JAI || BAB 15

Drama Series 96555

Dengan langkah yang lemah, Mia menapak masuk kedalam masjid. Termasuk beberapa tetamu dan juga suaminya yang mengikuti jejaknya menggunakan kenderaan.

Sebaik sahaja menerobos kedalam masjid. Orang pertama yang dia lihat adalah, Malik. Rupanya, Malik disini. Malik duduk, tepat bersebelahan dengan Encik Safwan. Wajah encik Safwan tampak tegang dan tidak terurus.

Berbeza pula dengan Puan Kamariah yang sedang memeluk erat anak perempuannya, Kasih. Kasih sedang menangis teresak-esak didalam pelukan ibunya.

Ada beberapa saksi yang sedang berbincang dengan Tok Kadi. Otak Mia masih lagi lambat berfungsi untuk memberi sebarang reaksi. Dia terlalu terkejut sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa. Jelas kedua orang tua lelaki yang berada didalam tanggapannya berada di sini. Menangisi perbuatan anaknya.

Ruangan masjid terlihat sangat hening. Yang lebih menyayat hati nuraninya, adalah setelah dia melihat sepasang kekasih yang sedang duduk bersebelahan di ruangan tengah solat itu. Pakaian pengantin perempuannya, cuma berjubah hitam dan berselendang hitam yang dililit tidak berapa sempurna. Nampak berseri sangat wajahnya. Mungkin kerana bangga selepas ditangkap basah.

Wajah itu. Dia kenal. Musuh dia masa zaman remaja. Iaitu bekas kekasih kepada lelaki yang di cintai nya.

Dia tahu, jika dia menganjak anak matanya sedikit sahaja lagi. Wajah yang dia tidak mahu memperakuinya itu akan terlihat. Kerana itu, dia mahu melihatnya yang paling terakhir. Dia tak sanggup untuk menerima kenyataan.

Perlahan-lahan anak mata Mia beralih kearah pengantin lelaki. Seakan percaya atau tidak percaya sahaja. Dia nampak Khaleef disitu. Bersarungkan baju Melayu bewarna hitam dan bersongkok. Wajahnya tampak cengkung. Tidak bermaya. Tidak pula menunjukkkan sebarang emosi. Kosong tatapannya. Dia hanya termenung. Mengendahkan sahaja perbualan dari pengantin perempuan.

Tak tahu mahu percaya yang mana. Sama ada dia sedang berbahagia atau bersedih. Tapi melihat dari sisi pengantin perempuannya seakan mereka sudah lama merancang untuk ditangkap berduaan.

"Khal..." tak terucap dibibirnya yang sudah bergetar hebat menahan tangis. Kedua belah kakinya seakan mahu rebah disitu juga.

Bahrin yang baru sahaja tiba, cuba untuk memberhentikan langkah Mia. Tetapi belum sempat dia mahu menyempurnakan niat. Mia lebih cepat melangkah ke tengah ruangan.

Reaksi wajah Malik sangat terkejut melihat kedatangan Mia disini. "Adik, tenang adik. Kita duduk dulu..." Segera dia bangun dan meraih kedua belah tangan adiknya yang jelas sedang berusaha mengawal emosinya. Mia hanya terdiam seribu bahasa semasa langkahnya tertahan oleh Malik. Beberapa kali juga dia menepis sentuhan abangnya untuk menapak lebih dekat kearah pasangan sama padan itu.

"Kak Mia..." Kasih juga ikut bangun.

Dia peluk tubuh Mia untuk menenangkan hati kakak kesayangannya. Dia nampak anak mata Mia memandang tepat kearah alongnya. Anak mata yang menyimpan beribu emosi. Cuma tertahan didalam hati sahaja.

Khaleef masih tidak perasan dengan kehadiran Mia. Dia cuma termenung sendiri. Masih lagi tidak percaya dengan apa yang terjadi. Seakan-akan hidupnya punah sekelip mata.

Mana tidaknya, sebaik sahaja dia tersedar dari rebah. Dia sudah terbaring berpelukan bersama Dalisyah tanpa seutas benang. Posisi Khaleef ketika itu, sedang menghimpap tubuh bekas kekasihnya yang sudah tidak berpakaian.

Terkejut? Tak perlu nak dikata. Sehingga tidak sempat otaknya mahu untuk memproses. Lebih teruk, bila dia nampak ada bebarapa cecair yang melakat pada peha mereka, serta pada cadar katil dimana tempat mereka berbaring.

Pakaian mereka? Semuanya sudah berteraburan di atas lantai. Termasuk pakaian dalam mereka yang berselarak dimana-mana. Ada yang diatas lampu. Ada yang diatas sofa. Tiba-tiba sahaja, pintu bilik hotel itu diterjah. Masuklah beberapa orang ustaz dan saksi. Entah dari mana mereka tahu.

Pengakhirannya, mereka di heret kesini menggunakan van jenazah. Malu sangat. Sampai tak tahu bagaimana untuk memberi reaksi. Dia cuma termenung dengan penuh jeda.

Bahkan, usai diijab kabulkan bersama Dalisyah. Dia masih dalam posisi yang sama. Wajah yang sama. Duduk bersila menekur karpet masjid tanpa rasa jemu. Tak mampu untuk mengangkat wajah kearah keluarganya yang jelas kecewa dengan perbuatannya.

Lagi-lagi setelah menerima beberapa tamparan hebat dari kedua belah keluarga. Baik ayah Dalisyah, juga dari ayahnya. Berbekas? Tidak terasa. Cuma yang terasa semakin menebal adalah malu.

"Khaleef!" akhirnya terluak juga suaranya yang tertahan tadi. Bukan setakat Khaleef yang tertumpu kearahnya. Bahkan, semua yang berada didalam ruangan solat. Takungan air mata Mia membanjiri pipi.

Jambakan bunga yang berada didalam genggaman, terurai. Jatuh tepat di hadapan kakinya. Lemah. Sebak. Semua rasa ada. Mahu telan air liur sendiri pun terasa sakit dan payah.

"Mia..." Pandangan Khaleef tertunduk lagi. Malunya bukan kepalang setelah melihat kedatangan Mia disini.

Dalisyah segera meraih kedua belah tangan Khaleef. Usap perlahan. Kononnya cuba untuk menenangkan. Padahal, niatnya sengaja mahu membuat hati Mia sakit. Dia kenal Mia. Sewaktu zaman remaja dulu, Mia nampak muram sahaja sebaik sahaja mengetahui hubungannya bersama Khaleef sebagai pasangan kekasih. Dia tahu perasaan Mia.

Khaleef cuma membiarkan sahaja tangannya diusap. Mahu menolak, dia juga yang sudah menebuk gadis itu tanpa sedar. Rasa serba salah dalam diri membuak-buak.

"Betullah apa yang anggap selama ni?" soal Mia dengan suara bergetar. Dia mahu Khaleef memandang tepat kearah matanya tetapi Khaleef mengelak. Langsung tidak mahu membalas tatapannya.

"Khaleef, aku tanya kau ni. Jadi betullah, bukan aku je mangsa kau selama ni?" Hati Khaleef semakin rasa tertikam. Dia ingatkan Mia akan meletakkan kepercayaan terhadapnya. Tetapi hanya kekewaan yang dibalas.

Mata Mia melirik kearah Dalisyah.

"Kau tertipu dengan mulut manis dia?" soalnya kepada gadis yang bermuka polos itu. Mia tak dapat nak tahan lagi.

Mulut Khaleef terkunci rapat. Mahu membela diri, tapi situasi tadi jelas menunjukkan bahawa dia yang bersalah. Dengan cecair yang masih terbayang dalam fikirannya. Wajahnya semakin memucat.

Pandangan Mia beralih pada Khaleef semula dengan buku lima yang digenggam erat, "Kau memang jantan ta..."

"Jantan tak guna? Jantan otak kuning...kan?" cantas Khaleef dengan air mata yang tertahan. Dia bangkit dari duduk. Lengan Dalisyah dia raih dan dia bawa dihadapan Mia.

Jika dia terangkan macam mana sekali pun, dia tahu Mia memang tidak akan percaya. Bahkan, ahli keluarganya sendiri juga tidak akan percaya. Memang semua orang tidak akan percaya dengan kata-kata pembelaan dirinya.

"Ya, memang. Jantan otak kuning, jantan keparat, pencabul itulah diri aku." terkemam bibirnya menahan esakan. Dia pandang wajah gadis yang dia cintai nya itu dalam-dalam. Dia mahu memberitahu sahaja bahawa dia adalah mangsa keadaan. Dia mahu meminta bantuan. Tetapi jalan seakan mati. Lebih-lebih lagi bila pemikiran Mia yang sudah jauh tersasar terhadap dirinya.

Hati Mia rasa tersiat-siat melihat Khaleef berdiri bangga dengan membawa isterinya dihadapan Mia.

"Kau bangga dengan diri kau, Khal?" Menggigil seluruh tubuh. Mahu sahaja tangannya menampar pipi Khaleef. Tapi tangannya tertahan oleh Malik dan Kasih.

Khaleef angguk kepala. Alang-alang memang dia sudah dipandang hina. Baik dia ikut sahaja alur jalan cerita. Kalau dia mahu menegakkan benang yang sudah basah, jelas semua itu hanya terbalas sia-sia.

"Ya, aku bangga dengan diri aku sekarang." Anak mata Khaleef. Bergetar. Tak kuat mahu memandang tepat kedalam anak mata Mia.

"Khaleef!" Semakin deras air mata Mia mengalir ke pipi setelah mendengar perakuan bodoh dari Khaleef.

"Aku bangga sebab...aku dapat isteri yang mampu terima diri aku yang hina ni." Dia memaut lengan Dalisyah. Erat. Sengaja dia kucup dahi isterinya dihadapan Mia.

"Aku tunggu kau macam orang bodoh, Khal. Aku tunggu...aku...harap kau akan tunaikan...janji kau...rupanya...kau disini..." Mia berhenti seketika kerana ketawa hambar. Dia genggam erat buku lima. "Kau disini...berdiri depan aku dengan bangganya...dengan bangga...Khal...kau tunjuk bekas kekasih kau...kau bangga diatas perkahwinan ni..." Mia menahan bibirnya dari melepaskan kata-kata yang tidak mahu terucap.

"Kenapa? Tak boleh ke aku berbangga? Aku kahwin dengan Isya, Mia. Kau kena ingat...Isya ni...bekas kekasih aku..." Sakit? Tak payah nak cakap. Biar Tuhan sahaja yang tahu. Biarlah Mia membencinya. Lagipun gadis itu memang sudah memandangnya segitu hina. Tak perlu nak membodohkan diri untuk membela diri lagi kot.

"Bangga lepas kena tangkap basah?"

"Why not? Benda dah halal dah pun. Aku dengan Isya pun dah diijab kabul. Kalau aku nak berasmara dengan isteri aku dekat mana sekali pun, tak akan dilaknat oleh Tuhan." cantas Khaleef lagi.

Sumpah. Mia tak mampu nak berkata apa-apa lagi. Khaleef yang berdiri di hadapannya kini macam bukan diri Khaleef yang dia kenal.

"Jadi pengakuan kau sebelum ni mahu jadikan aku isteri kau pun...sebab kau nak aku puaskan nafsu kau. Kan? Kau nak sangat aku jadi isteri kau sebab kau dah tak tahu mana nak lepaskan nafsu syahwat kau yang dah membuak-buak tu kan?" Dia hembur lagi kata-kata yang terpendam dari lubuk hatinya.

Khaleef ketawa hambar. Sudah dia agak. Pasti itu tanggapan Mia.

"Ya. Betullah tu. Aku dah tak tahan sangat Mia. Aku tak tahu mana nak lepas nafsu aku ni. Aku kan nafsu haiwan. Kau pun dah tolak aku. Aku pun lepaskanlah dekat isteri aku ni. Dia je yang sanggup terima benih aku. Nak buat macam mana kan? Kalau dah bernafsu tak boleh tahan-tahan...nanti mati pucuk pula...siapa yang susah? Kan sayang?" soal Khaleef sambil meraih tangan kanan Dalisyah dan kucup sambil matanya masih lagi tertumpu kearah Mia.

Dalisyah hanya tersenyum. Tak jawab apa. Cuma kerjanya tayang wajah polos tu. Sakit pula hati bila nampak muka dia yang tak bersalah tu, walhal perangai macam iblis.

Mia angguk pasrah.

"Baguslah, nasib aku tak terima kau jadi imam aku. Kalau tak, mungkin setiap tahun kot aku beranak. Tak pun, kena bermadu sebab membuak sangat nafsu kau yang tak tertahan tu kan?" perlu Mia dengan kegeraman. Giginya diketap. Dahinya tertimbul urat.

"Tulah, nasib baik juga aku tak jadikan kau makmum aku. Kalau tak, mungkin tiap-tiap kali aku nak tunaikan nafkah batin aku...kau akan tolak. Ha, tak pun. Aku takut je kau tak mampu nak tunjukkan persembahan terbaik kau diatas ranjang. Yalah, kau kan malaikat? Mana pandai skill atas ranjang ni..." Khaleef menunduk kearah Mia. Dia senyum senget.

Lepastu, dia sambung membuka bicara. "Pesan aku, jagalah suami kau baik-baik. Puaskan nafsu dia. Takut dia cari lain pula. Hm?" Dia berdiri tegak semula. Dia bawa Dalisyah pergi bersamanya duduk di pertengahan ruangan solat semula.

