas berehat seketika di rumah.

Sampai saja di kebun, aku dan mulakan misi mencari durian bersama Nisha. Seronok betul tengok dia bersungguh cari durian. Sampai menjerit la bila nampak buah durian. Selepas mengumpulkan buah durian, kami menikmati durian di bangsal yang baba buat ditengah kebun. Bukan main meriah lagi kami makan sambil bersembang. Lepas makan, kami turun ke aliran sungai yang ada di di dalam kebun.

Bukan aku dengan Nisha je yang turun, habis semua turun main air. Termasuklah Datuk Hamdan dengan Datin Salina. Macam dah lama tak jumpa air sungai. Sempat la aku tangkap Danish curi-curi pandang kat aku. Aku biarkan saja. Aku dan Nisha ralit bermain air, yang lain pun sama naik main air. Akhirnya, sebelum maghrib kami pulang ke rumah. Sempat baba bawa balik beberapa biji buah durian untuk makan dirumah.

Selepas makan malam dan mengemas, aku keluar duduk di kerusi batu di halaman rumah. Memang sengaja baba letak disitu. Sedang aku melayan perasaan, aku dengar orang berdehem di belakang aku.

"Ish, Encik Danish ni buat saya terkejut je la. Saya ingatkan sape la tadi." kata aku sambil mengurut dada. Nasib manusia kalau tak, pengsan aku kat sini.

"Kenapa? Kalau bukan saya ape yang jadi?" tanya Danish. Seolah-olah menguji aku untuk ingt peristiwa bertahun dulu.

"Kalau bukan Encik Danish, saya rasa la, saya dah tak sedar kot." kata aku.

"Dah, jangan cakap macam tu lagi. Aisya.. "

"Ye saya."

"Boleh tak saya nak minta tolong?"

"Tolong ape Encik Danish?"

"Tolong jangan panggil saya encik kalau bukan dipejabat." nada tegas seperti tidak selesa apabila aku memanggilnya Encik Danish.

"Kenapa pulak?" tanya aku selamba.

"Sebab saya rasa ade barrier yang buat kita susah nak cakap. Macam awkward.Kalau dengan walid dengan umi awak boleh hapuskan formaliti awak, dengan saya pun mesti boleh tak?"

"Baiklah, saya akan hilangkan panggilan encik tu di luar waktu pejabat." kata aku sambil tersenyum. Tak guna jugak kalau aku terus menyimpan perasaan sakit hati tu. Nanti tak pasal kalau keluarga tahu. Baik buat biasa, taklah nanti kena jawab yang bukan2.

"Terima kasih." katanya sambil tersenyum. Terpukau kejap aku tengok senyuman dia. Tak pernah berubah dari dulu. Masih senyuman yang sama.

"Ok lah, saya masuk dulu. Tak elok pulak kalau ada orang nampak kita." aku berlalu masuk ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience