Macam yang dah dijanjikan, aku membawa mama dan baba ke majlis kesyukuran Datuk Hamdan. Sampai sahaja dirumah Datuk Hamdan, masih belum ramai tetamu yang hadir. Bagus jugak la, boleh balik awal. Tak payah bertembung dengan orang tu.
Masuk sahaja ke perkarangan rumah banglo milik Datuk, aku terpegun sekejap dengan konsep majlis kesyukuran yang dijalankan. Dah macam kenduri kahwin je aku tengok dengan lampu, khemah, meja makan dan dekorasinya. Tu tak termasuk dengan makanannya lagi. Ni betul mewah ni.
Sebaik sahaja terlihat susuk tubuh Datuk Hamdan bersama isterinya, Datin Salina berdiri berhampiran dengan khemah, aku mengajak orang tua aku untuk bertemu dengan pemilik syarikat tempat aku bekerja.
"Assalamualaikum Datuk, Datin." sapa aku.
"Waalaikumsalam, haaa Aisya datang pun.Ni datang dengan siapa?." balas Datuk Hamdan. Sempat lagi dia bertanya sebelum berbisik kepada isterinya.
"Saya datang dengan parent saya datuk. Saya kenalkan baba saya, dan mama saya." aku memperkenalkan orang tua aku kepada mereka.
"Marzuki kan?"tanya Datuk Hamdan kepada baba.
"Hamdan Hasbullah." kata baba pula. Muka mereka seakan terpukau. Terus sahaja tersenyum dan berpelukan. Seolah dah kenal lama. Aku pulak yang blank dekat tengah-tengah ni.
"Adibah kan?" kata Datin Salina pula.
"Ya Allah, Salina" mama pula bersuara lepas berdiam lama. Masing-masing berpelukan, bagai melepas rindu yang mendalam. Apa yang jadi ni? Dah macam jejak kasih je aku tengok.
"Baba, mama, datuk, datin... Ermm.. Kenapa ni? Saya blank kat sini." kata aku dalam nada bingung.
"Sya, ni kawan baba masa duduk dekat melaka dulu. Masa sama-sama belajar dalam MRSM Terendak. Kami sekelas sampai tingkatan 5, kawan baik baba ni. Lepas habis sekolah kami terputus hubungan, ni baru jumpa balik." kata baba disambut dengan anggukan dari Datuk Hamdan.
"Habis tu mama dengan Datin Salina pulak kenal dekat mana?" aku kasih lagi bingung.
"Aunty dengan mama awak ni pun dari MRSM yang sama dengan diorang berdua ni ha. Bezanya kami muda dua tahun dari diorang. Nak dijadikan cerita kami bercinta dengan diorang berdua ni. Aunty bercinta dengan uncle, mama awak dengan baba. Kami pun terputus hubungan lepas habis sekolah, tapi jodoh temukan kami kembali. Alhamdulillah." jawab Datin Salina.
"Macam tu rupanya. Manalah Sya tahu, kalau tahu dari awal dah lama Sya bawak mama baba datang sini." kata aku.
"Takpe Aisya, ni pun uncle bersyukur sangat sebab Aisya pertemukan kami kembali walaupun dengan tak sengaja." kata Datuk Hamdan. Siap gelar diri uncle lagi. Sama macam Datin Salina.
"Eh, abang jemput diorang masuk. Bercakap kat sini sampai ke sudah tak habis. Kita bersembang panjang kejap lagi. Orang masjid pun dah sampai tu."
"Ye tak ye jugak. Eh jom kita masuk, kejap lagi kita sambung bersembang. Meh masuk Zuki, Diba, Aisya." jemput Datuk Hamdan. Sambil mengiringi kami ke dalam.
Macam ni pulak la ceritanya. Mungkin ade hikmah baba dengan mama datang ke sini. Elok aku masuk ke pintu rumah, tiba-tiba aku ternampak Danish sedang berjalan menuju kearah aku. Ah sudah, mati aku. Jangan la dia cakap apa-apa kat baba. Sesak aku nak menjawab nanti.
Share this novel