JAI || BAB 05

Drama Series 96555

"Mia Maisarah!" suara Khaleef tidak terkawal. Dia tak pernah fikir Mia semurah itu. Cuma kerisauannya terhadap Mia membuatkan dirinya bertindak tidak waras. Dia risaukan Mia macam nak mati. Hampir gila dia dikerjakan oleh kedinginan Mia.

"Ya, aku sedar diri. Aku sedar yang kau tak pernah cintakan aku. Aku sedar yang kau tolak lamaran aku. Aku tahu yang aku ni hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tapi itu bukan tiket pelepasan untuk kau sentuh dan lihat badan aku sesuka hati!" marahnya dengan suara tersedu-sedu. Air mata Mia mengalir semakin deras. Dia kecewa. Dia tawar hati. Semua rasa sakit itu telah mengubah hatinya. Kalau dulu dia pandang Khaleef dengan rasa sayang, prihatin dan cinta. Sekarang dia pandang Khaleef dengan rasa benci, amarah dan kecewa.

"Aku tahu kau bukan wanita murahan Mia! Berhenti cakap benda yang bukan-bukan!" jawab Khaleef. Dia tahu di sini silapnya kerana membuat Mia salah faham. Tapi dia tidak dapat mengawal dirinya dari bertindak waras setelah melihat Mia mengerang kesakitan. Tapi, dia juga turut rasa sedih bila keprihatinannya dipandang seperti dia mahu melakukan perbuatan sumbang kepada gadis itu.

"Kau hampir selak baju aku! Itu apa?! Itu apa ertinya?! Bukankah itu sudah membuktikan bahawa kau memandang remeh terhadap harga diri aku?!"

Kenapa Mia semakin lama terbawa emosi? Kenapa Mia sudah tidak setenang dulu? Mana Mia yang dia kenal? Gadis yang tenang, penyayang, ceria dan banyak mulut. Gadis yang sedang berada di hadapannya sekarang seperti gadis yang berlainan. Dia yang sekarang bersikap dingin, pendiam, pemarah dan pemaaf.

Dia juga sudah memohon maaf atas keterlanjurannya dalam berinteraksi terhadap kerisauannya. Setahu dia, Mia seorang yang sangat pemaaf. Penuh kasih sayang didalam hati. Tapi sekarang, kenapa dia jadi seorang yang pendendam? Pemarah? Cepat melenting?

Mana? Mana Mia yang dia kenal? Mana Mia yang selalu menemaninya selama bertahun-tahun? Mana Mia yang selalu membuatnya tenang dan selesa untuk simpan disisi?

"Mia, tolong bertenang dulu." lembut Khaleef memintanya. Dia mahu Mia mendengar dan tidak terus melenting ketika dia cuba menerangkan.

Mia raup wajah. "Tenang?" Sampai tak terkata dia dengan sikap Khaleef ketika ini.

"Biar aku terang pada kau baik-baik. Dalam fikiran aku ni, tak pernah terdetik pun soal itu. Aku kenal kau dari kecil Mia, aku tahu hati budi kau macam mana. Aku tahu kau perempuan yang bermaruah tinggi. Aku tahu kau gadis yang baik hati. Sangat baik hati...sebab itu aku bertahan dengan kau sampai sekarang Mia." tertutur elok perkataannya tanpa mengguris hati. Dia sudah seikhlas mungkin meluahkan segalanya. Dia tidak pernah anggap bahawa Mia sehina itu. Pelacur? Mia gadis yang baik. Dia tahu. Mia tak akan jadi semurah itu.

Biar hatinya rasa kecundang. Biar hatinya rasa tidak tentu arah. Dia tetap mahu bersikap tenang. Dia datang dengan niat yang baik. Cuma kerisauannya sahaja yang membuatkan tindakannya agak keterlaluan. Entah bagaimana dia mahu menerangkan kepada Mia. Dia juga buntu. Dia cuma mahu menjernihkan keadaan. Kalau dia marah, Mia juga marah. Itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Jadi dia berusaha seupaya mungkin untuk bersikap tenang dan tidak cepat melatah.

"Kau ingat aku akan termakan dengan kelembutan kau? Ha? Kau ingat aku lupa apa kau dah buat tadi? Nyaris aku sempat tepis tangan kau tahu. Kalau tak, memang tubuh aku ni dah jadi tatapan kau! Suka? Suka kau ya ambil kesempatan atas kesulitan aku." Mia senyum hampa. Kecewa. Dia kecewa dengan Khaleef. Dia betul-betul percayakan Khaleef tapi begini kelakuan Khaleef setelah menolak lamarannya. Layakkah? Layakkah aku dilayan sebegini rupa?

"Kau salah faham...aku..." Khaleef ketap bibir menahan dirinya dari melepaskan kata-kata yang akan menyakitkan hati Mia.

Mia ketawa hampa.

"Salah faham?" Mia angguk kepala sebelum menyambung, "Oh Iya, mungkin aku juga salah nampak tadi. Kan? Mungkin aku buta kot...sebab itu aku tak nampak pun perbuatan sumbang kau tadi." sindir Mia dengan hati yang terasa hancur.

"Mia Maisarah. Astaghfirullah, aku boleh bersumpah. Demi Allah aku tak terniat nak apa apa kan kau. Apa kau fikir ni?" Khaleef pasrah. Dia sungguh tidak tahu bagaimana lagi buat Mia faham niatnya kesini.

"Tak payah nak berlakonlah, Khal. Aku tahu ini tanggapan kau terhadap aku selepas apa yang berlaku diantara kita." hampa wajah Mia.

"Mia..." Khaleef tertunduk perlahan. Bukan itu yang dia fikirkan. Kenapa Mia selalu menganggapnya seteruk itu?  Biar pun dia menolak lamaran Mia tempoh hari, dia tidak pernah memandang sengkek pada Mia. Sesaat pun tidak pernah terdetik.

"Jadi kenapa kau kesini? Kau tahukan waktu ini waktu rehat. Kau tahu aurat aku akan terselak tanpa aku sedar." cantas Mia sebelum Khaleef sempat menghabiskan perkataan. Tiada senyuman. Tiada juga kelembutan. Semuanya penuh kedinginan.

Khaleef geleng kepala. Dia tak boleh biarkan Mia begini. Dia nampak sedang tahan sakit. Walau dengan cara apa sekali pun. Dia akan bawa Mia ke klinik. Khaleef genggam pergelangan tangan Mia. Sudah. Cukup. Dia sudah cukup dengan kedinginan Mia. Dia hampir muak. Jika dia terpaksa berkeras. Dia akan berkeras supaya Mia faham dengan kerisauannya.

"Khaleef!!!" Terbuntang mata Mia sebaik sahaja pergelangan tangannya di genggam. Tak ada rasa serba salah langsung! Sejak bila Khaleef jadi seorang lelaki yang tak patuh agama ni? Pegang anak dara sesuka hati!

Khaleef tak cakap banyak. Dia tahu apa yang bakal Mia tanggap. Dia sudah tidak kisah. Asalkan dia dapat bantu Mia ke klinik sebelum sakitnya semakin melarat.

Tak terkejar kaki Mia mengikut langkah Khaleef. Dia cuba sekuat mungkin untuk melepaskan pergelangannya dari genggaman Khaleef. Tapi apakah daya? Kekuatan Khaleef jauh lebih hebat nak dibanding Mia.

Sebaik sahaja tiba parking lot. Khaleef membukakan pintu kereta untuk Mia. Mia kejungkan tubuh. Tak mahu. Dia enggan mengikut arahan Khaleef. Buat apa dia akur? Untuk apa? Khaleef bukan sesiapa untuk dia akur dengan segala kehendak lelaki itu.

"Masuk Mia," nadanya ditekan.

Terjungkit bahu bila dengar arahan Khaleef. Sakit hati. Mahu tidak mahu, terpaksa juga Mia masuk kedalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan ke klinik, mereka berdua hanya membuang pandangan pada jalan. Tak bertegur. Masing-masing rasa bahang dengan amarah.

Usai tiba disana, Khaleef bantu bukakan pintu untuk Mia. Marah memang marah, tapi dia tetap akan bantu.

"Boleh jalan tak? Kalau tak boleh aku bantu papah." soal Khaleef sambil hulur tangan.

Mia jeda. Sejak bila Khaleef ni tak faham agama? Papah? Sepanjang mereka berkawan, Khaleef tak pernah menyentuhnya. Tapi lepas sahaja dia melamar Khaleef dan Khaleef menolak. Perangai Khaleef makin menjadi-jadi.

"Aku gastrik je. Bukan patah kaki. Aku boleh jalan sendiri." Mia tepis tangan Khaleef.

Khaleef akur. Dia tak memaksa. Kalau Mia tidak mahukan bantuannya tidak apa. Yang penting sekarang, dia berjaya pujuk Mia ke klinik. Itu pun sudah cukup buat hatinya sedikit tenang.

Sebaik sahaja masuk kedalam, Khaleef bergegas berdiri disebelah Mia. Mia pula tengah berikan kad pengenalannya pada kaunter.

Jururawat disitu tersengih kearah Khaleef. Mungkin tak keruan melihat ketampanan Khaleef. Ya, tak boleh dinafikan Khaleef punya rupa yang tampan. Sempurna. Ditambah pula dengan hidung mancung dan anak mata bewarna coklat terang. Maklumlah, ada kacukan Itali.

Mia tak boleh lari dari rasa cemburu. Tapi cepat-cepat dia buang jauh-jauh. Untuk apa dia cemburu? Bukannya Khaleef itu kekasih dia pun.

"Isteri ke?" soal jururawat itu kepada Khaleef sambil tersimpul malu.

Terbuntang mata Mia. Isteri?

Khaleef cuma lagak tenang.

"Tak adalah, dia kawan saya. Saya cuma teman dia kesini." jawab Khaleef sambil menoleh kearah Mia. Dia nampak pipi Mia sudah memerah. Mungkin malu setelah mendengar pertanyaan dari jururawat tadi.

Mia sedar diri semula. Oh Iya. Kawan. Dia rasa seakan tertampar. Lupa pula soal itu. Kenapa dia tiba-tiba berlebih memberi reaksi kepada soalan itu? Lagipun dia sudah membenci Khaleef.  Tapi bila di tatap oleh Khaleef sedemikian rupa, hatinya jadi tidak keruan. Degupan jantung jadi tak menentu. Sekejap laju. Sekejap perlahan. Terus lupa soal sakit gastriknya sekarang.

"Oh, jadi ada peluang lagi lah ni..." jururawat itu melenggokkan suaranya dengan lembut.

Mia jegil mata. Menyempat lagi jururawat ini pasang niat? Dasar wanita menggatal daun keladi. Sakit pula mata ni pandang Khaleef yang tersenyum manis kepada jururawat itu.

Laju Mia ketuk meja kaunter dengan buku lima. Tersentak keduanya. Khaleef dan jururawat.

"Nombor mana?" soal Mia.

Jururawat itu berdehem. Lepastu dia serah nombor giliran pada Mia. Lepastu dia sambung tatap muka Khaleef. Sudahlah hati dia tengah sakit. Di tambah lagi sakit yang baru.

Mia buang pandangan kearah lain. Dia duduk di ruang menunggu. Begitu juga Khaleef. Dia duduk bersebelahan dengan Mia. Selepas sahaja di panggil, Mia ambil ubat. Lepastu, Khaleef yang tolong bayar. Puas Mia tolak, tapi Khaleef berdegil. Dia bertegas juga mahu bayarkan. Yuran klinik swasta memang agak mahal. Jadi, agak sukar untuk Mia mengiyakan.

Masuk kereta. Diam. Sunyi. Janggal. Semua ada.

"Nanti jangan lupa makan ubat. Lepastu, jaga waktu makan. Jangan bertangguh," pesan Khaleef mendatar. Dia masih fokus pada pemanduan.

Mia jegil mata. Dia tak perlukan keperihatinan dari Khaleef.

"Tak perlu nak nasihat aku lah. Turunkan aku dekat sini." Mia semakin dingin. Bahkan, wajah Khaleef juga dia tidak mahu pandang. Benci. Dia telah mengubah diri Mia menjadi seperti ini. Dia yang menjadikan Mia dingin seperti ini.

"Mia jangan degil. Kau tengah sakit sekarang. Kalau jadi apa-apa dekat kau siapa yang susah?" soal Khaleef kepadanya. Dia tidak mahu kehilangan Mia. Dia sanggup dimarahi dan dibenci olehnya asalkan Mia pulang dengan selamat.

"Khal, kau tak perlu berpura-pura perihatin dekat akulah. Aku meluat. Kalau sebelum ni kau tak nak terima aku jadi isteri kau, sekarang ni aku lagi sejuta kali jijik nak jadi isteri kau! Tak usah perasan. Tak usah sok rasa diri tu jadi kegilaan ramai! Aku dah buang semua perasaan aku pada kau. Bukalah pintu ni!" Mia menendang-nendang pintu kereta.

Apa lagi yang tak cukup? Khaleef cuba menahan tangisnya. Kenapa Mia terus protes

Kenapa masih dibangkitkan topik yang sama? Tak bolehkah Mia memaafkannya soal itu? Dia bertindak seakan-akan tidak mendengarnya. Dia tidak mahu menunjukkan sebarang respon terhadap Mia. Dia tidak mahu lemah dihadapan Mia.

"Mia, cuba kau bertenang. Aku ni tengah sedaya upaya nak buktikan pada kau yang aku betul-betul sayangkan kau. Beri Aku peluang untuk buktikan," ucap Harith terhadap Mia. Mia tertawa.

"Mana?! Mana sayang kau?!"

Khaleef terkedu dan melihat wajah Mia yang sudah dipenuhi dengan air mata. Mia juga sedang menatap wajahnya.

"Mana sayang kau, Khal? Aku tak dapat lihat sayang kau. Aku tak dapat pegang sayang kau. Bahkan aku tak dapat nak rasa kehadiran sayang kau! Adakah dengan melafazkannya sudah cukup untuk membuktikan yang kau betul-betul sayang dekat aku? Ha, Khal? Jadi aku mohon, pergi dari hidup aku sekali saja. Beri aku waktu untuk terima segalanya. Kau kena sedar yang kau pernah tolak aku dan sekarang aku dah terima Bahrin..."

"Mia, bukan it..."

Mia pandang Khaleef dengan kecewa.

"Khal, jika dulu aku merayu pada kau untuk terima cinta aku. Sekarang ni, aku merayu pada kau untuk lupakan aku. Aku minta maaf. Aku undur diri." Mia kesat tangisannya pada pipi.

"Mia, aku tak nak kita macam ni. Kau dah berjanji nak ada dekat sisi aku kan? Kau dah janji kita akan bersahabat sampai hujung nyawa kita. Tapi kenapa janji tu hanya sebentar? Kenapa semua ni berakhir tiba-tiba? Sakit Mia, aku sakit bila kau undur diri macam ni. Sakit Mia..."

Mia geleng kepala.

"Maafkan aku Khal, mulai hari ini...aku merayu...tolong lupakan aku. Kau anggap je yang kita tak pernah bersahabat sebelum ni." Mia menutup mata lalu mengesat air matanya dari hujung tubirnya. Belakang tubuh disandarkan pada kerusi kereta. Sakit ini lebih pedih dari rasa dihiris sembilu.

"Astaghfirullah. Mia, apa kau merepek ni? Aku tak akan lupakan aku. Kau tak faham ke apa yang aku cuba buat sekarang ni? Aku tengah pertahankan hubungan kita. Aku nak kita tetap bersahabat. Kenapa kita perlu korbankan persahabatan kita? Mia Maisarah, tolong fikirkan tentang persahabatan kita yang kita dah jaga sejak dulu..."

"Kau tolak aku Khal..." Mia pasrah.

"Aku bukan bermaksud untuk tolak kau, Mia. Kau kena faham yang perkahwinan ni bukan satu hal yang mudah. Aku perlu galas tanggungjawab yang sangat besar pada kau. Macam mana kalau lepas kahwin, aku tak dapat nak tunaikan tanggungjawab aku yang satu itu? Macam mana aku nak bagi kau nafkah batin kalau aku sendiri tak ada hati? Kalau aku sendiri tak dapat nak rasa cinta?" ucap Khaleef dengan perlahan. Walau dia tahu Mia tidak mahu membalasnya walau sepatah perkataan.

"Nafkah batin?!! Itu je yang kau fikir?!! Kau ingat aku ajak kau kahwin sebab aku nak sangat kan nafkah batin dari kau ke?!! Sampai macam tu kau pandang aku, Khal?!!!" Mengalir semula air mata hangatnya. Menggigil seluruh tubuh.

Begitu hina dia dimata Khaleef.

Macam biasa, senaman jantung buat readers lagi pagi ini hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience