Bab 12

Romance Series 3061

"Hai, Assalamualaikum, saya Aisya Fazreen, lab reseacher baru. Saya datang untuk lapor diri." kata aku dengan senyuman kepada penyambut tetamu di front desk syarikat tersebut.

"Hai, waalaikumsalam, saya Aina penyambut tetamu. Awak boleh ke tingkat 10 berjumpa dengan Puan Sakinah, Secretary Datuk Hamdan untuk lapor diri ye. Saya akan inform dengan dia melalui interkom." katanya dengan senyuman.

"Baiklah, terima kasih." aku berlalu ke lift dan ke tingkat 10.

Seusai tiba di tingkat 10 aq terus dibawa berjumpa dengan Puan Sakinah dan diminta untuk mengisi beberapa borang untuk dihantar ke bahagian sumber manusia. Selesai mengisi borang aq dibawa masuk untuk bertemu Datuk Hamdan.

"Have a sit."

"Terima kasih, datuk" ucap aku sebelum melabuhkan punggung ke kerusi di hadapan mejanya.

"So, what should I call you?"

"Aisya, datuk"

"As awak tahu, awak ditawarkan untuk bekerja disini sebagai lab researcher di department makmal kajian dibahagian bawah bangunan ini." katanya sambil menerangkan serba sedikAssalamualaikum entang tugasan yang bakal aku lakukan.

"By the way, head of department awak tak ade untuk jangka masa yang lama, jadi awak akan membantu dari segi penyelidikan local oleh penyelidik dari luar dan pembantu penyelidik awak. Nanti awak turun ke bawah, awak akan di brief oleh pembantu penyelidik awak. Semoga awak suka bekerja disini."

"Terima kasih, datuk."

"Kalau macam tu Sakinah akan tunjukkan awak makmal dan bawa awak berjumpa dengan person in charge bahagian penyelidikan." katanya seraya dengan senyuman.

"Baik datuk. Alhamdulillah, terima kasih." kata aku sambil menundukkan sedikit kepala menunjukkan rasa hormat kepada majikan baru aku.

"Jom, Aisya. Akak tunjukkan makmal and kenalkan awak pada pembantu penyelidik awak." ajak Sakinah sambil berjalan beriringan ke bahagian makmal penyelidikan. Sempat juga aku
bertanya perihal syarikat ini kepadanya. Sakinah juga tidak lokek berkongsi cerita mengenai syarikat ini.

"Assalamualaikum, Wahid ni penyelidik baru yang akan bantu department ni. Aisya, ini Encik Wahid, pembantu penyelidik kepada head of department. " Sakinah memperkenalkan aku kepada Encik Wahid.

"Owh, ni rupanya lab researcher yang baru tu. Hai, selamat berkenalan. Aisya boleh panggil saya Abang Wahid macam staf lain panggil." dengan ramah Wahid berkata. Senyum pun tak lekang di bibir.

"Ok Wahid, aku naik dulu. Pandai-pandai la kau handle macam yang aku dh inform sebelum ni. Aisya, kalau ade orang buli bagitahu akak, nanti akak tolong buli balik." kata Sakinah dengan nada bergurau.

"Jangan risau, aku tak buli punya. Mau kena ketuk dengan datuk kalau aku buli pekerja baru dia." balas Wahid sambil ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience