Khaleef berdiri betul-betul dihadapan Mia. Mereka hampir sahaja bertembung.
"Mia macam mana Malik?" soal Khaleef.
"Ok." sepatah sahaja jawapannya.
"Doktor ada kata apa-apa?" soal Khaleef lagi.
"Ketepi boleh? Aku nak ke tandas," pinta Mia. Padahal dia tak mahu ke tandas pun. Dia cuma mahu menjauh dari Khaleef.
Khaleef masih teguh disitu. Tak mahu berganjak.
"Mia Maisarah."
"Tumpang lalu." Mia hanya buat tak endah sahaja. Dia menonong melepasi figura Khaleef yang sejak tadi berdiri dihadapan pintu wad.
Khaleef raup wajah. Fikirannya berkecamuk sekarang. Dia bentuk mahu buat apa lagi untuk perbetulkan kedaan selain dari cara menerima Mia sebagai isteri. Dia benar-benar belum bersedia dan tak akan mungkin sanggup memperisterikan Mia. Sudah berbelas tahun mereka bersama sebagai sahabat. Pelik pula bila mahu menjejaki ke alam cinta. Khaleef tak dapat bayangkan macam mana. Dia tak sanggup bayangkan itu.
"Kak Mia!" Kasih tersenyum lebar berlari kearah Mia dengan membawa plastik yang berisi makanan pada tangan.
Wajah masam mencuka Mia terus dia sembunyikan sebaik sahaja melihat Kasih berlari anak kearahnya. Comel sungguh perangai Kasih. Dia tak mahu Kasih syak tentang pergaduhannya dengan Khaleef. Mesti Kasih akan terasa hati nanti. Baik dia diamkan sahaja. Harapnya, Khaleef tak bocorkan rahsia.
Mia sambut kedatangan Kasih dengan senyuman.
"Kak Mia, Kasih belikan makanan favorite akak dengan along. Jom makan sekali." Belum sempat Mia membantah, lengannya ditarik oleh Kasih. Kembali kearah Khaleef semula.
Tak pasal-pasal bertembung si Mia dan si Khaleef ini ditempat asal mereka semula.
"Along, jom makan tengahari. Sekali dengan kak Mia," ajak Kasih dengan senyuman manisnya. Teruja sungguh bila dapat satukan Khaleef dan Mia.
Khaleef curi pandang Mia yang sedang berdiri dibelakang Kasih. Dia tengah silang tangan dengan muka cemberut.
"Dingin sungguh kau dengan aku sekarangkan Mia? Besar sangat ke salah aku sampai macam ni layanan kau pada aku?" Khaleef hanya bisik dalam hati. Dia pandang kearah Kasih yang sudah memaut lengannya. Sebelah kanan dia paut lengan Mia. Sebelah kiri, dia paut lengan Khaleef. Dekat tangan dia penuh dengan plastik makanan.
Kedua-duanya ditarik kearah kerusi menunggu. Mereka pun akur ajelah. Kalau tolak, pasti Kasih akan tarik muka punya. Paling kurang pun merajuk 3 minggu.
Lepastu, mereka duduk pada kerusi menunggu yang telah tersedia di situ. Kasih duduk di pertengahan Mia dan Khaleef.
"Jom makan," ajak Kasih sekali lagi. Teruja dia buka beg plastik. Keluarkan nasi goreng kampung kegemaran Mia dan Khaleef.
Lepastu, dia pandang Mia dan Khaleef. Yang seorang toleh kanan. Yang seorang toleh kiri. Bertaut kening Kasih dibuatnya. Dah kenapa pula Kak Mia dan along begini? Tak pernah-pernah Kasih nampak mereka dalam keadaan tegang macam ni. Macam ada sesuatu yang tak kena.
"Kak Mia? Along? Kenapa ni? Ada apa-apa yang Kasih tak tahu?" soal Kasih sambil menghulur bungkusan nasi goreng kampung kepada mereka berdua.
Mia dan Khaleef berdehem serentak.
"Tak ada apa." ini pun mereka jawab serentak. Janggal. Masing-masing beriak pelik.
"Serious?" soal Kasih.
"Ya, serious," jawab mereka serentak lagi. Senyap. Mia buka bungkusan makanan. Khaleef ikut buka bungkusan makanan juga. Kasih pula jadi tukang pemerhati.
"Kalau tak ada apa-apa, boleh dah kot kita makan." Kasih tidak mahu panjang kan cerita. Mungkin ada sesuatu yang berlaku diantara Kak Mia dan along, dia tak mahu lah memaksa mereka berdua buka cerita.
Mereka tadah tangan. Khaleef lead bacaan doa macam biasa. Makanan kegemaran Mia dan Khaleef memang sama. Minuman kegemaran pun mereka sehati sejiwa. Teh ais. Nak kata memang sepadanlah. Tapi nak buat macam, tiada jodoh kan?
Masing-masing punya hati.
Mia dengan hati dia.
Khaleef dengan hati dia.
Yang paling sakit adalah seorang cinta dan seorang hanya sayang.
"Macam mana keadaan Malik?" sengaja Khaleef soal Mia. Dia tahu kalau ada Kasih, Mia tak akan abaikan pertanyaannya. Bolehlah dia ambil kesempatan untuk meneruskan perbualan bersama Mia. Rindu. Rindu nak dengar Mia membebel. Rindu nak dengar dia berbual. Gelak dia. Tangis dia. Sudah lama Mia tidak berkongsi momen itu bersama Khaleef. Hati Mia betul-betul tertutup.
Nasi yang sedang dikunyah. Terus dia telan. Payah. Dia tahu Khaleef memang saja tanya depan Kasih. Dia tahu Mia tak akan dapat elak kalau ada Kasih disini.
"Dah okay dari tadi. Cuma doktor kata, kesihatan dia makin teruk sebab dia berhenti makan ubat," jawab Mia datar. Malaslah mahu jawab lebih-lebih. Buang waktu. Lebih baik dia makan sampai kenyang daripada berbual dengan Khaleef. Buat sakit hati je bila teringat lamarannya ditolak.
"Malik berhenti makan ubat?" soal Khaleef. Tak percaya. Malik selalunya jaga makan. Kenapa tiba-tiba Malik bertindak sedemikian?
"Haah." Sepatah Mia jawab. Sambung kunyah nasi goreng semula. Kasih kerut dahi. Kenapa dengan diorang berdua ni? Penuh tanda tanya dalam fikiran Kasih. Jeda. Pelik tengok kelakuan Mia dan Khaleef.
"Sedap tak nasi gorengnya?" soal Kasih. Saja mahu tengok reaksi mereka berdua.
"Sedap je, Kasih. Thank you belikan nasi goreng untuk akak," jawab Mia sambil menguntum senyuman kepada Kasih. Tapi bila saja Mia dengar Khaleef jawab. Langsung pudar senyuman itu. Kasih nampak.
"Sedap. Tahu-tahu aje along tengah cari nasi goreng kampung. Ingat memang nak belikan untuk Mia tadi. Tengok-tengok, angah lagi cepat buat kerja," jawab Khaleef selamba. Suka hati aje dia petik nama Mia. Macam tak ada apa yang berlaku diantara mereka. Mia jegil mata. Kasih pula tersengih bila dengar jawapan Khaleef.
"Dah itu makanan kegemaran kak Mia dengan along. Sah sahlah angah tahu." terkekek Kasih dengan jawapannya sendiri. Dia tak mahu kejanggalan ini berterusan. Baik dia bawa mood positif. Tak adalah berlarutan rasa janggal tu.
Mia baru teringat. Dia habiskan kunyahan.
"Mana ibu?" soalnya kepada Kasih.
"Balik. Masakkan lauk makan malam untuk ayah." Khaleef pula yang tolong jawabkan. Mia jegil lagi. Tak tanya dia pun. Sebok je nak jawab.
Kasih angguk kepala.
"Haah, ibu balik dulu. Tadi ibu kata, ibu ingat nak salam kak Mia. Tapi ibu nampak kak Mia tengah cakap dengan abang Malik. Jadi ibu tak mahu ganggu. Ibu kirim salam," jawab Kasih pula dengan mulut yang penuh dengan nasi. Mia tertawa kecil. Comel betul.
"Waalaikumsalam. Nanti cakap dengan ibu, kak Mia dah jawab salam ibu," kata Mia. Lepastu dia ambil teh ais dan sedut guna straw. Lega tekak. Tengah hari macam gini memang kena dapat sedut teh ais. Hati yang tengah panas pun boleh ikut reda.
"Okay kak Mia."
Sunyi semula. Khaleef sekali sekala curi pandang Mia yang sedang khusyuk makan.
Ohok! Ohok! Serentak Mia dan Kasih pandang kearah Khaleef yang sedang tersedak makanan. Laju Mia hulur teh ais kepunyaannya. Tak sedar. Mungkin sebab dah jadi kebiasaan. Marah macam mana pun Mia terhadap Khaleef, tetap dia tak dapat nak tinggalkan kebiasaan untuk tidak mengendahkan Khaleef.
"Cuba makan tu perlahan, jangan gelojoh!" bebel Mia. Dia tengok Khaleef sedut air teh ais pemberiannya sambil telapak tangan Mia menepuk kuat beberapa kali belakang badan Khaleef untuk mengeluarkan segala sisa makanan yang terdekat dikerongkongan.
Khaleef sembunyi senyum. Dia masih sayang dekat aku rupanya. Ingatkan tak mahu ambil kisah dah.
Kasih tersengih nakal. Dia nampak Khaleef sembunyikan teh aisnya di kerusi belakang. Teh ais kepunyaan Mia dia hirup. Ada saja idea Khaleef untuk tarik perhatian Mia. Dia tahu, Mia sangat prihatin tentang Khaleef.
Mia pula tengah bebel apa entah dekat Khaleef.
"Kak Mia tak payah nak dilayan along tu, mengada. Tu, Teh ais along ada dekat belakang. Dia sorok." sengaja Kasih pecahkan tembelang.
Mia pandang Khaleef tajam.
"Kau ni kan. Kalau tak menyusahkan aku, memang tak sah. Buang masa jelah aku bebel tadi." Mia berdecit. Dia rampas balik teh ais dari tangan Khaleef.
Khaleef pula sengih jelah macam kerang busuk. Dia cubit pinggang Kasih perlahan.
"Tak guna kau ni angah." Khaleef bisik perlahan pada Kasih. Kasih terkekek ajelah. Suka bila tengok Kak Mia dengan along bertekak. Nampak macam suami isteri yang dah berkahwin 5 tahun.
"Ni, Kasih. Lepas makan kita solat zohor sama-sama dekat surau nak?" soal Mia. Dia sudah siap makan. Bungkusan nasi goreng yang sudah kosong itu, dia masukkan kedalam plastik semula.
Kasih angguk kepala.
"Nak, nak!" laju Kasih jawab. Khaleef pun sudah siap makan. Dia ikut Mia, kemas bungkusan yang mereka makan tadi kedalam plastik semula.
"Along tak nak pergi surau hospital sekali?" soalan wajib dari Kasih. Khaleef dah agak. Dia senyum.
"Along dah solat tadi."
Kasih menyiku Mia.
"Ada ciri-ciri suami idaman ni, kak." sakat Kasih.
Suami idaman?
Jauh lagi panggang dari api.
Mia senyum sungging.
"Plastik." Khaleef hulur tangan.
Mia kerut dahi.
"Apa?"
Khaleef tunjuk plastik sampah yang sedang Mia pegang.
"Buat apa?"
Khaleef keluh perlahan.
"Nak tolong buangkanlah." jawabnya dengan datar.
Mia geleng kepala.
"Tong sampahnya dekat je. Aku boleh buang sendiri." Masih dingin suaranya.
"Sombong." Khaleef tetap rampas plastik sampah dari tangan Mia. Lepastu dengan selamba, dia menonong jalan depan Mia. Buang sampah di hujung lorong wad.
"Ish!" Mia jegil mata. Suka hati je rampas. Sepak nanti baru tahu.
Kasih garu kepala. Apa sebenarnya yang jadi ni? Kasih paut tangan Mia.
"Kak Mia, dari akak layan along tu. Baik kita pergi surau sekarang. Nak pukul 3 dah ni." Kasih bantu Mia bangun dari duduk.
"Tak ingin pun akak nak layan Khal tu. Menyampah adalah." Mia jegil main-main. Tak mahulah nampak jelas sangat dia dengan Khaleef tengah tak baik. Lepastu mereka pun pergi.
Khaleef hanya perhati dari jauh.
Haih...
Entah lah. Nak sedih. Tapi Mia jadi macam tu pun sebab keputusan dia sendiri. Dia tahu, penolakannya membuatkan Mia makan hati. Tapi tak boleh nak buat apa. Dia juga tak boleh nak paksa hati sendiri untuk terima. Dia tak mahu ambil risiko.
Pintu wad di buka. Nampak figura Malik yang sedang duduk bersandar diatas katil hospital sambil baca Al-Quran kecil. Malik dah rasa sihat sikit lepas makan ubat tadi.
Khaleef berdehem sedikit.
Malik toleh kearah Khaleef.
"Sadaqallahula'zhim..." Malik tutup al-Quran dan senyum kearah Khaleef.
"Khal? Ada juga disini?" soalnya perlahan.
Khaleef angguk kepala sambil mendekat.
"Haah, Khal yang hantarkan Malik kesini. Mia call minta tolong tadi." jawab Khaleef. Dia duduk di kerusi yang terletak bersebelahan katil Malik.
"Mia tu memang tak pernah tak minta bantuan Khal. Maaflah kalau Mia susahkan Khal." Malik tepuk bahu kanan Khaleef dua kali.
"Tak ada apalah. Setakat hantar ke hospital, tak susahkan pun."
Khaleef ambil buah epal hijau diatas pinggan. Lepastu, dia ambil pisau kecil dan kupaskan kulit epal itu perlahan.
"Khal, gaduh dengan Mia?" soal Malik.
Tangan Khaleef berhenti mengupas.
"Macam mana Malik tahu?" soal Khaleef pula.
Malik jungkit bahu.
"Jelas." sepatah Malik jawab.
Khaleef kembali mengupas semula.
"Gaduh manja je Malik. Biasalah, dalam berkawan mana pernah happy je memanjang..." Khaleef cuba sedapkan hati Malik.
"Sampai unfollow media sosial?" Malik persoalkan perbuatan Mia. Ya, Mia unfollow akaun Instagram Khaleef. Tapi Khaleef tak mahu pertikai. Dia yang buat Mia jadi sampai macam tu. Dia layak dapat layanan sebegitu. Dia layak di maki.
"Nanti dia okaylah tu..." jawab Khaleef lagi.
Malik tenung Khaleef yang sedang fokus kupas kulit epal hijau. Dia tahu, Khaleef tengah sedih.
"Khal, betul tak suka Mia?" sekali lagi Khaleef jeda. Tahu-tahu saja apa yang mereka sedang hadap.
Khaleef letak buah epal itu atas pinggan semula.
"Sayang. Khal sayang Mia." jawabnya sedikit sayu.
Malik angguk. Dia faham.
"Suka dengan sayang, dua perkara yang berbeza bukan?" soal Malik dengan senyuman nipis. Dia tahu, Khaleef tidak pernah taruh perasaan terhadap Mia sejak dulu lagi. Hanya saja Mia bertepuk sebelah tangan. Kerana itu, dia kenalkan Bahrin kepada Mia. Kalau Khaleef sukakan Mia juga, sudah pasti dia akan minta Khaleef kahwin dengan Mia. Jadi penggantinya nanti.
"Persahabatan kami, Khal betul-betul nak jaga. Tapi, nampaknya Khal juga yang musnahkan." luah Khaleef. Dia rasa, dialah punca Mia jadi dingin kepadanya. Tapi, salah ke bila dia cuba tegakkan kebenaran? Dia betul-betul tak boleh sukakan Mia. Dia sayang Mia sebagai sahabat. Hanya sahabat.
Khaleef mahu lupakan kesediaan ini buat seketika.
"Malik macam mana? Sakit dah kurang?" dia tukar topik.
Malik senyum nipis.
"Kurang tu tidak lah, sakit masih terasa...nak buat macam mana...terpaksa kuatkan diri demi Mia." jawab Malik sayu.
Khaleef cuma mampu angguk kepala sahaja.
"Aku nak minta tolong sikit. Boleh?" soal Malik perlahan.
"Minta tolong apa tu?"
Malik tatap Khaleef seketika.
"Tolong hantarkan Mia ke butik pengantin esok. Malik tak dapat nak hantarkan sebab masih kena tahan disini."
Tersentap hati.
Butik pengantin?
Lutut Khaleef mula lemah.
"Boleh tak?" soal Malik untuk dapatkan kepastian.
"Mia...Mia dah nak kahwin ke? Khal tak tahu pun?" soal Khaleef sedaya upaya berlagak tenang. Padahal hatinya sedang sembunyi sakit yang bukan kepalang.
Malik geleng kepala.
"Tunang. Diorang nak beli baju tunang. Majlisnya minggu depan. Kecil-kecilan je." jawab Malik. Dia sudah aturkan semuanya untuk pertunangan Mia bersama Bahrin. Tinggal baju pertunangan sahaja. Itu pun Mia masih belum tahu lagi.
Hampir luluh hatinya tika ini.
Mahu saja dia berlutut diatas lantai kerana kesedihan yang tidak tertanggung ini.
Begitu cepat.
Begitu cepat dia akan kehilangan Mia.
Begitu sebentar Tuhan meminjamkan Mia buatnya.
Done double update! Macam mana perasaan korang lepas baca chapter ni? Best tak? Jomlah komen ramai-ramai hehehe
Share this novel