"Boleh ya adik?"
Mia tayang muka cemberut. Ada saja permintaan Malik. Selalu buat Mia serba salah untuk menolak.
"Tak perlulah, adik boleh je keluar dengan Bahrin dua orang. Kenapa perlu nak libatkan Khaleef pula?" soal Mia tidak puas hati. Ya, memang ada pepatah kata kalau lelaki dan perempuan berduaan akan ada yang ketiga iaitu syaitan. Tapi sekarang ni, orang ketiganya adalah Khaleef. Jauh lebih seram dari syaitan. Tak mahulah dia!
Malik geleng kepala.
"Bolehlah, untuk abang sekali saja? Abang tak boleh nak temankan adik kalini. Abang kena tahan wad. Tak akan lah abang nak biarkan adik abang ni keluar berdua dengan Bahrin? Kalau jadi apa-apa macam mana?" pinta Malik lagi. Sebenarnya, Malik tahu yang Mia punya hati pada Khaleef. Kalau diikutkan hati, memang dia berkenan sangat nak kahwinkan Khaleef dan Mia. Tapi, dah pihak Khaleef tidak bersetuju. Dia tak boleh nak paksa. Bahrin saja yang bersungguh-sungguh untuk dapatkan Mia.
"Sebelum ni Mia keluar dengan Khaleef berdua, okay je abang lepaskan. Ni kenapa bila Mia nak keluar dengan Bahrin berdua je tiba-tiba abang tak nak lepaskan? Tak ada angin, tak ada ribut." rungut Mia lagi. Bukannya dia mahu luka kan hati Malik. Tapi Malik selalu paksa Mia untuk ikut permintaannya. Kalau pun Malik tak paksa. Malik selalu buat Mia rasa serba salah untuk menolak.
Jika ini saja peluangnya untuk satukan Mia dan Khaleef. Dia sanggup. Dia mahu Khaleef rasa sesuatu tentang adiknya. Malik nak Khaleef sedar bahawa cinta Mia pada Khaleef sangat dalam. Malik mahu Khaleef sedar sebelum terlambat.
"Ala, nak minta tolong pun tak boleh. Sikit sikit tak boleh." muncung sedepa bibir Malik.
Pulak dah...
Mia tarik nafas dalam-dalam.
"Ish, yelah. Sekali ni je tau, lepas ni kalau abang minta yang merapu-rapu lagi, adik dah tak nak dengar." jawab Mia. Laju Malik peluk Mia.
"Terima kasih adikku sayang..." bisik Malik. Teruja sungguh suaranya semasa berada didalam pelukan Mia.
Haih...
Ni sebab sayang.
Kalau tak memang dia dah campak Malik ni dalam longkang.
"Tapi sebelum tu, adik nak abang makan ubat! Faham?" tegas nada Mia kali ini. Dia jegil mata depan Malik. Saja buat Malik takut.
Malik angguk laju.
"Janji abang akan makan ubat nanti!" Malik angkat tangan kanan. Dah macam tengah angkat ikrar. Comel!
Mia cubit pipi kanan Malik.
"Ish! Tak payah nak buat muka comel lah. Adik tak termakan pun. Apa nanti nanti? Sekarang, makan sekarang." tegas lagi nada Mia. Kalau tak bertegas dengan Malik ni memang tak jalan. Payah benar nak makan ubat.
"Ala...nantilah..." Malik berdecit. Dia memang tak ada mood betul kalau bahas tentang ubat ni. Asyik-asyik makan ubat. Bukannya hilangkan rasa sakit pun. Buat rosak buah pinggang lagi adalah bila makan ubat banyak-banyak ni.
Mia cekak pinggang.
"Ha! Mula lah tu. Mula. Tak payah nak mengada. Tak ingat ke abang tu dah nak nazak semalam sebab berhenti makan ubat? Tak serik-serik lagi? Nak rasa lagi nafas tu terhenti?" berdas-das Mia bagi. Biar tertusuk dalam hati Malik. Biar dia sedar sikit yang dia sedang hidap sakit kritikal bukan sakit biasa-biasa.
"Aduh...sakit nya tuh disini..." Malik pegang dada kanan. Pedas berbisa sungguh ayat adiknya kalini.
Mia tertawa kecil. Dia tampar lengan Malik.
"Tak payah nak over reaction sangatlah." Mia terkekek lagi tengok muka Malik yang sedang terkemut menahan kesakitan kerana menanggung kata-kata pedas berbisanya tadi.
Mia ambil segelas air kosong dan beberapa ubat pill. Lepastu, dia beri letak pada tangan Malik. Sudah seharian Mia teman Malik di wad. Kasih, ibu dengan Khaleef balik awal semalam. Lepas maghrib mereka sudah pulang ke rumah.
Pagi ni, Mia rasa lega sikit. Malik dah tak nampak pucat sangat. Dia nampak sihat dari semalam. Siap banyak cakap lagi.
Malik telan ubat. Teguk air.
"Dah." Malik hulur balik gelas tu pada Mia.
"Buka mulut. Mana tahu abang curi-curi simpan bawa lidah." sakat Mia sambil memegang dagu Malik.
"Aaaa..." Malik buka mulut. Kosong.
Mia tersenyum lebar.
"Pandai pun makan ubat. Macam ni lah adik sayang..." Mia letak semula gelas kosong tadi atas meja.
Ting!
Notifikasi naik.
Mia segera capai telefon bimbitnya. Cek WhatsApp. Nampak mesej baru dari Khaleef. Pada awalnya, memang dia tak mahu buka. Tapi kan, Malik kata tadi Khaleef akan ambil dan hantarkan ke butik.
Mia pun tekan. Baca.
Khaleef:
Assalamualaikum, Mia. Aku dah sampai. Aku tunggu kat bawah.
Mia cuma baca. Lepastu dia tutup telefon. Kalau ikutkan hati memang dia mahu saja abaikan Khaleef. Biar dia berpanas dekat bawah tu berjam-jam. Tapi bila dia tengok muka Malik. Dia tak sampai hati.
"Abang, Khal dah sampai." ucap Mia perlahan.
Malik angguk kepala. Hulur tangan kanan. Mia sambut. Dia kucup belakang telapak tangan Malik.
"Jangan nakal-nakal. Tu, hati tu jangan keras sangat dengan Bahrin." nasihat Malik sambil tangan kiri usap kepala Mia semasa mereka bersalaman.
"Yelah abang. Adik pergi dulu."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Mia ambil beg tangan, lepastu dia terus keluar dari wad.
Khaleef senyum lega bila nampak mesejnya sudah dibaca. Walaupun tak dibalas. Asalkan Mia sudah tahu dia sedang menunggu dibawah.
Enjin kereta dibiarkan hidup. Tinggal tunggu Mia naik sahaja. Lepastu, dah boleh gerak ke butik.
Tok! Tok! Tok!
Khaleef toleh kearah tingkap. Nampak Mia tengah ketuk tingkap keretanya dengan muka dingin.
Ktak! Kunci dibuka.
Mia buka pintu. Ambil tempat duduk di kerusi bahagian belakang. Khaleef toleh kearah Mia.
"Kenapa tak duduk seat depan? Kan kosong sebelah aku ni." kata Khaleef sambil memandang Mia. Mia tak jawab. Dia cuma menyibukkan diri menatal skrin telefonnya. Tak layan pun pertanyaan dari Khaleef.
Masih marah lagi ke?
Khaleef geleng kepala sendiri. Lepastu dia toleh depan semula dan mulakan pemanduan.
"Jadi..."
Jari Mia terhenti. Dia dengar Khaleef cuba membuka bicara. Cuma Mia berpura tidak dengar.
"Jadi kau terima lamaran Bahrin?" soal Khaleef dengan tenang. Padahal, hanya hatinya saja yang tahu betapa gugup dan gusar dirinya ketika ini.
"Hm." itu saja jawapannya.
Ringkas. Tapi cukup buat hati kecil Khaleef berantakan.
"Oh...tahniah..." perlahan dia ungkap.
Mia telan liur. Tahniah?
Tahniah untuk apa? Untuk bergembira kerana dia perlu bertunang dengan Bahrin iaitu lelaki yang dia tidak pernah cintai? Mia hanya angguk kepala.
"Kenapa...tak jemput aku?" soalnya sayu.
Mia terdiam lagi.
"Buat kecil-kecil. Tunang je pun. Kahwin nanti aku jemputlah." jawab Mia mendatar.
Khaleef angguk kepala. Nak tanya banyak-banyak pun bukan soalannya di jawab. Baik dia tenangkan diri.
Lepas dah sampai, Mia terus keluar dari kereta.
"Mia!" Khaleef panggil dari dalam kereta. Dia buka tingkap untuk Mia dengar.
Langkah Mia terhenti.
"Aku tunggu sini. Kalau ada apa-apa call aku." kata Khaleef lagi.
"Tak payahlah tunggu sini, nanti aku balik naik Bahrin." dingin jawabannya.
Khaleef berdecit.
"Malik amanahkan aku temankan dan hantar kau pulang."
Mia kerut dahi.
"Kau nampak aku kisah ke? Kau memang saja nak gunakan nama Malik untuk dekat dengan aku kan? Kau memang saja nak buat aku lagi rasa malu lepas kau dah tolak aku kan?" jawab Mia.
Khaleef mengeluh. Jauh sungguh cara Mia ni berfikir. Dia tak ada niat langsung untuk malu kan Mia. Dia memang ikhlas nak temankan Mia. Lagipun, Malik juga yang amanahkan dia untuk teman Mia.
"Apa-apa lah, Mia. Aku pun dah penat nak terangkan. Aku tunggu kat sini." Khaleef kebelakangkan kerusi kereta. Lepastu dia bersandar. Lengan kanan tutup muka. Tidur.
•••
Sejam setengah kemudian,
Hati Mia bengkak. Wajahnya masam mencuka. Dalam hatinya berbakul-bakul kutukan yang dia hadiahkan buat Bahrin.
Menyesal terima cadangan Malik!
Itu sahaja perkataan yang bermain dalam fikiran Mia. Kalau dia tahu Bahrin secerewet dan banyak songeh begini. Sudah pasti dia tak akan menerima cadangan Malik untuk mengenali Bahrin lebih dalam lagi. Tapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur kalau terlajak kata? Inilah yang dia perlu hadap. Dia pun sudah bersetuju untuk teruskan pertunangan.
Tapi dia tak sangkalan Bahrin bakal secerewet ini. Nama sahaja lelaki, muka sahaja lelaki. Tapi banyak permintaannya mengalahkan perempuan.
"Sayang..." panggil Bahrin perlahan. Sangat lembut dia alunkan nama panggilan itu.
"Nama aku Mia. Bukan sayang," bantah Mia. Geli lah panggil sayang sayang ni. Jumpa pun baru sekali dua. Nak bersayang pula.
Bahrin tersenyum sambil membelek baju Melayu yang tergantung.
"Biarlah, saya nak biasakan diri saya panggil awak sayang. Nanti dah jadi suami isteri senang, dah terbiasa. Tak adalah kekok sangat nanti. Kan sayang?" soal Bahrin. Kepalanya disenget sedikit untuk memandang Mia yang sedang berdiri tegak di sebelahnya.
Dia ni. Cabar aku ke apa? Lagi aku kata tidak. Lagi dia mahu.
"Lagipun, saya nak buat awak rasa yang awak cukup istimewa di hati saya. Tiada yang lain." tambah Bahrin lagi. Tangannya masih meraba-raba baju Melayu bewarna biru langit dan merah jambu pula. Jumpa. Bahrin jumpa baju Melayu bewarna putih yang kena dengan cita rasanya. Jahitan yang tampak kemas dan reka bentuk cukup simple. Selesa. Dia nampak harga baju Melayu yang sudah ada ditangannya ini. Agak mahal. Tapi dia tidak kisah. Yang penting kepuasan di hari pertunangannya bersama Mia nanti.
Huh.
Rengusan Mia kedengaran agak kuat. Geram dan meluat bergabung menjadi satu. Banyaklah dia punya sayang. Namun kata-kata itu hanya mampu terhembur di relung hati sahaja. Tak tergamaklah pula dia nak kata depan Bahrin. Terasa pula dia nanti.
Dia dan Bahrin masih dalam tempoh perkenalan. Kalau boleh dia tak mahu timbul sebarang masalah, lebih tak mahu kalau masalah itu berpunca daripadanya. Sudah pasti Malik akan kecewa nanti. Cukup cukup lah dia mahu bertindak melulu seperti sebelum ini. Dia tak mahu memalukan dirinya lagi sama seperti keputusannya melamar Khaleef tempoh hari. Malu. Aib pun ia juga.
"Sayang, okay tak kalau saya beli baju yang ni?"
Mia dengus. Sayang? Sayang lagi? Tiba-tiba sahaja Mia rasa nak mengamuk. Berapa kali dia perlu nyatakan pada Bahrin yang dia tak selesa bila digelar sayang? Tak akan lah benda semudah itu pun Bahrin tak dapat nak faham? Tak dapat nak hadam?
"Berapa banyak baju Melayu warna putih yang kau nak beli ni Bahrin? Tadi dah ambil warna putih. Ni pun warna putih." Mia mengeluh kebosanan menunggu Bahrin yang tak habis mencari baju sejak sejam tadi.
"Sayang, tadi tu warna off-white. Not pure white. Okey? Yang saya tengah pegang sekarang ni barulah namanya putih." kata Bahrin sambil menunjukkan perbezaan di antara kedua-duanya. Mia dengus bosan.
"Sama jelah tu..."
Cerewet sungguh. Kalau diikutkan hati mahu saja dia tinggalkan Bahrin dekat butik ni seorang diri. Lama benar pilih bajunya. Naik bosan Mia menunggu.
Tapi kalau dia balik secepat ini, pastinya Malik akan pelik. Apa pula dia mahu jawab pada Malik nanti? Sudahlah baju tunangnya juga dia belum pilih lagi.
"Tapi saya rasa warna krim yang tu pun okay juga. Sesuai untuk kulit saya yang sawa matang ni." Sudah. Mia jegil mata bila nampak Bahrin raih baju Melayu warna krim pula. Kalau macam ni bila nak habis? Rambang mata. Bosan! Mia tunjuk riak bosannya depan Bahrin.
Bahrin tak pedulikan riak bosan Mia. Apa yang penting, dia dapat keluar dengan Mia yang sudah lama menjadi perhatiannya. Bukan senang Mia nak setuju untuk berjumpa. Boleh dikira. Masuk hari ni baru dua kali perjumpaan mereka berdua seumur hidup. Bukan senang nak berjumpa dengan adik Malik yang cantik ini. Kalau ada diantara kawan-kawan Malik melihat Bahrin bersama dengan Mia pasti mereka juga ikut cemburu sebab kecantikan Mia memang semula jadi.
"Sayang dengar tak ni? Diam je dari tadi..."
Bungkam. Kalau dia punya keberanian, sudah lama dia tutup mulut Bahrin dengan tangan dia sekarang. Sudahlah banyak mulut. Panggil pula nak bersayang-sayang. Aih, kita ni panas baran tau. Sebal. Sungguh dia tak nampak faedahnya kalau Bahrin panggil dia dengan panggilan sayang. Istimewa? Tolonglah. Kenal pun baru sehari dua.
Memanglah dia sudah kenal Bahrin ini kawan baik Malik sejak dulu. Tapi mereka tak pernah bertegur sapa. Bila dah tingkat dewasa, tiba-tiba Bahrin bagithau niat untuk mengahwininya kepada Malik.
"Sayang..."
"Apa lagi ni Bahrin? Kalau kau rasa baju melayu tu sesuai untuk kau. Beli sahajalah. Bukannya awak tak mampu nak bayar pun." cantas Mia sedikit memberontak. Bahrin kerja kerajaan kot. Tak akan lah tak mampu. Beli sahaja jika mahu.
Sebenarnya hati Bahrin ni diperbuat dari apa? Kalau betul hati dia diperbuat dari bahan yang sama dengan hati Mia. Kenapa Bahrin tampak tenang sahaja walaupun sudah banyak kali dia kata tak suka.
Senyuman Bahrin melebar. "Sayang, kenapa cakap macam tu dengan saya? Sayang marahkan saya ya?" Mia bungkam lagi.
Sudah tentulah dia marah. Sudahlah panggil sayang. Pilih baju pula lama.
"Suka hati kaulah nak fikir apa pun." Mia bersandar pada kerusi dan silang tangan.
"Mia." pantas Bahrin dan Mia berpaling serentak. Mereka nampak Khaleef datang kearah mereka dengan kedua belah tangan masuk kedalam poket.
Mia jeda.
Kenapa Khaleef nak sibuk sampai masuk dalam butik ni?
Ada keperluan ke dia jejak kesini?
Teman? Setahunya, dia dah ada Bahrin tengah teman beli baju pengantin. Cukup Khaleef tunggu diluar sahajalah.
"Itu kawan baik awak kan?" soal Bahrin kepada Mia sedikit berbisik sambil matanya tertumpu pada Khaleef.
Done triple update!!! Bahrin memang cerewet...
Share this novel