Setelah selesai menerangkan prosedur asas bagi melakukan proses-proses yang bakal berlangsung dalam makmal ini, kami keluar makan bersama-sama.
Memandangkan aku masih baru, jadi Najla dna Aiman membawa aku makan di kedai makan berdekatan dengan bangunan makmal kami. Sepanjang waktu makan, kami banyak bercerita mengenai pengalaman yang kami dapat sebelum diserap menjadi satu team bagi prosedur baru yang bakal dijalankan.
Baru la aku tahu rupanya, budak berdua ni umurnya setahun muda dari aku. Tapi mereka tak pula rasa kekok bila berinteraksi dengan aku. Aku pun mula bertambah selesa. Selesai sahaja makan, kami balik ke bangunan makmal dan solat sebelum menyambung penerangan.
"Aisya, dah habis waktu kerja la. Tu la, asyik praktis semua peralatan sampai lupa hari dh petang. Tapi Best la cara kau ajar, simple but then faham. Kau boleh jadi pensyarah kot." kata Aiman.
"A'ah betul la, aku sokong. Seronok la belajar benda ni walaupun rumit prosedurnya. Aku rasa tak rugi aku kena pilih buat benda ni."
"Ape korang ni, merepek je. Dah, jom balik. Esok kita sambung prosedur lain pulak. Balik la dulu kalau korang nak balik." kata aku.
"Kau nak pergi amik barang kau ek? Takpe la aku teman kau. Bahaya." kata Najla.
"Ok, boleh je."
"Korang gi la, aku tunggu sini." kata Aiman sambil mengunci makmal.
Setelah mengambil barang, kami bergerak ke tempat parking. Aiman sudah bergerak balik menggunakan motosikal kawasaki ninja nya. Manakala, Najla pula aku hantarkan pulang disebabkan keretanya dihantar ke bengkel.
Share this novel