Hari ni semua sibuk bergosip dari pagi sebab dengar kabar head of department akan balik tak lama lagi. Baru sekarang tahu, kebanyakan penyelidakan yang kami lakukan adalah untuk keputusan penyelidikan head of department tu. Tapi yang peliknya, kenapa banyak penyelidikan melibatkan pertanian dan taxa. Ok abaikan, kalau membebel panjang pun bukan paham.
"Najla, betul ke head of department dah nak masuk kerja?" tanya aku sambil tengok mesin bergerak.
"Tu la yang aku dengar, sebab tak ade sape pun yang tahu bende yang betul. Even Abang Wahid pun tak pasti." ni pelik bila pembantu penyelidik pun tak tahu. Parah ni, kalau dia masuk mengejut boleh tercabut jantung. Preparation ape pun tak buat lagi.
"Eh korang, Abang Wahid panggil masuk bilik mesyuarat. Ada hal katanya." panggil Aiman tergesa-gesa. Pulak, dah kenapa kena panggil masa macam ni. Mengejut pulak tu, tak pernah berlaku ni.
Masuk ke bilik mesyuarat, semua orang tengah setia menunggu di kerusi. Aku pun apa lagi, duduk dekat kerusi yang masih kosong. Tapi, bukan di tempat yang memang dah dikhaskan untuk bos-bos. Sambil menunggu, semua orang bertanya sesama sendiri, apa tujuan meeting ni diadakan.
Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat dibuka. Abang Wahid masuk dan diikuti seorang lelaki. Disebabkan aku duduk jauh, jadi aku tak nampak siapa lelaki tu. "Baiklah, saya pasti ada antara kamu yang tak pernah kenal siapa head of department kita, sebab ada yang baru masuk dan harini saya perkenalkan ketua jabatan penyelidikan dan landskap, Encik Muhammad Danish Mikail, merangkap pengarah pengurusan syarikat ni. " Abang wahid perkenalkan kepada kami.
Aku tersentak....
Semua pekerja lain menepuk tangan tanda meraikan kedatangan ketua jabatan. Tapi aku hanya kaku di tempat duduk. Najla menginggung aku menguruh untuk bertepuk tangan bersama. Aku ikut bertepuk tangan tetapi, fikiran aku entah melayang ke mana. Setelah memperkenalkan ketua jabatan, Abang Wahid memberi laluan bagi Danish berucap.
"Terima kasih semua. Pertama sekali saya nak ucapkan selamat berkenalan kepada semua yang masih tidak mengenali saya. Saya berharap agar kita mampu untuk bekerjasama mulai saat ini dan masa akan datang. Kerja dibawah saya tak perlu terlalu stress walaupun saya tahu kita bergelumang dengan banyak isu. Setakat ni je kot. Terima kasih.
Share this novel