JAI || BAB 18

Drama Series 96555

Setelah tahiyat akhir, Puan Kamariah dan Kasih saling bersalaman. Dalisyah pula hanya tersenyum disitu menahan malu apabila tangan yang dia hulur tiada sambutan. Terpaksalah dia tembokkan muka, turunkan tangan semula dan letak diatas peha.

"Dalisyah." Bila dengar nama dipanggil oleh ibu mertuanya, terasa berdegup kencang jantung dibuatnya.

"Iya, ibu..." Dia jawab dengan teragak-agak. Mana taknya, yang Puan Kamariah pandang dia dengan pandangan tidak mesra. Kasih pula menjeling tajam. Kenapalah nasib dia begini? Sudah lah kena paksa masuk dalam keluarga yang langsung tidak mahu terima dia. Suami dia pun tak nak layan dia seperti seorang isteri. Mahu tak mahu, terpaksa jugalah dia mengikut alur jalan yang ditetapkan. Kalau tidak, habis aib dia tersebar di merata tempat.

"Sini, duduk."

Dalisyah tidak banyak soal, dia cuma akur dan duduk dihadapan Puan Kamariah. Bila mata bertentang mata, semakin laju degupan jantungnya mengepam.

"Ibu dah bincang dengan abah. Ibu nak buat majlis sanding kecil-kecilan, tak ajak ramai. Cuma orang kampung aja. Biar mereka tahu tentang status perkahwinan kamu dengan anak ibu si Khaleef tu. Mungkin dalam tiga hari lagi..."

Biar betul? Ibu nak buat majlis sanding? Dalisyah rasa sedikit gembira dengan khabar itu. Bukan apa, sekurang-kurangnya biarlah orang kampung tahu bahawa mereka sudah berkahwin. Lagipun, bukan semua orang kampung yang tahu tentang perkahwinan mereka di masjid sehari yang lepas.

"Tak apa ke ibu? Persiapan semua macam mana?" soalnya dengan nada kerisauan. Iyalah, sudahlah lagi tiga hari. Sempat ke buat persiapan semua? Bukan mudah untuk uruskan dengan waktu yang singkat.

"Ibu dah tempah pelamin sewa, tapi kecil ajelah. Nanti sehari sebelum sanding, ownernya datang pasang. Lauk pauk, ibu buat rewang. Minta bantuan orang kampung."

"Okay sangat dah tu ibu." Dalisyah angguk kepala sekali lagi. Dia hanya mengikut kemahuan ibu mertuanya, mahu buat yang mewah-mewah pun buat apa? Lagipun perkahwinan mereka terjadi kerana ditangkap basah. Tak perlu kot nak dibanggakan.

"Baju kau pakai je baju pertunangan aku dulu. Muat tak muat lain cerita, jangan koyak sudahlah." Tambah si Kasih pula. Dalisyah sekali lagi mengiyakan. Bukan main kasar lagi adik iparnya yang seorang ini. Langsung tidak menjaga hati. Sekali buka mulut, tersentak jugalah dibuatnya. Makan dalam.

"Nanti akak cuba ya?"

"Tak payah berakak-akak sangat. Kau bukan akak aku."

"Isya..." Puan Kamariah menepuk perlahan belakang anak perempuannya. Memang dia tidak berkenan bermenantukan Dalisyah, tetapi dia juga tidak berkenan cara Kasih bertutur kasar dengan menantunya.

"Jaga hati kakak ipar kamu."

Kasih menepis tangan Puan Kamariah.

"Ibu jangan nak backup perempuan ni. Macam lah Kasih tak tahu yang perempuan ni sengaja je perangkap along. Dah buang along dulu tiba-tiba datang balik buat muka tak reti malu!"

Dalisyah terkesima. Bagaimana Kasih boleh membuat andaian sendiri? Terlalu jelas ke semua rancangan yang dia buat? Dalisyah tak boleh membiarkan Kasih pecahkan temberangnya. Dalisyah perlu berpura-pura polos dan ketakutan.

"Ibu, sumpah Isya tak tahu...Isya tak ada niat nak perangkap anak ibu...kami minum dekat warung sama-sama. Sedar je kami dah terlentang atas katil." Dalisyah meraih tangan Puan Kamariah. Dia geleng kepala sambil menafikan apa yang berlaku diantara dia dan Khaleef.

"Aku tahu lah along aku macam mana! Kau tak payah nak buat cerita! Entah-entah kau yang call orang kampung, dan ustaz untuk perangkap along! Dasar betina liar!" Kasih tidak boleh berdiam lagi. Dia memang sudah lama tidak puas hati dengan Dalisyah. Dia tahu pasti ada yang tak kena. Dia kenal Khaleef macam mana. Dia tahu Khaleef bukan sejenis lelaki yang suka berfoya-foya dan mahu meniduri anak dara orang.

"Ibu...Isya jujur...Isya tak buat semua tu..." Sedaya upaya Dalisyah mahu memujuk kepercayaan mereka.

Puan Kamariah mengurut pelipis. Pening mahu membenarkan yang mana satu. Selagi tiada bukti, dia tidak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati. Bagi dia, Dalisyah juga layak dilayan elok open keluarga mereka. Dia tak boleh salahkan Dalisyah seorang sahaja kerana anaknya juga terlibat dalam hal ini.

"Menyampah betul!" Mahu sahaja Kasih tarik telekung Dalisyah sampai tercabut. Nasib sahaja Puan Kamariah menahannya dari bertindak kasar. Kalau tidak memang laju sahaja tangannya bertindak.

"Sudah Kasih, benda dah jadi. Kita tak boleh salahkan kakak ipar kamu seorang. Along pun terjerut sama. Selagi kita tak ada bukti yang Isya perangkap along, jatuh fitnah tau kalau kita menuduh."

Dalisyah yang sudah menangis teresak-esak, Puan Kamariah segera peluknya kedalam dakapan. Sifat keibuannya memang menolak untuk berdendam. Biarlah Tuhan sahaja yang menghukum selagi mereka tidak tahu kebenaran.

"Tapi ibu!"

"Sudah. Pergi masuk tidur sana, tidur awal. Baru dapat kumpul tenaga. Esok ibu nak Kasih tolong ibu kemas-kemas rumah. Orang kampung nak datang bantu masak lauk pauk nanti senang."

Kasih menyilang tangan pada dada. Jelas riak cemberut pada wajahnya itu sedang tidak berpuas hati.

"Habis perempuan tu buat apa? Duduk senang lenang dalam bilik? Mentang-mentang pengantin baru." Kasih memang tak puas hati dengan Dalisyah. Bagi dia, Dalisyah ini hanya pengacau hubungan Mia dan abangnya. Kalau Dalisyah tidak menyibuk, pasti mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri.

"Astaghfirullah, Kasih. Kamu ni kenapa? Kakak ipar kamu ni baru je kahwin, biarlah dia dengan along dalam bilik. berehat. Nanti nak bersanding tak boleh penat-penat. Hilang seri nanti."

Kasih tak faham. Kenapa ibu seolah-olah mahu menangkan Dalisyah yang tak sampai sehari menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Apa ibu lupa tentang kewujudan Kak Mia?

"Memang dah lama seri betina ni hilang, ibu. Dah terlanjur. Dara pun dah tak ada. Mana serinya nak timbul."

Pang! Naik berdesing telinga Kasih bila pipinya ditampar oleh Dalisyah. Bukan main. Baru di menangkan ibu sekejap sudah mahu tunjuk kepala.

"Kau memang tak gunakan!" Tangan Kasih menarik kuat rambut Dalisyah yang dibalut telekung putih.

"Jaga mulut awak tu Kasih! Saya masih ada hati dan perasaanlah!" Dalisyah juga ikut menarik telekung yang dipakai oleh Kasih. Puan Kamariah pula sudah gelabah. Macam mana mahu menghentikan pergelutan diantara mereka berdua.

"Sudah! Kasih! Dalisyah! Berhenti!" Sedaya upaya Puan Kamariah mahu menenangkan menantunya dan anak perempuannya yang masih bergelut.

"Ada apa bising-bising ni?" Terkedu Khaleef sebaik sahaja menapak masuk kedalam rumah selepas balik dari masjid. Lagi mengejutkan bila dia melihat adik bongsunya sedang menarik telekung isterinya.

•••

Khaleef masih berdiri menghadap Dalisyah yang sedang duduk di tepi katil. Dengan wajah masam mencuka. Rambut berserabai setelah pergelutan dengan Kasih tadi.

"Kenapa kau dengan Kasih bergaduh?" Dingin nadanya menyoal. Dah serupa polis yang sedang menyiasat penjenayah. Terus menggulung air mata didalam takungan.

"Zhaf...Isya tak sengaja tampar Kasih..." Dia menggenggam jari jemarinya sendiri. Takut mahu berhadapan dengan Khaleef. Entah dia kena maki lagi? Dia sudah pasrah.

"Tak akanlah tiba-tiba nak tampar?"

"Kasih cakap Isya....Isya hilang seri pengantin...sebab dah tak ada dara. Isya...Isya tak boleh terima..." Khaleef ikut tertampar dengan apa yang dia dengar.

"Kasih cakap macam tu?" Entah kenapa Khaleef rasa yang Kasih agak kurang ajar dengan isterinya. Walaupun Khaleef tiada rasa cinta terhadap Dalisyah, tetapi dia tetap ada rasa tanggungjawab setelah apa yang terjadi. Dia ikut rasa tertampar dengan ayat itu kerana baginya dialah yang meragut kesucian Dalisyah.

"Iya, Kasih kata Isya memang dah tak ada seri pengantin sebab kita dah terlanjur..." Bila nampak air mata Dalisyah mengalir kepipi. Perasaan serba salah terus terbit dalam hati Khaleef tetapi cepat-cepat dia kawal diri. Dia kekalkan wajah dinginnya. Tidak mahu cepat kasihan, kerana masih ada syak wasangka didalam hatinya. Dia rasa ada yang tak kena dengan apa yang terjadi.

"Kau jangan ambil hati sangat. Kasih tu memang susah nak terima orang baru." Teragak-agak Khaleef menghulur sapu tangan.

"Hm. Ambil ni."

Dalisyah pun ambil sapu tangan itu. Segera dia mengelap air mata.

"Isya tak nak ambil hati...tapi Isya tak tahan. Isya rasa maruah Isya dipijak-pijak..." Sudah teresak-esak Dalisyah disitu. Khaleef pun tidak tahu macam mana mahu menenangkan. Dia janggal.

Tak akan dia perlu untuk peluk? Ah, tidak akan. Perasaan sikit pun tiada untuk wanita bernama Dalisyah. Yang ada sekarang ini hanyalah Mia Maisarah. Dia tahu lambat laun, dia perlu terima Dalisyah sebagai isterinya tetapi buat masa sekarang ini. Perasaan cintanya terhadap Mia masih kuat.

"Kau tidurlah. Aku teman kau tidur. Tak elok menangis lama-lama." Dia betulkan helaian rambut Dalisyah dengan jari-jemarinya.

"Maafkan Isya ya, Zhaf? Isya pun tak tahu macam mana kita boleh tertangkap dalam satu bilik...Isya sedar-sedar je...semua benda ni jadi..."

Khaleef mengeluh kasar. Dia pun buntu soal itu. Benda dah jadi. Dia pun masih dalam proses untuk mencari bukti.

"Dah lah. Berhenti fikir. Aku nak kau rehat cukup-cukup. Okay?" Soal Khaleef seraya mengambil selimut dan menutup tubuh Dalisyah.

"Okay...Zhaf pun tidur..."

Khaleef hanya angguk kepala. Selepas sahaja memastikan Dalisyah tidur dengan lena, Khaleef mengambil tilam dan bentang diatas lantai. Bersebelahan dengan katil. Dia masih tidak selesa untuk tidur satu katil dengan isterinya. Dia perlu kan masa untuk terima kenyataan. Dia berharap hatinya akan terbuka untuk Dalisyah suatu hari nanti.

Kerana dia tahu, untuk bersama Mia Maisarah adalah satu perkara yang mustahil. Lebih-lebih lagi kerana gadis itu sudah menjadi isteri Bahrin. Nak pula, gadis itu sudah mula membencinya dan menganggap dia sebagai orang asing.

•••

Malik membetulkan kemeja bewarna putih yang dipakainya sambil memandang refleksi pada cermin.

"Pucatnya muka aku..." Monolognya perlahan. Kalau ditanya dia tidak risau ke? Sudah tentu jawapannya risau. Kalau diikutkan sakitnya yang semakin melarat, dia mahu saja berbaring diatas katil dan mengambil cuti kerja. Tetapi kerana masih banyak duit simpanan yang perlu dia cari buat adiknya sebelum pergi, dia sanggup memakan diri.

Dia buka almari. Cari tali leher yang sesuai untuk dipakai. Lama juga cari akhirnya tali leher bewarna hitam juga jadi pilihan hati.

Bila rasa air hangat mengalir keluar dari hidung, segera belakang telapak tangannya memisat. Lepastu, dia tengok. Seperti biasa, darah. Dia simpan tali leher dalam poket sambil dongak kepala keatas. Ambil tisu dan sumbat pada lubang hidung. Bekas ubat didalam poket, dia ambil. Keluarkan ubat bekukan darah dan makan.

Lepastu dia keluar dari bilik tidur dan berehat diatas sofa yang terletak di ruang tamu.

Tapi tidak boleh berlama. Hidupnya makin singkat, dia perlu bekerja keras untuk memberikan simpanan yang banyak buat adiknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Dia tidak kata yang dia tahu urusan Tuhan, dia cuma punya firasat yang kuat. Kalau tidak hari ini, mungkin hari esok. Kalau bukan hari esok, mungkin minggu depan atau minggu seterusnya.

Dia berharap, Tuhan memberikannya kesempatan untuk bersama adiknya lebih lama lagi.

Beberapa minit selepas itu, Malik terdengar beberapa tapak kaki turun dari tangga. Lantas dia toleh kesana dan melihat Mia dan Bahrin menuruni anak tangga bersama-sama. Tisu ditangan segera dia simpan kedalam poket seluar.

"Dah bangun rupanya pengantin baru ni..." sakat Malik sambil matanya melirik kepada mereka. Bahrin pula ketawa macam biasa. Seolah-olah dia lupa apa yang dia cakap tentang Malik malam semalam. Mia hanya mampu menyayang senyum untuk tutup rasa tidak selesa. Sedaya upaya sembunyikan matanya yang sembab dari pandangan Malik.

"Dah bangunlah, aku kan nak kena pergi KL. Kau jagakan isteri aku ya?"

Malik berkerut dahi. "Eh, kau nak balik KL dah? Tak honeymoon, tak apa. Kau biar betul?" Banyak lagi persoalan yang mahu Malik anjurkan kepada Bahrin tetapi dia mahu soalan pertamanya dijawab dahulu.

"Aku ni banyak kerja dekat KL, lagipun aku nak kena cepat ni ada meeting."

Malik kerling kearah Mia. Kononnya mahu melihat reaksi adiknya setelah mendengar apa yang Bahrin katakan kepadanya tetapi Mia pula hanya tunduk kepala. Pelik. Dah kenapa pula nampak suram aje si Mia ni? Sepatutnya, pengantin baru kan hidup bahagia. Malik toleh arah Bahrin semula. Tapi tak peliklah kalau muram muka bila kena tinggal dengan suami sendiri lepas sehari berkahwin.

"Berapa lama kau ke sana?"

"Tak lama, sebulan je. Lepastu aku datang sini balik, ambil Mia."

Lagi berkerut muka Malik. Sebulan? Lama betul tinggal isteri di kampung? Ada apa-apa masalah ke? Malik cuma mampu bersoal jawab didalam hati sahaja. Mahu tanya lebih-lebih nanti takut di gelar suka ambil tahu tepi kain orang pula kan.

"Ha, baguslah kalau macam tu. Kau nak makan tak? Aku ada masakkan nasi goreng tadi. Kalau nak makan, ada atas meja."

Bahrin geleng kepala. Beg kerja ditangan dia genggam erat.

"Aku dah lambat sangat ni. Aku pergi dulu ya?"

"Ha, iyalah." Malik cuma tersenyum bila nampak Bahrin hulur tangan pada Mia. Mia mula salam dan cium tangan suaminya.

"Jaga diri ya, sayang." Dahi Mia dia kucup.

"A-abang pun sama..." Jawapan Mia membuatkan Malik tersipu malu.

Amboi! Baru sehari kahwin dah pandai berabang, abang. Tak sangkalah adik dia yang kasar ini pandai bermanis mulut. Romantik orang kata. Baguslah, Malik turut bergembira dengan hubungan mereka.

Bahrin melambai tangan sebelum masuk kedalam kereta dan pandu jauh-jauh dari sini. Mia pula hanya tersenyum nipis. Masih takut untuk mengingat tragedi malam tadi.

"Adik..."

"Hm?" Mia toleh kearah Malik seraya menutup pintu pagar.

"Puan Kamariah, ibu Khaleef...dia ada ajak kita datang majlis sanding mereka." Malik cuba pandang Mia. Anak mata itu jelas menunjukkan kesedihan. Lebih-lebih lagi bila ada getaran yang terlihat.

"Bila?"

"Tiga hari lagi."

"Oh..."

"Ibu tak mesej adik pun."

Malik tepuk perlahan belakang Mia. Cuba untuk memujuknya.

"Mungkin Puan Kamariah pun masih terkejut dengan apa yang terjadi. Dia kata nak ajak Mia datang ikut tolong merewang sekali. Tolong masak lauk pauk. Abang nanti nak tolong pasang kemah. Adik nak ikut?"

Lagi berat hati Mia bila membayangkan apa yang terjadi sekiranya dia datang kesana. Apakah dia kuat untuk melihat Khaleef dan Dalisyah berbahagia?

"Nanti...adik tanya suami adik dulu."

"Okaylah kalau macam tu. Abang pergi kerja dulu."

"Okay abang."

Share this novel

Jubaidah Chezam
2024-06-18 22:56:39 

bila nk update chapter baru ya author

Jubaidah Chezam
2024-05-22 14:39:35 

ada sambungan?


NovelPlus Premium

The best ads free experience