Beberapa minggu selepas kejadian tersebut, aku menerima aku pesanan melalui aplikasi Whatsapp dari nombor yang aku tidak kenali.
' Assalamualaikum Aisya Fazreen, dah ready utk field work ' dari orang misteri tersebut.
'Sape pulak ni? Balas ke tak?' pelik bin ajaib kejap.
' Waalaikumsalam, ye saya. Ni sape ye? Alhamdulillah dah.' jawab aku.
'Nanti time field work awak akan tahu ye. Bye' penuh persoalan.
'Ok, macam tu je? Siapa dia ni?' persoalan yang hanya terlahir dibenak fikiran aku.
"Kau dah kenapa muka berkerut macam tu?" muncul Qai dengan air ditangan.
"Ade orang chat aku, lepas tu dia tanya dah ready ke untuk ke field work. Aku balas la dah. Bila aku tanya siapa, dia cakap tunggu masa field work. Pelik bin ajaib kejap aku dengan manusia tu."
"Secret admire kau kot. Tapi sape? Tak pernah kau dapat whastapp, selalunya nota kecik tak pun surat panjang berjela." sambil menghulurkan air yang aku pesan.
Aku mula berfikir sejenak. Tapi aku tetap tidak dapat meneka siapa yang menghantar pesanan ringkas itu. Susah untuk aku berikan nombor telefon kepada orang yang aku tidak kenal.
'Abaikan je la. Semak je fikir pasal dia. Tapi kenapa aku berdebar.' aku mula rasa tidak senang duduk.
"Woi, dah la tu pikir pasal whatsapp yang kau dapat tu. Barang kau semua dah ready ke nk gi field work nanti?" kata-kata Qai memberhentikan lamunan aku yang hampir terbang melayang.
"Dah beli dah, tinggal beli baranf makanan je. Tu nanti pun boleh. Kau pulak dah settle ke?" tanya aku.
"Ade lagi yang tak beli. Nanti la aku keluar beli.Lambat lagi la." kata Qai dengan selamba.
"Kau dah lupa, field work kita hujung minggu ni? Lagi 4 hari je tinggal untuk buat persiapan. Karang tak sempat jangan nak merengek dengan aku." aku pula yang rasa mahu membebel.
"Bukan minggu depan ke? Serius la minggu ni? " Qai dah mula gelabah.
"Minggu ni Cik Puan Qaisara. Kau namun ke ape?"
"Sya, petang ni teman aku gi beli barang ek. Please, ikut aku." pinta Qai dengan muka mengharap.
"Ye, aku ikut."
Share this novel