Sebaik sahaja Dalisyah mengambil wudhu, dia merenung wajahnya yang terpantul pada refleksi cermin tandas sebaik. Fikirannya terlalu bercelaru. Resah. Setiap hari dia berperang dengan fikirannya sendiri. Adakah perbuatan dan keputusannya tepat? Tetapi keadaan memaksanya untuk bertindak melulu. Dia perlu lakukan ini demi keselamatan dan kebaikan dirinya.
Selepas itu, Dalisyah keluar dari tandas. Telekung putih yang tersidai elok didalam almari, dia ambil dan sarung pada tubuh. Tak lama, dia termenung lagi. Wajah Khaleef masih menghantui fikirannya. Wajah lelaki yang tak bersalah itu membuatkan Dalisyah semakin resah tetapi sebaik mungkin dia cuba padam perasaan itu. Dia perlu teruskan niatnya. Mahu putarkan waktu? Semestinya tidak akan boleh terjadi.
Suasana di kelab malam terkemuka di tengah ibu kota Korea itu semakin hangat dengan kunjungan para pengunjung yang tidak putus-putus tiba. Kelihatan sebilangan gadis dan pemuda leka meneguk minuman keras. Ada juga diantara mereka yang terhuyu-hayang kemabukan.
Pemandangan itu sudah menjadi kebiasaan bagi Dalisyah setiap hujung minggu, malahan keseronokan tanpa batas itu seakan tiada penghujungnya. Manusia yang datang bersilih-ganti dengan jerit pekik mereka sambil mengiikut alunan muzik yang rancak bagaikan dapat menghilangkan kekusukan dalam fikiran dan jiwa.
Begitu juga dengan Dalisyah, dia beberapa kali meneguk minuman keras yang berada dalam genggaman. Fikirannya kusut. Jiwanya berserabai.
Mana taknya, Dae Won iaitu teman lelaki baharunya sudah melarikan diri bersama perempuan lain. Sudahlah Dae Won meminjam duitnya lebih lima puluh ribu ringgit atas alasan ibunya perlu membuat pembedahan segera. Kesudahannya, sampai sekarang duit tu tak terbayar. Dae Won pula hilang tanpa jejak. Memang tak guna punya jantan!
Dalisyah sudah terhuyung-hayang duduk memerhati sekitarnya yang hanya disinari lampu warna-warni. Sekali-sekala dia menggoyangkan kepala menghayati rentak lagu yang dimainkan oleh DJ yang bertugas. Dia mahu leka dengan suasana yang menenangkan jiwa ini.
Kalau di Malaysia, sudah pasti dia tidak dapat kebebasan seperti hidupnya di Korea. Dsini, jika dia tertekan tiada siapa yang akan menghalangnya untuk menikmati minuman keras atau pergi ke kelab malam mencucuk bulan.
Disini, dia bebas untuk bergembira melakukan apa sahaja termasuklah memakai pakaian yang mendedah kulit. Tudung? Sejak dia belajar disini, kain itu sudah lama tersimpan sahaja didalam beg pakaian, langsung tidak terusik. Otaknya sudah terlalu rimas dan sendat memikirkan tentang Dae Won.
Berdosa? Apa dia kisah! Yang penting dia bebas.
"Hei, Del!" Satu sentuhan lembut dibelakangnya membuatkan dia menoleh pantas.
Terpandangkan gadis Korea berkain pendek dan berbaju sendat yang mendedahkan seluruh bahunya itu, bibir Dalisyah mengukir senyuman lebar. Muka pula memang sudah barai sebab mabuk. Dengan kaki yang sekejap ke depan sekejap kebelakang lagi.
"Hei...Ji...wae ileohge neujge wa? (Kenapa datang lambat sangat?)" soal Dalisyah kepada Ji Ah. Botol arak yang berada dalam genggamannya di hayunkan beberapa kali.
"Del, neuj-eoseo jeongmal joesonghabnida. Na-egen cheolihal il-i issda. Ani, nahante hago sip-eun mal-i issdago haessjanh-a. Ppalli, deul-eoss-eo. (Del, aku minta maaf sangat sebab lambat. Aku ada kerja nak kena uruskan. Ni, kau kata nak luah sesuatu pada aku. Cepat, aku dengar.)" balas Ji Ah sambil mencapai kotak rokok dan mengeluarkan isinya.
Kemudian, tanpa kekok dia mengeluarkan batang rokok itu dibibirnya sebelum dinyalakan dengan lighter. Asap berkepul-kepul keluar dari bibir yang disapu liptint merah terang itu. Ji Ah, dia adalah kawan kenalan Dalisyah sewaktu beljar di Korea. Ji Ah yang banyak mengajak dan mengajar Dalisyah semua benda ni.
Dengar sahaja pelawaan Ji Ah untuk mendengar isi hatinya, terus sahaja Dalisyah menangis macam orang gila. Ji Ah pun macam biasalah, peluk tolong tenangkan.
"Hei...shhh...Gwaenchanh-a...malhaebwa...nuga neoleul mandeul-eossji, del? (Tak apa, cerita pada aku...siapa buat kau, Del?)" Ji Ah memujuk lagi. Belakang Dalisyah diusap lembut berharap dapat menenangkan tangisan kawan baiknya.
"Dae Won..." Belum apa-apa lagi tangisan Dalisyah semakin teruk.
"Why? What happend?" Ji Ah mengesat air mata Dalisyah dengan ibu jarinya. Selepas itu, Dalisyah pun ceritalah semua benda pada Ji Ah. Tak lama, Ji Ah minta pamit ke tandas.
Dalisyah pun menggoyang-goyangkan tubuhnya dalam keadaan mabuk mengikut rentak. Air mata pada hujung tubir dia biarkan sahaja menitis ke pipi. Dia mahukan ketenangan. Disinilah ketenangannya. Dia asyik, asyik melayan dunianya sendiri kerana perasaan marah dan kecewa yang terbuku dihati.
Sekali-sekala tubuh lelaki yang entah siapa datang menghimpit tubuhnya rapat. Dah masa tu, kepala tengah naik ke bulan apa dia kisah sebaliknya terus menari dengan aksi yang menggoda.
Bunyi alunan lagu yang semakin rancak membuatkan Dalisyah semakin tenggelam dalam kemabukan. Malah, dia menjerit-jerit mengiringi jeritan pengunjung yang lain. Tubuhnya terhuyung-hayang menari sakan.
Bagi Dalisyah, setakat bersentuhan dan berkucupan dia tidak kisah. Asalkan tidak sampai kebilik tidur. Dia masih tahu hukum hakam dan padahnya kalau terlanjur. Dia masih lagi bermaruah dan tak akan gadaikan mahkota yang sudah lama dia pelihara.
Tiba-tiba datang seorang lelaki segak melangkah mendekati yang sejak tadi hanya menari dari kejauhan. Terkejut jugalah ada jejaka Melayu juga didalam tempat sebegini.
Dalisyah tertawa ketika lelaki itu merangkul pinggangnya. Otaknya sudah tidak berfungsi lagi ketika ini. Kesan alkhohol yang dia minum sudah mengambil alih dan mengawal segala pergerakan. Mereka menari seiringan dan sekali-sekala tangan lelaki itu menjalar ke seluruh belakang badan Dalisyah yang terdedah.
"Nampaknya you sukakan keseronokan. Wanna join me? We will have fun tonight..." Mata Dalisyah makin kabur. Suara lelaki tadi dengar semakin samar. Dia rasa lelaki itu mengangkat tubuhnya diatas bahu.
"Have fun! Yeah!" Entah apa yang Dalisyah cakap pun dia sudah tidak sedar.
Sedar-sedar je, dia sudah berada diatas katil dengan tidak berpakaian. Kepala dia rasa berat dan sakit. Perut pula dah mual-mual kesan dari pengambilan arak yang tiada batasan semalam.
"Macam mana? Sedap tak?" Tersentak Dalisyah sebaik sahaja melihat lelaki tadi sedang bersandar disofa hadapan katil dengan hanya bersarungkan jubah mandi.
Lelaki itu pun berdiri sambil memegang cawan berisi kopi panas. Remote control diatas meja kecil berhadapan dengan sofa itu dia gapai dan tekan. Maka sebuah video dimainkan oleh television besar yang tergantung pada dinding. Dalisyah sudah gelabah bila adegan tidak senonoh dintara dia dan lelaki itu diatas ranjang malam semalam di tayangkan betul-betul depan mata.
Sumpah! Dia tak dapat nak kawal dirinya semalam. Lagipun, dia langsung tidak kenal siapa lelaki ini.
"Suka aku dengar jeritan kau ni. Buat aku turn on balik pula." katanya dengan muka selamba.
"Tak guna!" tempik Dalisyah kegeraman. Bantal-bantal diatas katil itu dia campak dengan kuat. Air matanya sudah mengalir dengan deras apabila maruahnya dipijak-pijak oleh lelaki itu.
"Shhhh..." Lelaki itu senyum senget.
"Jangan lancang sangat, kau nak aku sebarkan video ni pada semua orang?" Dalisyah sudah menggigil ketakutan. Dia geleng kepala sambil tangannya cepat-cepat ambil selimut dan membungkus tubuh.
"Kalau kau tak nak video lucah kau ni tersebar, kau ikut kemahuan aku..." Lelaki itu pun campak sekeping gambar diatas katil. Lelaki yang ada dalam gambar ni! Dia kenal sangat!
"Y-you nak I buat apa?" soal Dalisyah dengan suara bergetar.
Bunyi ketukan pada pintu membuatkan Dalisyah tersedar dari lamunannya. Segera dia menapak kearah pintu dan buka. "Ibu?" Puan Kamariah berdiri tepat dihadapannya dengan muka tanpa berperasaan.
"Dah siap belum? Lama dah ibu tunggu dekat bawah. Nak masuk waktu isya' dah ni," kata puan Kamariah sambil memegang sejadah.
Dalisyah angguk kepala dengan gugup.
"D-d-dah siap ibu. Tinggal nak pakai kain je ni..."
"Cepat sikit." Tak cakap banyak. Puan Kamariah terus turun tingkat bawah. Sekali lagi, Dalisyah terkedu. Langsung tiada sambutan yang ramah dari keluarga Khaleef terhadapnya.
•••
"Tempat seorang isteri di sisi siapa?" soalnya dengan nada tegas. Telapak tangan kasar itu menapak pada dagu Mia. Angkat. "Di sisi abangnya atau di sisi suaminya?" soal Bahrin lagi.
Mia sudah tergamam.
"Answer me...sayang..." bisik Bahrin dengan nada memberi amaran.
"A-aku tahu aku sepatutnya di sisi siapa ta-"
"Shhh, abang tanya lain jangan jawab lain..." Jari telunjuk Bahrin sudah melekap pada bibir isteri nya. Dia tak mahu Mia melawan. Dengarkan sahaja permintaannya. Tidak susah pun.
"Abang tanya sekali lagi, tempat isteri disisi siapa?" soal Bahrin lagi.
"S-suami..." jawab Mia dengan gugup. Lagi-lagi bila telapak tangan Bahrin sudah mencengkam bawah dagunya dengan kuat.
"Then, siapa suami awak sekarang ni?" soalnya lagi.
"K-kau..." jawab Mia sambil tangannya mengalihkan jari Bahrin dari bibir.
Bahrin segera melepaskan genggamannya dari dagu Mia. Rasa bangga selepas mendengarkan pengakuan itu dari bibir isterinya.
"So, ikut arahan abang. Abang dah cukup baik bagi pelepasan dekat sayang untuk jaga Malik satu bulan ni. Abang rasa sayang patut bersyukur kot..." Bahrin bangkit dari katil. Kemudian, dia berjalan menuju ke almari baju. Buka. Tangannya menyelongkar. Mencari baju yang sesuai untuk isterinya pakai pada malam ini.
Anak mata Mia hanya mengekori perbuatan Bahrin. Geram. "Kerja aku macam mana? Aku ada kerjaya dekat sinilah Bahrin..." jawapan dari mulut Mia membuatkan Bahrin panas hati. Dia tenung muka Mia dengan mata yang mengecil.
"Tak faham lagi maksud abang?" Bahrin menjawab pertanyaan Mia dengan persoalan juga.
Kemudian, Bahrin mendekati Mia semula. Berdiri dengan gah-nya sambil menyilang tangan.
"Abang rasa sayang dah cukup bijak untuk faham apa kemahuan abang. Berhenti kerja. Abang nak sayang jadi suri rumah sepenuh masa." Mata Mia sudah terbuntang.
"Suri rumah?"
"Iya." Tanpa bertolak-ansur Bahrin menjawab.
Mia ketap gigi kegeraman.
"Tak bolehlah macam tu, aku sayang nak berhenti kerja. Itu je tempat aku untuk cari sumber rezeki. Kau tak berhak nak minta aku berhenti sesuka hati Bahrin." Meluap kemarahan Mia bila Bahrin langsung tidak mahu berkompromi.
"Abang suami. Abang berhak memberi arahan."
"Habis isteri kena dua puluh empat jam mengikut je?"
"Apa yang susah sangat nak faham bahasa ni? Duit abang, duit sayang. Kenapa nak serabut kan kepala otak tu untuk fikir pasal rezeki? Abang ni suami sayang. Soal duit, makan minum, pakaian, tempat tinggal, abang yang akan urus. Kerja sayang duduk rumah, layan abang dan jadi isteri yang taat. Tak susah pun!" Tergeleng kepala Bahrin menahan amarah. Mahu saja dia naik tangan dengan sikap Mia yang keras kepala tetapi dia tahan.
"Aku faham apa keinginan kau tapi sekali sekala, kau kena bertolak ansur dengan isteri supaya tak berlaku ketidakadilan. Malik. Dia punca utama aku masih gembira bernafas dekat muka bumi ni! Soal kerjaya, aku masih lagi boleh ikut cakap kau untuk berhenti. Tapi soal Malik aku tak sanggup. Atleast, tolonglah...Sekurang-kurangnya...fikir tentang kebaikan Malik. Tunggu dia pergi dulu baru kita hidup macam yang kau mahu di KL..." pinta Mia dengan bersungguh-sungguh tetapi didengar acuh tak acuh sahaja.
"Abang dah malas nak cakap pasal Malik. Penat. Esok abang nak kena balik KL. Ada mesyuarat penting." Bahrin campak lingerie bewarna merah hati yang ambil dari dalam almari baju tadi keatas katil.
Mata Mia jatuh padanya. Tergamam. Macam ini rupanya perangai Bahrin?
Tak akan lah dia kena pakai lingerie seksi nak mampus ni dimalam pertama mereka? Tak akan Bahrin tak faham yang dia masih malu? Dia bukannya pelacur yang terbiasa untuk berpakaian begitu.
"K-kenapa..."
"Jangan banyak bunyi. Pakai baju tu. Rimas abang tengok sayang pakai t-shirt lusuh tu,. Dengan kain batik macam orang baru lepas berpantang. Kolot," arah Bahrin yang sudah merangkak naik ke atas katil.
Lusuh? Kolot? Tersentap Mia lepas dengar apa yang Bahrin kata. Langsung tak bertapis. Bahrin pun tahu yang Mia ni orang kampung, sudah tentu bajunya cuma T-shirt biasa. Tak akan tidur pun nak kena berlawa?
"Tapi aku tak biasa pakai macam ni..." Mia alih lingerie itu ketepi.
Sungguh. Jika malam ini dia perlu melayan keinginan Bahrin, dia masih belum bersedia. Dia perlukan waktu.
"Practice. Lama-lama nanti biasalah." Bahrin alih lingerie itu dihadapan Mia semula.
Mia telan liur. Teragak-agak tangannya meraih.
Bahrin mengeluh kuat setelah melihat riak wajah Mia yang ketakutan. "Lembab sangat kenapa ni? Suami sendiri nak minta dilayan pun merungut? Terhegeh-hegeh? Common sense lah sikit." Tangan Bahrin menarik tangan Mia untuk merapat kedalam dakapannya.
"B-Bahrin, t-tolonglah...beri aku masa...aku tak bersedia untuk malam ni..." rayu Mia dengan pandangan sayu.
Bahrin mendengus kasar pada wajah Mia.
"Apa benda yang tak bersedianya? Abang minta pakai lingerie tu je. Bukannya ajak bersetubuh pun!" Tangan kekarnya terus merentap kain batik Mia ke bawah. Esakan Mia yang bergema satu bilik diendahkan sahaja. Yang penting, dia mahu isterinya mengikut arahan. Penat juga bergelut.
Akhirnya dia berjaya buka t-shirt Mia dengan cara paksaan, segera dia sarungkan lingerie itu pada tubuh ramping itu.
"Ha, baru cantik isteri abang..." Tersenyum Bahrin sebaik sahaja berjaya membuat isterinya akur. Kalau tidak, tak terliur dia melihat penampilan isterinya dengan bert-shirt lusuh dengan hanya bersarungkan kain batik. Walaupun hanya untuk tidur, isteri sepatutnya berdandan untuk suami. Bukan pakai macam bidan kampung.
Ada lagi satu yang tak kena. Bahrin buka penyepit rambut Mia. "One more thing..." Terjurai rambut lurus isterinya yang separas pinggang.
Perlahan bibirnya mendekat kearah telinga Mia. "...panggil saya abang, mulai esok." Air mata isterinya dikesa menggunkan telapak tangan.
"Dan awak gelarkan diri awak sayang, mulai esok juga. Faham?"
Share this novel