Bab 19

Romance Series 3061

"First of all.....saya nak minta maaf sebab tinggalkan awak tanpa ucap selamat tinggal and saya tak bagitahu sebab saya terpaksa pergi. Sebenarnya, saya bukanlah student Dr. Faizal awak, tapi saya sebenarnya kawan sewaktu dia belajar di Cambridge dulu. Bezanya saya junior dia, saya sambung study master and Dr. Faizal sambung PHD. Saya datang ke universiti awak sebab nak lawat Dr. Faizal and cari pelajar yang berpotensi untuk bekerja dengan saya. Secara kebetulan pertama kali saya masuk kelas awak hanya sekadar untuk dapat pengalaman macam mana mengajar student. Awak ingat lagi saya ada minta nombor fon awak?" tanyanya dihujung penjelasan.

"Ingat." jawab aku ringkas.

"Pada mulanya saya dapat nama awak sebagai salah seorang pelajar yang dicadangkan. Tapi bila saya nampak awak, saya rasa lain, jadi saya cuba untuk dekat dengan awak. Tanpa awak sedar saya kembali ke KL untuk teruskan pekerjaan saya dan saya kembali ke Sarawak atas permintaan Dr awak bagi memantau kerja field work awak di sana. Jadi saya cuba untuk rapat dengan awak, tapi tanpa sedar saya dah bagi harapan kepada awak dan diri saya sendiri untuk terus layan perasaan ni." terangnya lagi.

"Jadi apa kena mengena dengan saya?" tanya aku geram.

"Saya beritahu Dr. Faizal awak pasal benda ni. Dan dia cakap biarkan awak belajar dulu. Saya terima, dan saya minta untuk dia jagakan awak untuk saya. Semua hadiah yang awak dapat masa hari grad baik untuk degree n master adalah dari saya melalui dia. Dan surat tawaran pekerjaan yang awak dapat adalah dari saya atas potensi awak."

"Jadi selama ni Encik Danish hanya gunakan saya untuk dapatkan pekerja bagi syarikat ni? Encik rapat dengan saya sebab nak tengok cara saya bekerja? Macam tu. Habis tu kenapa encik care pasal saya, kenapa encik sentiasa call saya? Encik tahu berapa lama masa yang saya ambik untuk kembali tenang?" tanya aku geram.

"Ye, pada mulanya memang saya pergi ke sana untuk mencari pekerja bagi syarikat, tapi lepas je insiden pelanggaran tu saya jadi tertarik untuk dekati awak. Saya rapat dengan awak untuk kenali awak dengan lebih mendalam dan saya care pasal awak sebab saya dah mula sukakan awak. Ye saya tak tahu berapa lama untuk awak tenang kembali, tapi percayalah, saya jugak tak mampu lupakan awak...till now."katanya memberi penjelasan.

"Cukup sampai sini saja perkara ini, dan saya harap encik tak libatkan perkara ni lagi dalam pejabat. Harap encik faham." kata aku lalu bangun dari kerusi.

"Saya terpaksa pergi tanpa memberitahu perkara sebenar disebabkan datuk saya meninggal dan saya rushing untuk balik. Saya cari peluang untuk ke sana balik tapi saya tak mampu." katanya mengekat aku untuk keluar dari biliknya.

"Takpe la encik, saya maafkan encik. Apa yang jadi ni mungkin pengajaran bagi saya dan encik untuk membetulkan ape yang salah. Saya rase takat ni je la perbincangan kita. Saya keluar dulu. " kata aku sebelum keluar.

'Sekurang-kurangnya dia dah maafkan aku. Cukup untuk aku rasa tenang. Takpe la Aisya, kalau betul jodoh awak dengan saya, kita akan tetap bersatu kembali.' kata hati Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience