"Alamak hujan, tak bawak payung lagi ni." menyesal kejap.
'Nak masuk balik malas, nak redah haruslah aku basah. Tunggu je la kejap.' aku duduk di bangku yang ada ditepi pintu masuk sementara tunggu hujan berhenti.
Hujan dah mula reda, aku ambil keputusan untuk guna fail yang telah air untuk melindung kepala dari terkena hujan walaupun aku memakai tudung. Ini la pengajaran ye wahai Cik Aisya Fazreen, nanti jangan lupa bawa payung. Dah tahu mahasiswa dan mahasiswi kat Universiti Malaysia Sarawak ni semua memerlukan payung, yang kau pergi tinggal buat ape? Nasib la.
Sampai sahaja di kolej kediaman, aku terus ke rumah dan bersiap untuk mandi, almaklumlah dah kena hujan. Haruslah aku terus mandi, sebelum aku demam.
'Mana si Qai ni, tidur lagi ke?' aku buka pintu bilik Qai, nampaknya Qai masih tidur ditemani teddy bear sebesar orang dewasa yang dihadiahkan oleh abang tersayang.
Usai aku mandi dan solat, aku mula membaca novel yang aku pinjam tadi. Punya khusyuk aku sampai tak sedar sudah berkumandang azan maghrib. Terus aku berwudhuk dan solat. Lepas ni nak ajak si Qai gi dinner.
"Qai, jom gi dinner. Lapar dah ni."sambil lagi menjenguk ke dalam bilik Qai.
"Haaa, muncul pun Cik Aisya Fazreen sorang ni. Aku ingat kau dah jumpa jodoh tadi sampai lupa nak balik." aku pulak yang kena.
"Yang kau tu, tidur sampai tak ingat dunia petang tadi. Aku tak cakap pape pun. Dah jom siap, kita makan dekat pavi je la. Ok? " kata aku sambil berlalu ke bilik.
Share this novel