Mia rentap tangannya dari genggaman Malik dan Kasih. "Kau memang too much, Khal! Kau memang kurang ajar!" Bahrin segera memaut lengan kanan Mia.

"Sayang, sudah..." Mia yang sedang teresak-esak itu dia peluk erat. Terus tertanam wajah Mia pada dada kekarnya.

Khaleef cuba sedaya upaya mengekalkan muka bangganya. Jika Mia tahu bahawa hatinya juga tidak rela dengan semua ini.

Andai saja Mia tahu betapa menangisnya hati khaleef ketika mengucapkan kata-kata keji tadi. Tapi inilah pilihannya. Biarlah gadis itu terus membencinya. Lagi senang dia mahu move on. Tak adalah berat hatinya untuk melepaskan Mia bersama Bahrin. Dia pun sudah ada tanggungjawab yang perlu dia jaga.

•••

Gambar selfie dia bersama Mia didalam album telefon pintarnya, dia tatap lama sebelum ibu jarinya menekan butang 'buang'. Cuma yang tersisa hanya satu. Dia tak sanggup untuk buang gambar yang satu itu. Gambar, sewaktu dia sedang main kahwin-kahwin di pondok depan rumahnya bersama Mia satu ketika dahulu. Tak dapat kahwini betul-betul, asal dia tatap gambar tu pun sudah cukup buat hatinya sedikit lega.

Bunyi daun pintu yang dikuak membuatkan senyuman dibibirnya terpadam. Songkok atas kepalanya, dibuka dan letak. atas meja petak kecil disisi katil. Nampak Dalisyah menapak masuk kedalam biliknya perlahan. Lepastu, dia henyak punggung di sisi katil bersebelahan dengan Khaleef.

Janggal.

"Zhaf..." Dalisyah cuba untuk memaut tangan Khaleef tetapi nampaknya Khaleef mengelak. Tidak tepis. Cumanya menjauh.

Khaleef raup wajah kebuntuan. Mahu marah tetapi dia tidak tahu salah siapa. Dia rasa macam berdosa sangat lepas sedar dari rebah tu. Memang 'bawah' mereka bersatu. Bukan untuk bercakap atau berfikiran lucah. Tapi itu lah kenyataan yang Khaleef perlu terima. Dia yang menebuk bekas kekasihnya.

Tangan Dalisyah perlahan-lahan membuka selendang yang tersarung atas kepala. Terjurailah rambut ikal mayangnya yang separas pinggang itu. Aroma bunga rose memenuhi bilik tidur mereka. Tapi yang membuatkan Dalisyah hairan, sedikit pun Khaleef tidak mencuri pandang.

Tak lama lepas tu, Khaleef bangkit dari katil. Laju tangan Dalisyah memaut.

"Zhaf nak kemana?" soal Dalisyah perlahan.

Khaleef pejam mata seketika agar tidak meluapkan kemarahan.

"Masjid. Solat maghrib," jawab Khaleef hanya tiga patah. Datar.

Dalisyah masih memaut tangan suami nya.

"Zhaf, kita solat jemaah sekali ya? Isya teringin nak jadi makmum Zhaf..." pinta Dalisyah sambil melepaskan genggaman pada tangan. Kemudian, dia merangkul pinggang Khaleef dari arah belakang.

"Boleh ya?" Dia sandarkan pipinya pada belakang Khaleef.

Tangan Khaleef meleraikan tangan Dalisyah dengan perlahan dari merangkul pinggangnya.

"Aku ni lelaki yang dah tebuk kau, Isya. Aku ni tak layak jadi imam kau. Malam ni, kau solat sendiri. Kalau nak berjemaah, boleh ikut ibu dan Kasih solat berjemaah dekat ruang solat ditingkat bawah..." Segera Khaleef meraih kunci kereta dan keluar dari bilik tidur mereka. Meninggalkan Dalisyah terkapai-kapai seorang diri.

Tak lama lepas tu, Kasih buka pintu. Kasih sudah bersiap dengan bertelekung. Tak sempat Dalisyah mahu memberikan senyuman, jelingan maut pula Kasih hadiahkan kepadanya.

"Along kata kau nak solat berjemaah. Dah ada wudhu belum? Telekung pun tak pakai lagi. Cepat sikit bergerak, ibu dah tunggu kat bawah." Juga belum sempat Dalisyah mahu menjawab, pintu biliknya di hempas kuat oleh Kasih. Terangkat jugalah kedua belah bahu Dalisyah di buat nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience