Khaleef kesal dengan dirinya sendiri. Dia berlutut di hadapan Mia dan Malik.
"Mia, aku minta maaf. Aku tak berniat untuk apa-apakan kau...aku cuma..." pinta Khaleef sambil memandang tepat kedalam anak mata Mia.
"Cuma apa? Cuma cabul?" laju Mia mencantas. Kalau nak diikutkan demam panasnya, memang dia mahu membungkus diri sahaja atas katil. Tak larat. Tapi lepas dengar suara Khaleef menangis dekat ruang tamu. Segera dia bangkit dari pembaringan. Bukan kerana gembira. Tapi kerana benci. Dia tak suka bila Khaleef menapak dekat dalam rumah ini.
"Aku cuma nak kan kau...aku nak buktikan yang aku betul-betul dah bersedia untuk naikkan taraf hubungan kita...aku tak tipu...aku rasa terdesak sangat...sampai rasa macam hilang arah. Hilang kawalan...." ucap Khaleef dengan sepenuh jiwa dan raganya. Mereka bertentang mata. Tapi Khaleef tidak dapat menemui perasaan yang sama dimata Mia. Mia tampak sangat membencinya ketika ini.
"Mia...percayakan aku..." rayu Khaleef.
Mia geleng kepala.
"Kau baliklah Khaleef. Balik." Mia berpaling. Tidak mahu dia pandang wajah itu lagi. Sudah cukup. Hatinya sudah tawar.
"Percayakan aku...aku nak kan kau...aku nak kau jadi isteri aku..." Khaleef sudah tidak peduli. Dia memang sungguh. Dia tidak dapat menahan perasaannya yang sudah lama tertahan.
"Dah terlambatlah Khal. Aku dah tawar hati. Sekarang ni aku tak nak tengok muka kau lagi. Berambus." Mia tolak Khaleef menjauh darinya.
"Adik duduk. Kita bincang elok-elok." pinta Malik sambil meraih tangan Mia. Dia berharap bahawa Mia tidak tersalah dalam membuat keputusan. Malik dapat melihat ketulusan Khaleef yang sesungguhnya. Tapi jika Mia tidak mahu juga, dia tidak akan paksa.
"Bincang apa lagi abang? Tak ada benda yang adik nak bincang lagi. Memang jelas jantan ni, dah buat perbuatan sumbang dekat adik. Otak dia ni memang kotor." Mia toleh kearah Khaleef dengan penuh hina sebelum menyambung semula, "Sekarang, adik tak akan benarkan lelaki yang bernama Khaleef al-Zhafran ni, jejak dalam rumah kita lagi." Mia tarik tangannya menjauh dari genggaman Malik.
"Mia...sampai hati kau..." Khaleef tertunduk lemah. Hatinya sangat berantakan. Mia terlalu jauh darinya.
"Ya. Memang aku sampai hati buat macam ni pada kau. Kau fikir, kau layak untuk jejak kesini? Kau tu pencabul. Jijik." dihembur hinaan dihadapan Khaleef tanpa rasa bersalah. Jujur. Dia sudah penat. Dia sudah terlalu sakit untuk berhadapan dengan Khaleef.
"Adik tak elok kata macam tu. Sejahat-jahat mana pun adik anggap pada Khaleef. Adik tak berhak untuk hina dia." Malik masih mempertahankan Khaleef. Dia tahu Khaleef bukan sengaja untuk berbuat demikian. Lagipun, Mia terlalu ikutkan emosi.
"Abang tak payah nak backup pencabul nilah. Dia bukan adik abang lagi. Kitorang dah lama putus kawan." Mia pandang sinis pada Khaleef yang sedang berlutut dihadapannya. Puas bila tengok Khaleef dalam posisi begini. Seakan Tuhan mahu membalas apa yang Khaleef buat padanya sebelum ini.
"Mia aku tahu aku hina dekat mata kau tapi..."
"Baru tahu? Baru nak perakui? Kau tu memang keparat. Otak kuning. Dasar pencabul!" cantas Mia lagi. Dia langsung tak beri Khaleef peluang untuk menerangkan apa-apa.
"Adik!" Malik tak dapat tahan amarahnya lagi. Kenapa adiknya seperti bukan dirinya lagi? Dia juga tidak tahu. Tetapi dia tak sanggup melihat Khaleef dihina sedemikian rupa.
"Jangan jerit pada adik! Adik benci!" Mia menepis lagi bila Malik cuba untuk menenangkan dirinya.
"Mia tolong jangan buang aku dalam hidup kau...aku merayu...aku sudi. Aku terima lamaran kau...Mia Maisarah...tolong jadi suri hati aku...tolong jadi bidadari dunia dan akhirat aku...aku ikhlas terima kau...aku tak mampu hidup tanpa kau..." rayu Khaleef dengan sedu. Dia tatap wajah gadis yang sangat dia cintai itu selama yang mungkin.
Mia pandang kearah Malik.
"Batalkan pertunangan. Adik nak kahwin terus dengan Bahrin. Adik dah fikir masak-masak." ucap Mia tanpa menjawab permintaan dan rayuan dari Khaleef.
Khaleef seakan tiada haluan setelah mendengarkan itu.
"Jangan buat keputusan terburu-buru adik. Abang tak nak tengok adik menyesal di lain hari." pesan Malik.
"Adik dah fikir. Adik lebih rela kahwin dengan Bahrin daripada berkahwin dengan jantan ni. Jantan yang dah ludah adik. Sekarang, Tuhan dah balas apa yang dia buat pada adik." Mia berhenti seketika. Dia toleh kearah Khaleef pula.
"Tengoklah. Kau berlutut. Merayu. Kenapa? Nak jilat balik ludahan ni?" Mia tutup mata rapat. Tahan amarahnya yang semakin tidak tertahan.
"Aku minta maaf atas kesilapan aku. Aku kesal sangat-sangat Mia."
"Kau merayulah macam mana sekali pun. Aku tetap tak sudi jadi isteri kau. Dah dengar dengan jelaskan? Perlu aku ulang lagi sekali? Oh ya? Telinga kau sakit barangkali. Dengar sini baik-baik. Khaleef al-Zhafran, aku tak ingin jadikan kau sebagai suami aku." Tersentak. Mata Khaleef terbuntang. Seakan ada batu besar yang menghimpap bahu. Tuhan. Tuhan sudah membalas. Situasi seakan berulang kembali. Tetapi kali ini, kami bertukar posisi. Mia yang menolak aku. Dia tolak aku.
"Bagi aku peluang kedua Mia..."
Mia raup wajah.
"Khaleef, perlu aku tulis surat panjang lebar untuk terangkan pada kau yang aku tak sudi jadikan kau suami aku? Perlu ke?" Sekali lagi. Ayat itu. Ayat yang pernah dia hemburkan pada Mia. Ternyata begini rasa sakitnya. Ternyata tak tertahan rasa ditolak sebegini. Jadi inilah rasanya.
Perlahan-lahan Khaleef bangun semula. Dia pandang kearah Mia. Inilah. Akhir cerita cinta kami. Jika Mia tidak mahu membuka hati lagi. Dia akan undur diri.
"Mia..." berharap gadis itu akan menoleh buat kali terakhir tetapi hanya kekecewaan yang dibalas.
"Aku akan pergi kalau itu yang kau mahu. Tapi..." tersekat kata-katanya apabila gadis itu akhirnya menoleh ke arahnya. Mereka saling bertatapan. Ketika ini hati mereka seakan saling berbicara.
"Aku nak kau tahu..." Khaleef tahan diri dari tersedu.
"Ada seseorang yang berjaya membuat aku jatuh cinta sejatuh-jatuhnya. Dia juga berjaya mengajarkan aku mencintainya dengan cinta pada titik yang paling tertinggi. Iaitu mengikhlaskan dan melepaskan." Khaleef berpaling. Bersedia untuk meninggalkan.
Mia hanya berdiam. Tidak mahu menyoal tentang siapakah Khaleef sedang bahaskan.
"Kau." jawab Khaleef tanpa berpaling. Kemudian, perlahan kakinya melangkah untuk pergi.
"Tak usah bermanis kalam." tertahan juga bibir Mia. Dia mahu sakitkan hati Khaleef selagi dia mampu. Dia mahu Khaleef rasa macam mana sakitnya yang dia tanggung selama ini. Padahal, jauh lubuk hatinya, dia tak tahu kenapa dia mahu Khaleef untuk tinggal disini sedikit lama.
Langkah Khaleef terhenti.
"Aku tak akan terpujuk. Oh ya, jangan lupa datang ke majlis pernikahan aku. Aku nak kau datang," ucap Mia perlahan. Dia kuatkan bibirnya untuk menikam hati lelaki yang dia cinta lagi. Dia berharap perbuatan Khaleef akan terbalas.
Setitis lagi air mata Khaleef menjilat pipi. Kelopak matanya tertutup seketika.
"Aku janji. Aku akan datang. Biar aku jadi tetamu pertama yang datang ke majlis kau. Biar aku jadi tetamu terakhir yang tinggalkan majlis kau." lepas itu Khaleef masuk kedalam perut kereta. Pergi jauh dari situ.
Malik pegang bahu Mia dari belakang.
"Abang..." Mia peluk Malik dan menangis teresak-esak. Dia juga tidak tahu sama ada keputusan ini yang terbaik. Cuma yang dia tahu, hatinya terlalu sakit setiap kali melihat Khaleef. Mahu saja dia membenci lelaki itu tetapi hatinya berpaling. Hatinya tetap sayangkan lelaki itu walaupun dia mahu membenci.
"Sudahlah. Jangan menangis lagi." pujuk Malik. Perlahan-lahan dia mengusap kepala Mia. Sedaya mungkin cuba menenangkan hati adiknya.
"Adik...adik benci Khaleef..." dia menangis semakin teresak.
"Abang tahu..." Malik menolak kepala Mia perlahan pada dada kekarnya.
"Menangislah...abang ada..." Dia biarkan Mia menangis disitu. Biar bajunya basah. Dia tidak peduli.
"Terkadang, bertahan hanya menambah kesakitan daripada melepaskan." Bisik Malik ketika Mia masih teresak-esak pada dadanya.
•••
Tiga hari berlalu. Baru hari ini Khaleef punya kekuatan untuk pulang ke rumah. Langkah Khaleef terhenti ketika melihat Kasih yang sedang bercekak pinggang diruang tamu. Sedaya upaya dia sembunyikan mata sembabnya dari Kasih.
"Angah kenapa ni?" soal Khaleef.
Kasih tunjuk telefon pada Khaleef.
"Apa ni angah?"
"Bacalah."
Khaleef raih telefon Kasih dan baca. Kad jemputan ke Majlis Perkahwinan Mohammad Bahrin bin Abdul Rizal dan Mia Maisarah binti Mokhtar. Minggu depan. Khaleef tenung lama. Lama sangat. Dia masih merenung kad itu tanpa berkata apa-apa.
"Along kecewakan angah," kata Kasih sambil bercekak pinggang. Sakit hati. Dia tak suka tengok Khaleef ketika ini.
Khaleef masih lagi jeda. Air matanya sudah kering untuk jatuh lagi. Selama tiga hari berlalu, dia hanya menangis tanpa henti. Sekarang. Matanya sudah kering. Dia hanya mampu tersenyum hampa sambil menekur kad jemputan itu.
"Angah dah kata. Angah nak Kak Mia aje yang jadi kakak ipar angah. Ini apa? Along gagal dapatkan Kak Mia. Along betul-betul kecewakan angah." kata Kasih lagi.
Khaleef kembalikan telefon itu semula kepada Kasih.
"Along dah cuba." Khaleef masih lagi termenung. Hatinya kusut.
"Apa yang Along cuba? Along ada cuba dapatkan hati Kak Mia?" soal Kasih kepada Khaleef.
"Along dah cuba, angah. Tapi..."
"Tapi dah terlambat kan? Along ingat angah tak tahu? Along tolak lamaran Kak Mia tempoh hari. Betulkan?" soal Kasih.
Khaleef tersentak.
"M-macam mana angah tahu?"
"Angah curi-curi dengar waktu tu. Kenapa? Kenapa abang kejam sangat dengan Kak Mia waktu tu?" Kasih tahan air mata.
"Along..."
"Along apa?"
"Along tak pasti dengan perasaan abang waktu tu..."
Kasih masih lagi cekak pinggang.
"Tak pasti?" soal Kasih kegeraman.
"Tapi sekarang along menyesal. Along baru sedar yang abang cintakan Mia. Along betul-betul kesal." Khaleef rasa lututnya mula lemah kembali.
"Sudahlah. Dah terlambat. Nanti jangan lupa datang majlis Kak Mia. Dia jemput kita satu keluarga." Tanpa tunggu jawapan, Kasih masuk kedalam bilik tidurnya. Hempas pintu.
Khaleef jeda lagi. Perlahan kakinya menapak ke dapur. Tekaknya terasa kering. Kini. Dia harus lewati hari-harinya tanpa Mia. Dia akan cuba melupakan Mia. Walau hatinya pedih. Walau hatinya bagai mahu mati.
Khaleef terdiam ketika ibu tatap wajahnya tajam.
"Ibu?"
Ibu tidak menyahut. Tak tunggu lama. Ibu bangun dari meja makan dan menapak ke singki tanpa berkata apa-apa.
"Ibu kenapa ni?" Khaleef cuba mendekat kearah ibu.
"Along dah tahu? Tentang..." soal ibu sambil membasuh pinggan kotor ditangannya. Khaleef semakin lelah.
"Tahu..." jawab Khaleef perlahan.
Ibu letak pinggan di dalam singki. Lepastu dia pandang Khaleef.
"Kenapa jadi sampai macam ni sekali?" soal ibu. Jelas wajah ibu kecewa.
"Ibu..." Belum habis berkata apa-apa, ibu sudah meninggalkannya sendiri. Tersandar hambar belakangnya pada para dapur. Entah. Hatinya rasa kosong.
Ibu dan Kasih memang rapat dengan Mia sejak dulu. Siap tidur sekali setiap hujung minggu. Mana tidaknya sayang mereka terhadap Mia tidak berpenghujung. Sebenarnya, bukan sekali dua ibu dan Kasih minta Khaleef mencuba nasib untuk merisik Mia. Tetapi seperti biasa, Khaleef enggan. Katanya mereka hanya kawan karib.
Sekarang, menyesal pun tidak guna. Nasi telah pun menjadi bubur. Tinggal saja menunggu waktunya tiba. Dimana dia akan menghadiri dimajlis perkahwinan Mia bersama Bahrin.
Khaleef memandang di ruang meja makan. Terbayang perbualan ibu dan Mia seminggu sebelum dia menolak lamaran Mia.
"Kalau Mia jadi menantu ibu kan best, tiap-tiap hari boleh teman tidur sebelah ibu..." sakat ibu sambil menuangkan nasi putih kedalam pinggan.
Mia hanya ketawa terbahak-bahak. Mia memang bukan jenis gadis yang ayu. Bila dia sudah selesa dengan keluarga Khaleef habis terhembur ketawanya tanpa bertapis. Tidak kira ibu atau depan ayah. Dia jenis cepat terhibur.
Tetapi tutur katanya tetap sopan. Walau kasar macam mana pun gadis itu. Tidak pernah dia kurang ajar dengan ibu dan ayah. Adab masih dijaga.
"Ibu, Mia jadi menantu ibu? Lambat lagi. Mia ni dah lah kasar macam lelaki. Ibu nak ke anak ibu kena WWE malam-malam dengan Mia?" sakat Mia juga. Saling berbalas ketawa mereka berdua.
"Alah kak Mia, sekasar kasar kak Mia. Kasar lagi Kasih tidur!" tambah Kasih pula. Mereka bergema tawa mereka sahaja ruang makan itu.
"Haih along, diam aje. Muka tu jangan mencuka sangat..." tegur ayah yang sedang membaca surat khabar di meja makan juga. Dari tadi ayah perhati riak wajah Khaleef. Masa mencuka selepas mendengar usikan Kasih dan ibu. Khaleef perasan wajah Mia turut berubah selepas mendengar teguran ayah. Tetapi Mia sembunyikan saja dengan senyuman.
"Tak payahlah cakap tentang ni. Along dengan Mia kan memang kawan sejak kecil. Pelik pula bila bahas perkara macam ni," jawab Khaleef sambil menapak kearah meja makan dengan muka cemberut. Tangannya meletakkan jug diatas meja.
"Dengar tu, tuan badan pun tak ingin. Kita pun tak ingin juga..." usik Mia dengan senyuman manis kepada ibu. Ibu dan Kasih pula saling berpandangan. Bukan sekali dua mereka akan bermasam muka jika bahas tentang ini. Tapi setiap minggu.
Mia memang terima sahaja jika diusik sedemikian rupa. Cuma Khaleef. Deringan telefon memecah lamunan. Bayangan perbualan keluarga dia bersama Mia segera terpadam. Telefon bimbit tersimpan elok didalam poket dia capai.
Tengok nombor. Nombor asing. Tidak pernah pula dia menyimpan nombor ini di dalam kenalan. Jawab panggilan.
"Assalamualaikum..." suara wanita yang seakan dia kenali menerpa. Sekilas macam suara bekas kekasihnya.
"Waalaikumsalam, siapa ni?"
JAI comeback :)
Share this novel