Hari yang di tunggu sudah pun tiba. Para pelajar berkumpul di hadapan fakulti bersama barangan yamg perlu dibawa bagi tujuan kerja lapangan kali ini. Sedang rancak berborak bersama rakan sekelas yang lain, satu pengumuman telah dibuat melalui pembesar suara mudah alih.
"Perhatian kepada semua pelajar yang akan mengikuti kerja lapangan, sila berkumpul di hadapan dataran dalam masa 5 minit." pengumuman dilakukan oleh pegawai pengiring yang bakal menyertai kerja lapangan tersebut.
"Jom, pegawai dah suruh berkumpul tu. Kang lambat kena marah." kata Fatin, rakan sekelas aku.
"Jom turun. Ramai dah tu kat bawah." ajak aku pula.
"Korang turun dulu, kejap lagi aku turun. Aku nak amik barang kat beg kejap." Qai berlalu ke tempat pengumpulan beg.
"Wei korang, tu bukan encik ape tah nama dia yang ganti Dr. Faizal hari tu ke?" Akma bertanya kepada kami yang menunggu arahan seterusnya.
"Haah la, dia ikut jugak tu. Nampak tak barang yang dia bawak? Aku rasa mesti Dr. Faizal minta dia ikut." Fatin pula bersuara.
"Habis la nanti, mesti si diva tu buat perangai dia balik. Pantang nampak lelaki handsome sikit mula la perangai gedik gatal dia sampai. Menyampah pulak aku tengok dia tu." Amira yang mulanya hanya memandang handphone terus mengeluarkan suara. Setiap kata ditujukan kepada Karmila, si diva yang tengah melambai kearah Danish.
Selepas taklimat ringkas dan pesanan disampaikan kami dibenarkan untuk menaiki bas yang telah ditetapkan mengikut senarai nama yang sudah dilampirkan beberapa hari yang lalu.
Kali ini aku terpisah dari Qai, tetapi aku masih bersama Fatin dan Amira. Kami berlima akan duduk di dalam satu khemah kelak. Fatin duduk bersebelahan dengan Amira, manakala aku duduk di hadapan mereka. Disebabkan Fatin sedikit mabuk, jadi kami memilih tempat duduk ditengah.
"Fatin dah makan ubat belum? Nanti bas jalan tidur je. Sampai nanti kami kejut." kata aku. Amira disebelah hanya mengangguk.
"Diva satu bas dengan kita ke? Habis la kejap lagi.Sebab kalau tak silap aku yang jaga bas kita nanti student Dr. Faizal tu." Amira menunjuk ke arah pintu bas yang terbuka. Masak la kalau diva ada dalam bas ni.
"Rasanya dia satu bas dengan kita. Apa boleh buat, redha je la 2 jam perjalanan ni. Hope dia tidur la, aman sikit." Fatin pasrah.
Share this novel