Bab 2

Romance Series 3061

"Dah, jom makan. Cepat baca doa, kebulur aku tunggu kau tadi." kata si Qai sambil menadah tangan untuk berdoa.

"Aku duduk pun belum, haish kau ni." aku duduk dan membaca doa makan, lalu aku mula menyuap makanan yang dah tersedia.

Sambil aku dan Qai makan, tiba-tiba Qai memberitahu maklumat yang aku terlepas pada kelas sebelum ini.

"Eh, kau tahu tak yang kita akan ada field work masa cuti sem nanti? Aku dengar Dr Faizal nak gabung dengan Prof Hashim untuk field work kali ni." Qai sampaikan informasi dengan mulut yang penuh dengan nasi ayam kegemarannya.

"Yang pasal field work time cuti sem tu aku tahu. Tapi tang pasal gabung dengan Prof Hashim tu aku x tahu pulak. Apesal diorang nak gabung? Bukan lain2 kos ke?" pelik bila dua subjek bergabung untuk kerja lapangan yang berbeza.

Setahu aku, kerja lapangan selalunya akan diasingkan mengikut subjek tertentu. Macam senior yang lepas, sepanjang cuti semester akan ada dua kerja lapangan yang berbeza. Kiranya macam dua kali keluar untuk kerja lapangan.

"Entah la, yang tu aku tak tahu. Senang cite tunggu je la info next dari Dr. Faizal or prof. Lepas ni kau nak pergi mana?"

"Aku rasa, aku nak gi cari jodoh jap kat CAIS. Mana tahu kot dapat student master ke phd ke yang baru masuk intake haritu." berangan kejap aku ni. Hehe. Gatal juga aku ni.

"Kalau kau nak gi CAIS, kau gi sorang. Aku nak balik tidur sementara assignment tak ade lagi ni." Qai memang akan cari masa untuk tidur, almaklumlah orang terlebih aktif macam dia, memang tak cukup rehat.

"Tak rajin aku nak gi CAIS semata nak cari jodoh. Aku nak gi pinjam novel la. Kau balik la dulu, bukan aku tak boleh pergi sendiri." aku bangun untuk letakkan pinggan makanan.

'Nak baca novel ape ni? Banyak jugak novel baru yang diorang letak. Cari, cari, cari.' gumam aku sendiri bila terlihat banyak novel baru yang diletakkan oleh pihak perpustakaan di rak yang penuh dengan novel.

'Pencinta rahsia, karya Nur Mawar. Macam Best je. Sinopsis pun macam menarik. Ok, jumpa satu. Cari, cari lagi.' macam sempat je aku nak baca banyak-banyak novel.

'Cinta disebalik tinta, ok jugak ni. Cukup dah kot. Nanti kalau dah habis amik yang lain pulak.' setelah memlilih dua buah novel, aku berlalu ke mesin peminjaman automatik untuk urusan pinjaman buku.

Selesai urusan peminjaman buku, aku berlalu ke pintu utama untuk bergerak pulang ke kolej kediaman. Sampai sahaja di pintu utama......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience