JAI || BAB 01

Drama Series 96555

"Kau biar betul?"

"Khal, kali ni aku serious..." jawab Mia dengan tegas.

"Kau main-main kan?" Dahi Khaleef berkerut seribu. Ada tanda tanya yang besar terpeta pada dahi Khaleef.

"Aku tak main-main! Lagipun...lagipun aku dah lama sukakan kau. Cuma aku pendam sendiri. Aku tak rasa keputusan aku untuk minta bantuan dari kau adalah satu kesalahan." Mia hanya tersenyum lebar. Habis semua gigi yang ada dimulutnya dia tayang. Ya, Mia lega. Tersangatlah lega apabila dapat meluahkan isi hatinya yang telah lama dia pendam. Walaupun dia sedar bahawa Khaleef masih lagi tidak memberi sebarang jawapan.

Hanya yang tertera di dahi Khaleef jelas seakan tidak percaya. Kerut yang terlalu banyak di dahinya itu telah membuatkan Mia mengerti bahawa Khaleef masih lagi terkejut dengan permintaannya. Jadi dia tidak mahu tergopoh-gapah untuk mendapatkan jawapan.

"Aku tak minta banyak, tolong jadikan aku isteri. Boleh ya, Khal?"

"Jadikan kau isteri? A-aku tak silap dengar...kan...?"

"Iya Khal..." jawab Mia lagi. Kali ini, telapak tangan kanannya diangkat. Kepala diangguk tiga kali. Lama juga Mia menunggu dengan senyuman yang melebar.

"Aku tak mahu." Terkilan Mia setelah mendengar jawapan dari Khaleef. Ditambah pula dia melihat kepala Khaleef menggeleng laju dengan wajah yang sangat tegang.

"Khal?" Mia cuba menghadam jawapan dari Khaleef.

"Kau sedar tak dengan siapa kau minta tolong ni? Mia. Kau sedar tak?" Khaleef tatap mata Mia sedalam yang mungkin. Dia mahu Mia sedar. Lelaki yang sedang dia minta tolong ini adalah kawan baik dia sendiri. Bukan kekasih. Bukan juga lelaki lain tetapi kawan baik. Hanya kawan baik.

Anak mata Mia mula bergetar.

"Aku sedar, Khal...tapi...tak salah kan? Tak salahkan kalau kita..."

Khaleef raup muka dengan kasar.

"Tak salah kau kata?! Aku ni kawan baik kau Mia Maisarah! Kawan baik kau sejak kecil!" Khaleef berhenti seketika. Dia cuba kawal amarahnya.

"Aku tak rasa kita boleh naik ke peringkat seterusnya." dia tambah lagi.

Setitis.

Ya, setitis air mata Mia jatuh pada pipi.

"Tak salah kalau kita cuba kan? Kita...kita boleh cuba buka hati masing-masing. Kita boleh cuba Khal!" rayu Mia lagi. Kalau nak dikira. Hatinya lebih sakit dari Khaleef. Tapi dia tak mahu mengalah. Dia kuatkan diri juga memujuk dan merayu pada Khaleef. Meskipun, hatinya terasa dirobek sembilu.

"Ya, aku tak mahu. Semua ni. Gila. Memang gila!" Khaleef geleng laju lagi. Siap mengambil dua tapak kebelakang. Tidak mahu dia tatap wajah Mia kerana dia anggap bahawa permintaan Mia kali ini sangat berlebihan.

"Tolong aku kali ni je, tolong aku...ya? Tolong kahwin dengan aku. Jadikan aku isteri kau, aku merayu...aku...aku buntu...aku tak tahu mahu minta bantuan siapa lagi selain dari kau...aku rasa kau lah lelaki yang tepat...untuk...untuk jadi suami aku...Khal..." rayu Mia dengan bersungguh-sungguh. Tidak seperti Khaleef yang langsung mengendahkan permintaan kosong dari Mia itu. Mia betul-betul terdesak sekarang ini.

Oleh kerana abangnya Malik. Mia dibesarkan oleh Malik setelah ibu dan ayahnya bercerai. Mereka berdua dicampak kerumah anak yatim. Sejak dari itu, Malik tekad untuk berhenti belajar dan bekerja keras demi menjaga Mia. Setelah mereka tumbuh dewasa, Malik disahkan menghidap barah otak tahap 3.

Malik hanya punya waktu yang singkat untuk teruskan hidup. Dia sangat menyayangi Mia. Dia mahu Mia punya penjaga sebelum dia pergi meninggalkan dunia. Dia mahu, Mia punya suami. Itulah harapannya sebelum menghembus nafas yang terakhir.

Jadi, Malik memaksa Mia untuk berkahwin dengan Bahrin jikalau adiknya masih belum punya calon sendiri. Jujur. Mia memang tidak punya kekasih. Mia terdesak meminta bantuan kawan baiknya iaitu Khaleef. Kalau tidak, dia akan dijodohkan dengan pilihan abangnya sendiri. Sebab itulah Mia sanggup pergi ke rumah Khaleef pagi-pagi buta sebegini. Dia berani bersumpah, kalau perkara ni adalah sekadar untuk gurauan, dia dua kali ganda lebih rela untuk membungkus diri didalam bungkusan comforter lembutnya. Lalu meneruskan mimpi indah yang tertangguh tadi. Dia berharap Khaleef tidak mengecewakan dirinya sebagai kawan baik.

"Ka-kahwin dengan kau? Mustahil! Mustahil Mia!!!" Jari telunjuk Khaleef hampir terkena pada dahi Mia.

Air muka Mia sudah mula berubah. Kenapa? Adakah aku tak layak untuk menjadi isteri dia? Mia melebarkan senyuman untuk kelihatan kuat.

"Tolong, jadikan aku isteri Khal..." Mia merayu lagi. Dia melutut ke tanah. Kali ini, dia sanggup jatuh kan maruahnya sendiri. Dia sanggup berlutut dihadapan Khaleef.

"Aku merayu..." Dua telapak tangannya di cantum.

"No Mia, permintaan kau ni memang betul-betul mengarut!" Khaleef merasakan bahawa permintaan Mia benar-benar tidak masuk akal. Apa yang Mia cuba fikirkan ni? Mereka sudah bersahabat sejak kecil. Tak akanlah mereka perlu tidur sebantal pula?! Sepantas itu? Tidak. Khaleef benar-benar protes soal itu. Status persahabatan tak akan naik ke peringkat cinta. Tidak buat Khaleef.

"Tolonglah, aku ada kau je. Aku tak nak kahwin dengan Bahrin!"

"Jadi kau fikir, aku nak kahwin dengan kau? Kau ingat aku nak jadi pak sanggup semata-mata nak selamatkan kau? Aku ada impian aku. Aku tak cintakan kau. Aku anggap kau sebagai sahabat aku. Hanya sahabat dan tak akan lebih."

Hancur. Air matanya mula bertakung.

"Khaleef...aku tak sangka kau akan lukakan hati aku sampai macam ni sekali..." Mia tergamam. Bibirnya yang sudah menggeletar dia ketap untuk tahan diri daripada menangis.

"Stop talking nonsense, kau tahu betapa berharganya persahabatan kita kan? Kau tahu aku sayang sangat persahabatan ni. Kita hanya sepadan untuk menjadi sahabat! Bukan suami isteri!" Khaleef meluahkan segala isi hati yang sudah tersarang didadanya sejak tadi. Rancangan Mia memang tidak masuk akal! Gila! Yang jelas, dia sama sekali tidak akan bersetuju dengan permintaan Mia.

"Kau tak nak tolong aku ke? Kau je tempat aku berharap..."

"Mia Maisarah, perlu ke aku ulang? Kalau kau rasa telinga kau kurang berfungsi hari ini. Baik, aku akan tolong ulang sekali lagi. Buka telinga kau luas luas. Mia Maisarah, aku tak ingin jadikan kau isteri. Kau dengar semuanya dengan jelaskan?" potong Khaleef. Darah kejantanannya sudah mengalir keseluruh badan dengan takat didih yang paling tinggi. Entah dimana letaknya akal Mia di waktu ini.

Terasa maruahnya dirobek satu persatu. Tajam menikam kedalam lubuk hati. Langsung tidak berselindung. Jauh lagi dari kata memujuk. Mia mula makan hati.

"Khal..." Mia masih kuatkan dirinya untuk merayu. Tapi malang, tangannya yang berada diatas bahu Khaleef laju ditepis kasar.

Mata sayu Mia berlaga dengan matanya yang tajam menikam bak pedang perang. Dia sayangkan Mia. Sayang sangat-sangat tapi hanya sebagai kawan baik. Kawan yang ada dikala susah dan senang. Bukan hanya setahun dua dia mengenali Mia, tapi dah berbelas tahun. Keluarga Khaleef pun sudah lama kenal dengan Mia dan anggap Mia seperti keluarga mereka sendiri. Tapi tidak semestinya dengan alasan itu Khaleef perlu mengikut semua keinginan Mia termasuk menjadikan Mia sebagai isterinya.

"Listen to me, aku bukan tak nak tolong kau, okay? Jangan salah faham. Memang selalunya aku akan tolong kau time kau perlukan aku tapi permintaan kau kali ni memang dah melampau." Khaleef berhenti seketika untuk mengambil nafas. Kemudian, dia sambung semula.

"Kau kena faham, soal perkahwinan ni bukan benda yang boleh dibawa main. Aku sayang persahabatan kita Mia. Aku tak nak disebabkan perkahwinan bodoh ni, persahabatan kita musnah." Tangannya diletakkan pada bahu Mia tetapi dengan pantas Mia menepis. Hati Mia seakan berderai mendengar setiap bait yang meluru keluar dari bibir Khaleef.

"Perkahwinan bodoh?" Mia genggam buku limanya yang sudah menggigil.

"Iya. Bodoh." Khaleef jawab dengan nada dingin. Sikit pun tidak bertapis.

Adakah permintaan aku ini juga boleh dibawa bermain? Aku tidak pernah bermain soal ini! Aku memang ikhlas ingin menjadi isterinya. Tetapi selepas apa yang dia dengar. Hatinya seakan tawar. Kalau lah dia tahu Khaleef tidak menginginkannya menjadi isteri, dia berjuta kali tidak mahu menjadi permaisuri di dalam hidup Khaleef. Tapi disebabkan desakan ini, dia terpaksa menjadi perigi mencari timba. Lari sekali dari moto hidupnya.

Mia sanggup dipandang sebagai pipi tersorong-sorong oleh Khaleef, dia tetap tidak peduli. Asalkan bukan dengan Bahrin. Kawan abangnya. Dia berusaha keras mencari jalan untuk melamar Khaleef menjadi suaminya daripada di nikahi oleh pilihan abang. Sumpah, dia lebih rela hidup membujang atau digelar anak dara tua daripada menjadi isteri kepada Bahrin. Dia sungguh tidak mahu dan tidak akan!

Air matanya dikesat. "Tolonglah, sekurang-kurangnya pertimbangkan permintaan aku. Jangan tolak terus..." pinta Mia apabila suasana seakan membisu yang mengambil tempat mereka dalam beberapa detik sahaja tadi. Ya, sekarang dia terasa kesal. Perasaan kecewa juga telah tertanam didalam hati.

"Aku dah fikir masak-masak, Mia. Ini pilihan aku."

Jalan apa lagi yang dia harus ambil jika Khaleef telah menutupnya padahal jalan itu sahaja yang Mia ada. Khaleef geleng kepala dengan perlahan, lantas menarik pandangannya kearah lain. Mia makan hati sekali lagi. Bukan sahaja permintaannya di tolak, malah wajahnya juga terlalu hina untuk ditatap oleh Khaleef.

"Sampai hati kau..." Dadanya yang terasa sakit digenggam. Kalau dia ada kawan lelaki yang ramai, sudah lama dia tidak makan hati penolakan Khaleef. Malangnya, dia cuma punya Khaleef. Peluang terakhir untuk menjadi penyelamat keadaannya telah ditutup erat. Jelas permintaannya di tolak mentah-mentah oleh Khaleef.

"Mia, aku lagi rela tolak permintaan kau dari gadaikan persahabatan kita." Khaleef sungguh sudah fikirkan. Dia tak mahu berkahwin dengan Mia. Atas apa dia perlu bersetuju? Dia tak cintakan Mia.

"Please...Khal...kau tak sayangkan aku ke?"

Terjungkit bahunya mendengar decitan dari bibir Khaleef. Iya lah, dia sedar diri yang dia tidak secantik wanita lain, tapi dia tidaklah terlalu hodoh sehinggakan layak di tolak dengan cara hina sebegini.

"Mia, kau tak faham lagi ke apa yang aku sampaikan? Tak cukup jelas ke? Perlu aku tulis surat panjang lebar untuk fahamkan kau yang aku tidak sudi jadikan kau isteri aku!" Wajah Putin mulus Khaleef terus bertukar menjadi merah padam. Dia toleh semula wajah pada Mia.

"M-Mia?" Alangkah terkejutnya Khaleef apabila melihat muka Mia yang berubah menjadi pucat dan sayu tika ini. Tidak boleh dia nafikan, Mia sebelumnya sangat ceria dan kuat tersenyum. Tapi ketika dia melihat wajah sayu Mia itu, Khaleef terus jadi serba salah. Tapi dia harus kuat untuk menegakkan pendiriannya. Sungguh dia benci melihat muka Mia yang membuatnya bersimpati.

"Kalau bukan sebab kau seorang saja sahabat lelaki aku, aku nak cari siapa lagi?" tambah Mia.

"Mia Maisarah!" tempik Khaleef.

Terbuntang biji mata Mia apabila di tengking sebegitu. Sakitnya bukan kepalang.

"Maksudnya kalau kau ada kawan lelaki lain kau dengan senang tawarkan diri kau jadi isteri dia? Hanya dengan semudah itu kau menyerahkan diri pada lelaki lain?! Macam jual buah dipasar malam pula gayanya!" tempik Khaleef lagi. Dia pandang Mia meluat.

"Ya! Aku memang dah gila! Aku terdesak, Khal! Keadaan paksa aku jadi macam ni!" tempik Mia.

Khaleef geleng kepala kegeraman. Mia memang sudah gila. 26 tahun, dikira masih muda lagi. Ini bukan zaman Tok Kaduk untuk dijodohkan sebegitu! Tolak sahajalah. Apa yang susah sangat?

Khaleef pandang Mia sebelah mata.

"Tak payahlah kau nak pandang aku macam pelacur, Khal. Aku tahu aku hina sangat dekat mata kau." Mia tekad. Dia memandang sinis pada Khaleef. Anak matanya menusuk tajam pada sepasang mata milik lelaki itu. Sakit, perih, kecewa, berharap semua bercampur aduk menjadi satu. Selama ini, Khaleef memang tidak pernah menengkingnya. Khaleef selalu bersikap lembut dan sopan ketika bersama dirinya. Gara-gara dia meminta pertolongan dia di tengking? Apakah erti persahabatan ini bagi Khaleef?

Salahkah dia meminta bantuan kepada seorang lelaki yang bergelar sahabat?

"Kalau kau tak suka aku, tak payahlah sampai nak hina aku. Aku cuma minta bantu aku, bukannya aku suruh kahwin betul-betul pun..." Mia berdecit.

"Bukan suruh betul-betul? Habis, kalau kita dah diijab kabul itu bukan namanya kahwin betul-betul?" soal Khaleef. Mia menjeling.

"Lepas kahwin kita cerai lah, itu je permintaan aku..."

"Mia Maisarah!" Menggigil tubuh Khaleef setelag mendengarkan kata-kata Mia yang masih lagi mengambil ringan tentang pernikahan. Mana perginya Mia yang matang dan profesional dalam membuat sesuatu keputusan? Yang selalu tenang dalam membuat satu keputusan?

Mia tersentak. Kali ini dia tidak boleh menahan dirinya apabila di tengking buat kali kedua. Mia mendekatkan wajahnya pada Khaleef. "Kalau kau tak nak tolong aku, aku terima. Aku reda! Tapi tolong, aku benci bila kau jerit pada telinga aku seakan aku tuli! Aku masih ada harga diri! Tapi aku cuba merendahkan harga diri aku hanya pada kau! Orang yang aku cinta! Tapi sekarang kau memang sudah melebih Khaleef!"

Khaleef tergamam. Pengakuan cinta yang baru terbutir dari bibir Mia itu, buat hatinya berbelah bahagi.

"Bukan macam tu maksud aku..." Khaleef cuba untuk menerangkan. Dia tahu Mia sudah salah faham dengan apa yang cuba dia sampaikan. Khaleef mendekati Mia. Mia menapak kebelakang.

"Kahwin bukan boleh dibuat ma..."

"Sudah! Enough Khal! Aku loya nak dengar alasan dari mulut kau! Sorry banyak-banyaklah ya, atas permintaan gila aku ni. Maaf juga sebab aku banyak buang masa kau. Tolong lupakan apa yang aku cakap tadi. Anggap je luahan hati aku tadi hanya sekadar gurauan." Kalau Khaleef tidak sudi tolong, terpaksa lah dia aku dengan rancangan abang untuk jodohkannya dengan Bahrin.

"Kita tetap sahabat kan?" soal Khaleef.

Huh, sahabat? Tidak ada istilah sahabat dalam hidup Mia mulai detik ini. Tak ada gunanya sahabat dalam dunia jika tidak dapat menolong antara satu sama lain. Mia melangkah pergi. Khaleef menahan tangannya.

"Khal, let me go. Let me alone..." Khaleef keluh perlahan selepas mendengar rintihan dari Mia. Dia tahu Mia kecewa dengan dirinya. Dia sangat mahu menolong Mia, tapi dia tidak sanggup mengorbankan masa hadapannya untuk menjadi suami kepada Mia. Sebab dia tahu, sayangnya seorang sahabat tidak akan sama sayangnya sebagai suami isteri.

"Aku janji takkan tinggalkan kau sebagai seorang sahabat..."

Langkah Mia terhenti. Huh!

"Apa maksud kau? Perkara yang mudah pun kau tak dapat nak tolong. Apa guna kau jadi sahabat aku?" Mia menepis tangan Khaleef.

"Mudah?" Khaleef amat sukar memahami jalan pemikiran Mia.

"Ya, Mudah kalau kau rasa benda tu mudah demi seorang sahabat. Susah kalau kau rasa berat nak tolong seorang sahabat! Sekarang kau rasa dengan tolong aku jadi beban dalam hidup kau kan? Terserah. Aku bosan dengan jawapan bukan mudah kau ni..." Mia melangkah jauh dari rumah Khaleef. Khaleef pula tergamam. Tidak tahu apa yang ingin dia lakukan demi memperbaiki hubungan mereka sebagai sahabat.

Akan diupload next chapter sekiranya readers serbu ruang komen dan kata mahu teruskan pembacaan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience