"Beb, mana kau? Lama dah ni aku tunggu kau." bebelan bakal bermula dari mulut sahabat baik aku sejak dari semester 1 walaupun melalui panggilan. Namanya Qaisara Qismina atau lebih mesra dikenali sebagai Qai.
"Aku dah otw ni. Sabar kejap k. Jangan marah ye Cik Qai. Bagi aku 5 minit." haruslah aku percepatkan langkah aku yang tak berapa nk tinggi ni, sebelum Qai call aku untuk kali yg ke betapa entah.
Yes, sampai pun. Dari jauh aku dah nampak muka si Qai dah kebosanan. Belom sempat aku sampai ke meja yang Qai dah reserved untuk kami, aku dilanggar seseorang.
'Time ni jugak la nak berlanggar.' rungut aku dalam hati.
"Maafkan saya ye, saya tak sengaja. Alamak, baju awak dah basah, saya minta maaf ye." laju aku keluarkan tisu dari poket beg sandang aku, dan terus aku beri pada 'mamat' yang aku langgar tadi. Hati aku dah berdegup laju sebab takut kena marah.
"It's ok. Salah saya sebab berdiri tengah laluan. Awak x perlu minta maaf ye." kata pemuda itu sambil sibuk mengelap baju yang terkena air, nasib baik air mineral.
"Tapi baju awak dah basah. Saya minta maaf ye. Awak nak saya ganti rugi ke?"
"Tak perlu la, sikit je ni. Btw, thanks sebab bagi tisu."
"Saya yang patut cakap thanks sebab awak tak marah saya. Betul ni awak ok? "
"Ye, saya ok. Awak jangan risau k." kata lelaki itu sambil mengukir senyuman.
"Kalau macam tu, terima kasih sekali lagi. Saya rasa saya dah kena gerak sebab kawan saya dah tunggu. Assalamualaikum" tanpa menunggu, aku terus berjalan.
"Kau dah kenapa muka macam tu? Macam nampak alien je." tanya aku selepas aku duduk di kerusi berhadapan dengan Cik Qai yang dah lama tunggu aku ni.
"Kau langgar sape tadi wei? Handsome giler. Tak pernah pulak aku nampak mamat tu kat fakulti ni." mula dah perangai si Qai ni, pantang nampak lelaki kacak mesti teruja. Harap perangai je kasar, tapi dalam hati ade taman minah ni.
"Entah la, aku tak tahu pulak tu sape. Bak kata kau, tak pernah nampak. Dah la, aku nak gi order makanan jap, jaga beg aku."
"Ye, aku jaga. Cepat la, aku lapar tahap kebulur dah ni."
"Iye, sabar. Kejap je aku pergi."
Share this novel