Bab 23

Romance Series 3061

"Haa Zuki, ni anak sulung aku, Danish Mikail. Majlis ni untuk sambut dia balik dari luar negara, baru habis PHD. Tapi dah alang-alang kita berjumpa balik, kira sekali la, majlis ni untuk pertemuan kita balik." kata Datuk Hamdan. Sempat bersalam sebelum duduk di ruang yang dikhaskan untuk tetamu lelaki.

Aku terlopong kejap, maksudnya Danish ni anak Datuk Hamdan. Kenapa aku tak tahu, bengap betul la aku ni. Dah sah-sah dia pegang jawatan pengarah pengurusan mestilah dia ada kena mengena dengan Datuk Hamdan, lagipun diakan bin Hamdan. Bodohnya lahai aku ni. Aku garu kepala.

"Sya dah kenapa tu?" tanya mama.

"Takde pape mama." kata aku sambil tersengih. Aku dah pun mengikut Datin Salina dan mama ke ruang wanita.

Baru sahaja duduk, datang seorang gadis bertudung bawal, berbaju kurung kapas duduk berhampiran dengan Datin Salina. Dia bersalam dengan mama dan aku.

"Ni anak Lina yang bongsu, Danisha Marissa. Yang ni sekarang tengah buat medik dekat Rusia. Tahun ni last." Datin memperkenalkan Nisha pada aku dan mama.

"Nisha, ni kawan umi masa MRSM dulu, aunty Diba. Yang sebelah tu pulak Aisya, anak aunty diba." kata Datin Salina memperkenalkan kami pula.

Selepas sahaja Datin memperkenalkan kami, dia berlalu pergi selepas ada tetamu yang memanggil. Danisha pula bangun dan duduk ditepi aku.

"Akak kerja dengan walid ke? Macam pernah nampak akak je sebelum ni." tanya Danisha.

"Haah, akak kerja dengan Datuk Hamdan. Akak pun tak tahu yang Datuk dengan baba akak kenal. Datang sini baru dapat tahu." terang aku.

"Patut la." ramah Danisha ni rupanya. Tak lokek bercerita dan mendengar cerita. Macam-macam ceritanya sampai tak sedar asa dah berlalu. Habis sahaja bacaan doa, semua tetamu dijemput menjamu selera.

Danisha tetap mengiringi aku dan mama untuk menjamu selera. Katanya Datin minta untuk dia melayan aku dan mama sepanjang majlis berlangsung. Nasib Danisha ni jenis peramah orangnya, pandai melayan, sekepala dengan aku pulak tu. Boleh buat partner ni. Huhu...

"Aunty dengan Kak Sya duduk dulu ye, nanti Nisha datang balik. Nisha jumpa abang kejap." katanya. Danisha berlalu ke arah Danish di bawah khemah. Aku hanya mampu menundukkan pandangan aku sebab takut dengan pandangan dari Danish.

Selesai semua urusan di majlis tersebut, kami beransur pulang ke rumah aku. Tapi sempat jugak mama dengan baba jemput Datuk Hamdan sekeluarga ke kampung pada musim buah nanti. Kata baba dapatlah sambung bercerita pasal dulu-dulu. Banyak lagi tu cerita yang disimpan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience