Sedar tak sedar sudah 4 bulan aku berkerja di syarikat ini.Banyak benda yang aku pelajari dari sini. Tapi yang aku pelik, sampai sekarang aku tak pernah tengok muka ketua jabatan aku. Bukan cakap muka je, hujung rambut dia pun x nampak bayang. Aiman dan Najla yang dah kerja lama kat sini pun tak pernah nampak dia, aku apatah lagi.
Ada la si Aiman bagitahu yang ketua jabatan kami ni tengah sambung Phd dekat luar negara. Tapi maklumlah, semua maklumat susah nak tepat sebab tak ada siapa pun tahu dia pergi mana. Sampaikan Najla cakap si ketua jabatan tu macam chipsmore. Sebab arahan semua melalui pembantu penyelidik, Abang Wahid.
"Head of department kita minta untuk buat......". ayat klise yang selalu Abang Wahid cakap. Tapi masalahnya bayang head of department pun tak nampak.
Selalunya Abang Wahid yang akan ketuai semua tugasan tu kecuali melibatkan nama aku naik. Kalau nama naik tu kiranya projek besar, sebab dah libatkan sekali dengan aku.
"Hah. " sergah Najla.
"Woi, terkejut aku. Nasib aku tak arwah." geram aku dengan dia ni.
"Ape yang kau mengelamun? Macam dah lepas ke Istanbul je." kata Najla sambil membancuh air.
"Tak ade ape. K lah, aku nak masuk lab balik. Kau jangan lupa pulak masuk lab kejap lagi, kang tak siap pulak benda yang Abang Wahid suruh buat tu." Aku berlalu keluar dari pantri selepas mendapat tanda ok dari Najla.
"Aisya, nanti awak tolong check alignment nucleotide ni boleh? Boss nak tengok nanti." kata Abang Wahid di muka pintu. Selalunya kalau ada kerja yang disuruh, dia akan masuk. Tapi ni lain pulak.
"Sejak bila datuk masuk lab sampai minta buat alignment nucleotide?" tanya aku. Setahu aku, datuk jarang masuk campur dalam hal lab, walaupun bawah syarikat yang sama, tapi cabangnya lain-lain.
"Head of department la. Mana datang datuk nye. Nah amik pendrive ni." kata Abang Wahid sambil menghulurkan pendrive.
Aku bergerak mengambil pendrive tersebut, sambil tersengih. "Mana la Aisya tahu, kot datuk dulu ade buat research jugak ke. Alignment file tu nama ape? " tanya aku supaya aku tak tersalah file.
"Heliconia species. Ni untuk landscape punya projek sebenarnya. Sebab banyak sangat species."
"Ok."
Share this novel