JAI || BAB 07

Drama Series 96555

Bibir Lisya terjuih lepas tengok Mia meninggalkan mereka pergi.

"Macam tu je dia pergi?" soal hati Khaleef perlahan.

"Bukannya Mia ada anak pun sampai kena balik awal." usik Lisya lagi kepada Khaleef. Tak habis lagi dia ni. Khaleef keluh perlahan. Silang tangan.

"Kau ingat orang ada anak je ke yang boleh balik awal?" jawab Khaleef mendatar. Pandangannya masih tertancap pada meja kerja Mia.

"Lah, emo? Asal? Aku cakap pasal Mia bukan cakap pasal kau." tiba-tiba senyuman Lisya bertukar nakal.

"Orang kata, kalau cubit peha kanan tapi peha kiri yang terasa...tu maksudnya mereka saling ada perasaan antara satu sama lain. Ada connection lah katakan. Tak gitu?" terangkat-angkat kening kanan Lisya ketika menambah usikan.

Khaleef telan liur. Payah. Makin dengar usikan Lisya ni hati makin rasa nak berkecai. Mana tidaknya, dia yang musnahkan segalanya. Kerana penolakannya dia dengan Mia jadi seasing begini.

"Tak usah merapu. Tu kerja bertimbun siapkan. Jangan tahu guna mulut je." bebel Khaleef tayang muka menyampah. Lisya langsung tak ambil hati. Mereka memang selalu bergurau kasar. Setakat tayang muka selenga begitu tak mampu gores kan hati pun.

"Mana ada merapu, memang selalu begitu. Aku nampak kau emo semacam je bila aku kata pasal Mia. Ada apa-apa kedalam hati tu...ada taman kan?" usik Lisya lagi.

Khaleef lepas dengusan kasar. Dia tahu yang Lisya cuba mahu mengusiknya dengan Mia tapi dia tak suka. Dia dah tak selesa. Tak makan saman Lisya ni. Makin orang larang makin dia teruskan.

"Kau ada makan apa-apa ubat ke harini?" soal Khaleef.

Bercantum kening Lisya.

"Tak ada. Kenapa?" Soalnya.

Khaleef letak sepapan panadol atas meja kerja Lisya. "Patutlah otak tu makin tak betul. Belum makan ubat lagi rupanya." ucap Khaleef sakit hati. Biarlah dia bazirkan satu papan panadolnya buat Lisya. Asalkan Lisya tutup mulut.

Terbahak ketawa Lisya lepas mendengarkan kata-kata emosi dari Khaleef. Jarang dia nampak lelaki setenang Khaleef jadi beremosi macam ni.

"Kau dengan Mia gaduh kan?"

Tersentak Khaleef bila senang sahaja ditebak oleh Lisya. Langsung tidak terfikir soalan ini bakal keluar dari mulut Lisya. Dia rasa mereka sudah sedaya upaya bertindak biasa dihadapan Lisya. Atau mereka terlalu jelas?

"Mana ada." dua patah itu payah Khaleef ucap. Lisya ketawa makin terbahak. Nampak sangat dua ketul ini tak pandai menipu. Sesuailah dijodohkan.

"Itulah, sama je jawapan kau dengan Mia dekat tandas tadi. Memang tak jauh panggang dari api." usik Lisya lagi. Khaleef jeda. Tak tahu nak cakap lagi dah. Betul tekaan Lisya. Mereka bukan setakat bergaduh. Tapi sudah sampai tahap putus kawan.

"Ehem!" sekali lagi Khaleef tersentak lepas dengar deheman dari Lisya.

"Aku nak kena balik ni." Khaleef terus punch card.

Lisya garu anak tudung yang tak gatal.

"Lah, balik awal juga? Bosanlah aku kat sini." rungut Lisya.

"Kau sembang lah dengan makcik cleaner tepi sana tu kalau bosan. Aku rasa macam tak larat pula nak duduk office. Panas." Khaleef mengambil dokumen pentingnya perlahan. Tanpa menunggu jawapan Lisya terus dia berlalu pergi. Sesungguhnya dia sudah tidak betah lagi berdiri teguh disitu. Tak tertahan hatinya dari mendengar usikan Lisya yang seterusnya tentang dia dan Mia.

Setelah masuk kedalam kereta, Khaleef letak dahi pada stereng kereta. Nafas dia tarik dalam-dalam. Hati yang memang sudah tercalar semakin terobek kasar apabila teringat kata putus Mia.

Semakin Mia memintanya untuk menjauh semakin terasa ada tarikan magnet. Dia tak mampu untuk tidak peduli pada gadis itu. Mia nampak tekad mahu Khaleef melupakannya.

Tidak.

Khaleef tidak akan.

Tak boleh ke kalau dia tak hilang aku dari ingatan dia?!

Kalau inilah salah aku.

Aku harap Tuhan melembutkan hati Mia untuk memaafkan penolakannya.

Tapi Tuhan.

Jarak yang tercipta ini buatkan aku rasa cinta yang pernah Mia luahkan padaku telah dibawa pergi.

Tidakkah dia mendengar rayuanku?

Tidakkah dia melihat rasa sedihku?

Khaleef menghentuk dahi pada stereng beberapa kali. Mungkinkah aku bertahan jika terus begini?

Ada orang dah tunggu dekat bawah? Sebaris ayat Mia itu menekan benaknya yang memang sudah kusut. Siapa orang yang Mia maksudkan? Malik atau Bahrin? Kalau Bahrin...Khaleef telan liur. Benarkah orang itu yang Mia maksudkan? Benarkah Tuhan?

Kalau betul itulah orang yang Mia maksudkan, kenapa Mia perlu balik bersama Bahrin sedangkan Mia memang sudah pasti tidak sukakan lelaki itu?

Ketap bibir. Gusar. Dia tak suka bila tahu Mia sudah mula merapati Bahrin. Hati dan batinnya benar-benar sakit. Anehnya, dia tidak sukakan Mia tetapi hatinya rasa seperti di khianati.

Kenapakah dia perlu rasa sakit hati?

Cemburu?

Mahu termuntah bila perkataan itu muncul dalam fikirannya.

Tidak.

Dia tak mungkin suka Mia.

Dia dan Mia hanya kawan.

Tidak lebih.

Tidak mungkin akan lebih!

Tapi...

Tapi masih ada kesempatan kan?

Khaleef! Sedar!

Dia segera hidupkan enjin kereta. Berlalu pergi dari situ.

•••

Wajah Malik yang sedang menghirup air kopi O panas yang dia sediakan tadi, dia pandang sekilas. Kemudian, matanya tertacak pada skrin TV yang sedang menyiarkan drama TV3. Entah apa tajuk drama itu pun dia malas untuk ambil tahu.

Sejak dari tadi matanya tertacak pada skrin TV. Termenung. Fikirannya sudah melayang jauh. Pergaduhan mulut dengan Khaleef dua minggu yang lepas masih bermain dalam fikirannya. Sekejap teringat Khaleef. Sekejap teringat permintaan Malik. Serabut kepala otak di buat nya. Sekilas suara Khaleef datang menerpa. Rayuan dia.

Entah ikhlas atau tidak sayang Khaleef pada nya. Kalau benar ikhlas, kenapa susah benar untuk mempersetuji permintaannya? Bukan susah. Jadikan aku isteri. Perkara kecil itu sahaja pun tidak sudi dia tolong. Apatah lagi perkara lain.

Keluhan berat di lepaskan beberapa kali. Sampai bila mereka nak bergaduh begini?

Pandangannya Malik tertumpu kepada Mia yang sejak tadi melepaskan beberapa keluhan.

"Abang..." panggilnya perlahan. Sampai bila mereka nak terus berdiam begini? Renggang. Bukan saja dengan Khaleef dia berenggang. Dengan Malik juga begitu. Dia tahu, meskipun tanpa suara Malik memang ingin tahu keputusannya. Hanya mulut Malik saja yang tidak mahu bertanya dan kedengaran memaksa.

Malik yang sedang tunak membuat kerja berpaling. Senyuman manis dilemparkan kepada Mia. Anak rambut Mia dia ramas tiga kali.

"Ada apa?" soal nya perlahan. Sememangnya dia tidak tahu bagaimana cara untuk berkasar bila berhadapan dengan adik kesayangannya.

"Adik nak cakap tentang Bahrin."

Kepala Malik mengangguk dua kali. Tanda dia akan mendengar.

Mia keluh perlahan.

"Abang...Mia..."

Malik ambil tangan Mia. Dia usap perlahan. Dia tahu Mia sedang susah untuk membuat keputusan.

"Abang tak nak paksa adik. Tapi, abang yakin. Bahrin tu mampu jaga adik. Dia ada kerja. Dia ada cukup harta untuk pelihara adik." kata Malik perlahan.

Mia keluh perlahan. Dia boleh jaga diri dia sendiri. Kenapa Malik susah sangat nak faham?

"Adik, tolong terima cadangan abang. Kahwin dengan Bahrin? Adik tahu kan, sakit abang ni makin teruk..."

Mia tertunduk lemah. Dia paling lemah bila dengar tentang sakit Malik. Semakin sukar untuk dia menolak bila melibatkan tentang sakit Malik. Dia tahu Malik tak akan lama.

"Mia terima cadangan abang. Tapi ada syaratnya," luah Mia dengan suara sedikit terketar.

Kalau ikutkan hati memang dia tidak mahu terima cadangan Malik. Dia tidak mahu hidup dengan Bahrin. Lebih-lebih lagi sejak dia tahu Bahrin punya sikap baran. Tapi, mengenagkan sakit Malik. Dia jadi tak sanggup nak tolak permintaan Malik. Mungkin, betul kata Malik.

Mungkin juga, Bahrin tidak seteruk apa yang dia sangka kan. Lagi pun, dia tidak punya alasan untuk menolak setelah Khaleef menolak lamarannya. Kalau lah Khaleef tidak menolak, sudah tentu alasan untuk monolak cadangan Malik boleh diguna pakai.

Tapi Khaleef...hem? Kenapa hatinya selalu mengenangkan lelaki itu? Untuk apa. Cukup hati. Belajarlah untuk melupakan. Belajarlah untuk terima kenyataan. Walau kenyataan berjuta kali ganda lebih menyakitkan.

Senyuman di bibir Malik semakin melebar. Gembira dia mendengar jawapan dari Mia walau pun dia masih belum tahu syarat apa yang bakal adiknya tetapkan. Dia rasa lega dan lebih ringan untuk pergi. Dia tak perlu untuk risau bahawa Mia akan hidup bersendirian setelah kepergiannya.

Dia juga tahu, Mia sebenarnya tidak gemar dengan permintaannya. Dia juga tahu betapa beratnya Mia untuk membuat keputusan. Tapi, dia harus untuk mencari penjaga Mia sebelum meninggalkan dunia ini. Dia pasti, Bahrin bukan orang yang teruk. Setelah tiket bersahabat dengan Bahrin selama bertahun-tahun. Dia yakin, Bahrin tidak seteruk yang adiknya sangka kan.

Bukannya dia tidak memberi Mia masa untuk mencari orang yang dia cintai. Dia sudah bagi. Tapi dia tahu, Mia tiada kekasih lagi. Kalau ada, sudah pasti dia menggantikan kekasih Mia untuk menjadi penjaganya. Dia lebih suka tengok Mia kahwin dengan pilihan nya sendiri. Tapi apa kan daya. Mia tak dapat cari teman lelaki dalam waktu terdekat. Sakit Malik juga semakin teruk. Tiada masa lagi untuk Malik menunggu pilihan hati Mia. Dia harus. Pilih Bahrin sebagai penggantinya nanti.

"Apa syarat adik?" soal Malik.

"Adik tak nak kahwin terus, tunang je dulu. Nak kenal hati budi masing-masing."

"Boleh sangat!" Malik teruja. Dia peluk Mia dan menepuk perlahan belakang Mia untuk memberikan keselesaan.

"Tapi ada syaratnya lagi."

Malik berkerut.

"Ada lagi?"

Mia angguk kepala.

"Kalau lepas adik berkenalan dengan Bahrin, adik tak nampak keserasian diantara kami. Adik tak nak terus kan pertunangan kami. Adik tak nak perkahwinan adik nanti, hanya menjadi sebab adik diheret keneraka. Adik tak nak jadi isteri derhaka. Harap, abang faham dan beri tolak ansur dengan syarat adik." tersusun elok permintaannya pada Malik. Dia tidak mahu kata-katanya mengguris hati Malik.

Lagi pun, dia rasa sudah masanya untuk dia menerima kenyataan. Mungkin, inilah masanya untuk dia menerima lelaki lain dalam hidupnya. Dia tidak punya pilihan selain dari mengenali Bahrin. Mungkin juga Allah sudah tetapkan jodoh kami. Mia pasrah. Dia cuma mengikut jalur yang telah diatur Tuhan. Dia reda jika Bahrin adalah jodoh nya.

Dia akan cuba mengenali hati nurani lelaki itu. Mana tahu bakal jatuh hati nanti. Tapi dia tidak yakin bahawa dia akan sepadan atau berkenan dengan Bahrin suatu hari nanti. Entah. Sekarang saja hatinya mati.

"Abang bangga dengar jawapan adik, buat abang semakin yakin untuk tinggalkan adik..."

Tiba-tiba ayat itu tertutur dari bibir mugil Malik. Rasa sebak tertunjam hatinya. Sebak sangat tidak tahu kenapa. Dia sungguh masih tidak bersedia untuk di tinggalkan oleh Malik.

"Apa cakap macam tu abang? Adik tak suka lah..." balas Mia sambil tertunduk. Ada beberapa titisan air matanya mengalir. Ya, tidak dapat dinafikan lagi. Wajah Malik semakin memucat dan mencengkung. Wajahnya masih lagi tampan tetapi sudah tiada seri dan tampak hening.

Malik tersenyum kecil. Tipulah tidak sedih. Tapi dia sedar, jangka hayatnya makin singkat. Jadi dia perlu bertahan sekuat mungkin untuk hidup. Walau sesaat pun dia sudah bersyukur kerana Tuhan masih memberikannya kesempatan untuk melihat adik kesayangannya.

"Janganlah sedih..." Malik mengusap air mata Mia dengan ibunya jarinya.

"Jangan sedih, tolong. Sakit abang tengok air mata adik jatuh kerana abang." ucap Malik separa membisik. Bibirnya sedikit terketar. Mia nampak. Tidak pasti kerana sakit atau kerana sedih.

"Mati itu pasti, adik. Jadi jangan bersedih atas kematian abang. Kalau bukan sekarang, pasti tak lama lagi." bisik Malik perlahan pada cuping telinga Mia.

"Adik tahu, tapi sakit abang. Sakit untuk terima kenyataan yang abang juga akan tinggalkan adik tak lama lagi. Lepas di tinggalkan ibu dan ayah, adik takut untuk rasa sendiri lagi." jawab Mia sayu.

Malik raih kedua tangan Mia.

"Sebab itu, abang hantarkan Bahrin untuk adik. Supaya adik tak rasa sendiri bila abang pergi nanti."

Mia jeda. Dia tahu, Malik cuba yang terbaik untuk kebaikannnya. Tetapi, dia sakit. Dia rasa berat sangat untuk terima Bahrin dalam hidupnya. Kalau pun dia kata dia sudah bersetuju, tapi jauh dari lubuk hatinya yang tidak sudi untuk membuka hati buat Bahrin.

"Abang bangga sangat dengan adik."

Mia mendongak. Tepat matanya pada wajah Malik. Pucat. Makin risau dibuatnya. Tetapi sedaya upaya Mia cuba tenangkan diri.

"Bangga? Abang bangga dengan adik? Sebab apa?" soal Mia.

Malik senyum nipis. Pipi mulus Mia diusap perlahan.

"Abang bangga punya adik seperti Mia...adik beranikan diri untuk terima orang baru semata-mata penuhi permintaan abang. Adik juga akan tabah terima kepergian abang nanti. Abang yakin itu." luah Malik. Cukup membuatkan hati Mia berdebar. Cara abang, macam abang akan pergi dalam masa yang terdekat. Mia tak bersedia untuk berhadapan dengan hari itu nanti. Tidak. Dia tidak kuat seperti yang Malik sangkakan. Sungguh pun Malik pandangannya seperti itu, itu hanyalah lakonan untuk menyedapkan hati Malik. Dia tidak mahu Malik sedar kesedihannya. Sungguh dia lemah. Dia hanya seorang wanita yang lemah.

"Terima kasih sebab hadir dalam hidup abang..."

Malik selalu buat hati Mia sebak. Mata Mia mula berkaca. Benci.

"Adik yang sepatutnya berterima kasih dengan abang. Terima kasih sebab hadir dalam hidup adik, jadi ibu dan ayah buat adik..jaga adik lebih baik dari semasa adik dalam jagaan mereka." jawab Mia dengan sayu.

"Terima kasih sebab adik sudi terima cadangan abang."

"Setakat terima cadangan abang, apalah sangat nak dibanding pengorbanan abang buat adik. Abang banyak didik adik." jawab Mia lagi. Tangannya mengurut perlahan bahu Malik.

"Nanti, bila adik dah jadi isteri orang. Urutlah bahu suami adik macam ni. Sedap. Mesti suami adik makin sayang nanti." sempat Malik menyakat Mia ketika ini. Mia berdecit. Cepat cubitan ketam dihadiahkan pada pinggang kanan Malik.

"Aduh!" adu Malik sambil ketawa kecil.

"Ha, suka buat orang bad mood lah abang ni." jegil Mia.

"Abang sayang adik..."

Mia mengeluh. Dengar saja perkataan sayang dari bibir Malik. Hatinya cair. Tak sempat nak merajuk lama-lama, terus lemah dipujuk oleh Malik.

"Adik pun sayang abang, lebih dari diri adik sendiri..." Terus wajahnya dihumban dalam pelukan Malik. Hangat. Dia dapat dengar degupan jantung Malik yang semakin lemah. Dia tahu masanya akan sampai. Mungkin hari ini. Mungkin lusa. Mungkin minggu depan atau tahun seterusnya. Dia cuma perlu bersedia.

"Adik sayang abang..." gumamnya lagi.

"Abang sayang adik juga..."

"Kalaulah abang boleh hidup lebih lama..."

Mia eratkan pelukan nya.

"Mesti adik akan bersama abang sampai ketua. Tanpa suami pun adik boleh bahagia sebab abang lah kebahagiaan adik..."

Malik usap rambut Mia perlahan.

"Kalau tu tak akan pernah wujud, adik. Sebab kita punya takdir yang sudah tercatit di Lauh Mahfuz. Kita tak boleh mempersoalkan kerja Tuhan. Jika kita terus mempersoalkan..." Jari telunjuk Malik tertuju pada hati Mia.

"Sampai bila hati ni nak tenang? Macam mana hati tu nak reda? Sampai bila hati ni nak jadi hamba yang tak terima takdir yang Allah dah tetapkan?" lembut teguran Malik. Mudah ditelan. Tak sakit. Tapi sayu.

"Adik akan cuba untuk berhenti mempersoalkan..."

Malik ketawa kecil. Hidung Mia di picit perlahan.

"Bukan cuba tapi perlu. Kalau tu, adalah cabang dari jalan syaitan untuk masuk kedalam hati. Itu yang ada sampai bunuh diri sebab tak mampu hadap perpisahan. Abang tak akan bangga dengan keputusan adik jika adik buat macam tu. Faham?" tegas nadanya tapi masih lembut dan sarat dengan kasih sayang.

Mia angguk perlahan.

"Baik ustaz Malik." sakat Mia pula.

"Macam ni lah adik abang, senyum. Gelak dan sakat abang. Nakal macam dulu semula." kata Malik dengan senyuman.

"Maafkan adik ya? Sebab adik renggang dengan abang sejak dua menjak ni..." luah Mia perlahan.

"Tak apalah, abang tak ambil hati. Abang pun bengap juga, minta yang bukan-bukan." jawab Malik dengan senyuman nipis. Mia tahu, mesti Malik mahu yang terbaik buatnya. Pasti Malik takut untuk tinggalkan nya sendiri disini.

"Abang..."

Malik toleh kearah Mia.

"Ya?"

"Boleh Mia tanya sesuatu?"

Malik angguk kepala. Dia sandarkan kepalanya pada bahu kanan Mia. Tangannya menggenggam tangan Mia erat.

"Tanyalah, yang penting bukan soalan Matematik. Memang terkebil nanti abang nak jawab." sakat Malik. Mia berdecit dan ketawa kecil. Menyempat saja Malik ini mahu menyakat.

"Boleh adik tahu kenapa abang pilih Bahrin?"

Malik masih menggenggam tangan Mia. Erat. Sejuk. Berkerut dahi Mia ketika mula perasan tangan Malik yang semakin menyejuk. Kepala Malik semakin berat menghimpap bahunya.

"Abang?"

Done triple update! Yeay! Apa jadi dengan Malik? Nanti kan next chapter. Sementara tu, marilah terjah ruang komen beramai-ramai. kalau tak author tak nak update esok. Hahahaha. Author sgtlah jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience