Bab 9

Romance Series 3061

Aku tersedar dari tidur dengan badan yang sakit dan lemah. Aku lihat Qai, Fatin, Amira dan Akma tidur mengelilingi aku di khemah induk. Dan aku terpandang satu jasad yang tidur membelakangi aku. Aku mula ketakutan. Aku kejutan Amira.

"Mira, bangun jap. Teman aku gi toilet."

"Ermm. Jom, tapi bangunkan Qai dulu." arah Amira.

"Qai, temankan aku gi toilet" aku kejutkan Qai.

"Ermmm. Jom."

"Kau ni Sya kan?" tanya Qai.

"Ye, aku Sya" kata aku. Soalan yang biasa aku dapat sekiranya aku baru lepas terkena histeria.

"Password?" tanya Amira

Selepas memberitahu password yang biasa kami guna untuk tentukan kamu ini jasad sebenar, baru kami berjalan ke tandas yang letaknya tidak jauh dari khemah induk.

"Dah subuh la, amik wuduk terus la. Kejap lagi terus solat." kata Qai. Aku dan Amira hanya membalas kata-kata Qai dengan anggukan. Selesai ke tandas, kami terus solat sebelum mengejutkan rakan-rakan kami yang lain.

"Danish, Danish. Bangun solat." Aku mengejutkan Danish yang tidur tidak jauh dari tempat yang aku tidur tadi dan baru aku tahu jasad tadi adalah tubuhnya.

"Ermmm, ok thanks." terus Danish bangun dan berjalan ke arah surau.

Kami terus bergerak ke khemah kami untuk mengemas pakaian yang masih belom dikemaskan. Rancangan asal, kami akan mengemas pakaian selepas makanan BBQ semalam, tetapi lain pula yang jadi.

Sedang kami khusyuk mengemas. Akma membuka cerita.

"Sya, kau ingat tak siapa yang tolong kau semalam?"

"Mana la dia ingat, dia sedar pun tak tu." kata Qai.
Aku hanya mampu senyum dan menggeleng. Mana nak sedar kalau benda lain yang kuasai aku. Aku sendiri tak tahu apa yang terjadi. "Kenapa wei? Ape yang jadi time aku tak sedar?" tanya aku. Aku mula pelik apabila semua rakan aku seperti tersenyum dan menjeling antara 1 sama lain.

"Korang ni dah kenapa?"

"Siapkan kemas dulu nanti baru kitorang cerita." kata Amira.

Setelah siap mengemas, aku menahan semua rakan aku keluar dari khemah."ok, sekarang cerita kat aku apa yang jadi semalam." tanya aku.

"Kau tahu sape yang tolong kau semalam?" tanya Qai. Aku hanya geleng.

"Abang Danish kau yang datang tolong. Lama kau kena, dia rawat sampai kau ok. Dia orang yang first datang bila kau tiba-tiba tak sedar, sebab dia ada kat belakang kau je masa kita duduk rapat-rapat. Cara dia rawat kau macam orang yang ada pengalaman, kan Mira?"

"Betul tu, aku tengok cara dia macam pakar je bab benda ni. Nampak pun tahu dia ni dada penuh ilmu. Dia lain sikit dari student lelaki program kita ni. Apa yang aku boleh cakap, dia hebat la." aku hanya dan menghadam.

"Teruk ke aku kena semalam? " tanya aku. Soalan yang sama setiap kali kami buka cerita.

"Teruk tu tak la sebab kau statik je kat tempat yang kau kena, kau banyak jerit je and menggelupur. Macam biase kalau kau kena." jawab Qai.

"Tapi serius la aku cakap, habis keluar segala muscle cik abang kau semalam tolong kau." kata Akma.

"Biul la kau ni Akma. Yang tu pulak yang dia cerita." kata Fatin.

"Kira baik la aku cerita pasal abang Danish si Sya ni dari aku cerita pasal si diva yang buat-buat kena tu." kata Akma dengan muka tak bersalah.

"Apa jadi dengan si diva tu?" tanya aku.

"Alang-alang dah buka cerita ni baik kita cerita terus." kata Amira.

Akma dan Fatin mengambilalih masa bercerita mengenai si diva. "Kau tahu tak yang si diva buat- buat kena lepas je si Tina menjerit. Dia ingat cik abang kau, si Danish tu nak datang tolong lah sebab dia dekat dengan Danish waktu tu, tapi Danish buat tak tahu je, jalan arah kita, tapi duduk belakang kau. Dia buat-buat jadi teruk, lepas tu dtg Dr. Faizal. Dr. Faizal bagi minyak ape tah kat diva tu, terus dia geli. Then Dr. baca ayat kursi lepas tu tepuk dahi si diva, terus senyap budak tu." panjang betul.

"Tu la ceritanya." kata si Akma.

"Dah la, jom siap kejap lagi nak breakfast then kita dh boleh balik." kata si Qai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience