"Mia!"
Laju Mia menapak.
"Mia! Tunggu!"
Semakin laju langkahnya jauh pergi. Benci sungguh dia mahu melihat wajah Khaleef setelah di taburkan dengan soalan yang melampau dua hari lepas. Luka dihati semakin berbekas. Bukan hanya berbekas tetapi sudah berdarah.
Mia fikir bahawa Khaleef sudah cukup kenal dengan dirinya tetapi dia salah. Khaleef masih anggap dirinya wanita tidak bermaruah.
Kau buat apa dengan Bahrin sampai penat? Mia genggam buku lima bila terbayanh-bayang pertanyaan Khaleef tempoh hari.
"Mia Maisarah!" Jeritlah. Jerit sekuat mana yang kau mahu Khaleef. Mia tetap melangkah jauh.
"Mia, Mia Maisarah aku kata tunggu!!!" Tangan Khaleef laju merentap pergelangan tangan Mia dengan kuat.
"Khaleef! Apa kau buat ni?!" Sumpah. Benci dia apabila disentuh oleh Khaleef sesuka hati. Seteruk ini Khaleef menganggapnya.
"M-maafkan aku Mia...aku tak bermaksud apa-apa pun tentang soalan semalam. Ak-aku cuma. Aku cuma cemburu. Mia, kau masih cintakan aku kan? Mia...kau masih kan?" Tangan Khaleef masih menggenggak erat. Tidak mahu dia lepaskan tangan Mia. Kalau dia lepas, dia tahu pasti gadis itu akan pergi tanpa berfikir panjang.
"Lepaslah! Kau tak takut Tuhan ke?!" Mia cuba sekuat mungkin untuk merentap tangannya jauh dari genggaman Khaleef tapi gagal.
"Aku nak kau Mia Maisarah. Aku cintakan kau..." Khaleef akhirnya menyatakan hasratnya. Kali ini dia tidak ragu-ragu lagi dengan hatinya. Dia pasti bahawa dia sudah jatuh cinta pada Mia. Ini bukan jatuh yang biasa tetapi jatuh sampai rasa macam nak mati.
"Aku benci kau! Sekarang ni, lepaskan tangan aku!" Air mata Mia sudah bertakung. Dia tak perlukan kata-kata cinta dari Khaleef. Hatinya sudah tertutup. Tawar tidak bergula.
Khaleef toleh sekeliling. Kawasan pejabat ini tampak tidak sesuai untuk mereka bertekak mulut. Tangan Khaleef terus mengheret tubuh Mia.
"Khaleef! Aku kata lepas! Lepaslah!!!" Mia cuba untuk mengejungkan tubuh. Khaleef sudah tidak dapat menahan hatinya. Dia mahukan Mia. Dia tetap mahukan Mia. Dia seret Mia sehingga ke sudut tangga. Tempat dimana mereka selalu melepak.
"Tak...tak...kali ini aku tak akan lepaskan kau Mia. Kau milik aku. Hanya milik Khaleef al-Zhafran. Milik aku." bergetar bibirnya ketika menyebut bait itu.
Gila? Ya, Khaleef memang sudah gila. Dia sudah tergila-gilakan gadis ini. Perlahan-lahan dia merapatkan tubuhnya kepada tubuh Mia.
"Khaleef!" teriak Mia semakin meninggi. Dia menapak kebalakang sehingga belakang tubuhnya bersentuhan dengan dinding. Dia tiada jalan untuk keluar atau lari.
"Mia...aku buat kesilapan...aku sedar..." Khaleef merapatkan wajahnya ke wajah Mia. Dia terlalu terdesak untuk dapatkan Mia. Dia sangat rindukan gadis ini. Rindu sampai rasa nak mati. Mati. Hampir saja bibirnya menyentuh bibir Mia.
Mia kejung. Air matanya jatuh. Kalau dia bergerak atau berteriak pasti sahaja bibir mereka akan melekat tanpa ragu. Khaleef dirasuk apa? Mia menggigil ketakutan. Matanya dipejam rapat dengan air hangat yang menitik keluar.
"Aku nak kau Mia Maisarah." bisik Khaleef dengan suara yang bergetar kerana menahan tangis. Kesal. Kenapa dia menolak gadis seindah ini? Dia mahu betulkan keadaan semula. Dia mahu raih hati gadis ini semula. Tiada gadis lain! Mia Maisarah sahaja!
"Khaleef...tolong jangan buat aku macam ni...lepas..." teresak-esak suara Mia memohon.
Khaleef berdiri tegak semula. Wajah mereka sudah tidak serapat tadi tapi tangan Khaleef masih menggenggam erat pergelangan tangan Mia.
"Shhh..." ibu jari Khaleef mengesat air mata yang sudah membanjiri pipi Mia.
"Apa kau buat ni Khaleef..." Mia menangis semakin deras. Dia kecewa dengan Khaleef lebih teruk sekarang. Khaleef menyentuhnya sesuka hati. Dia rasa macam sudah tiada maruah dikerjakan Khaleef.
"Cantik...mata kau cantik sangat Mia...baru kali ini dapat terluah apa yang aku simpan selama ini..." ucap Khaleef separa berbisik sambil mengesat air mata Mia. Dia usap kelopak mata Mia. Sudah. Dia tahu dia sudah melanggar hukum hakam. Tapi dia sudah mahu naik gila dengan kedinginan Mia. Dia tak boleh nak tahan diri lagi.
"Berhenti sentuh aku Khal....aku benci...aku benci kau cabul maruah aku..." Mia pejam mata lagi. Dia sudah pasrah. Jari Khaleef tidak berhenti mengesat pipinya. Kalau Khaleef mahu apa-apa kan dia di tangga ini. Lakukan. Dia sudah tiada kekuatan. Tapi dia bersumpah jika Khaleef sanggup merobek kepercayaannya, dia tak mahu melihat wajah lelaki itu sampai bila-bila.
"Biarkan aku sentuh kau Mia...ini je caranya untuk buat kau dengar...aku...aku cintakan kau Mia Maisarah. Aku cintakan kau sangat-sangat sampai rasa nak mati. Aku tak boleh tanpa kau..." Khaleef merapatkan kembali.
"Gila! Kau gila Khaleef!!!" tempik Mia lagi. Sedaya upaya dia alih kepala ketepi supaya wajah mereka tidak bersentuhan. Dia tidak rela di perlakukan begini.
"Ya! Aku gilakan kau! Gilakan kau seorang saja Mia! Aku tak mahu perempuan lain! Aku nak kau jadi hak milik aku Mia Maisarah!" Tubuh Khaleef semakin merapat.
"Khaleef!!" Naik seoktah lagi nadanya. Seluruh tubuh terasa menggigil. Seinci lagi tubuhnya bakal diratah oleh tubuh Khaleef. Sungguh dia rasa mahu bunuh sahaja diri sendiri dari diperlakukan oleh Khaleef.
Mata Khaleef terpejam seketika. Dia seolah tersedar dari rasukan bisikan syaitan. "Maafkan aku Mia..." Segera dia lepaskan genggaman tangannya. Tapi jarak masih dibiar dekat begitu. Dia tak mahu Mia lari. Dia mahu Mia berdepan dengannya.
Mia ambil nafas lega. Mujur Khaleef tidak apa-apakannya.
"Jadi isteri aku Mia."
Mia geleng kepala.
"Tolonglah...aku merayu...Jadi isteri aku..." rayunya dengan esakan. Kalau dulu Mia yang merayu. Kali ini biar dia yang merayu. Memang ini balasan yang setimpal untuknya.
Mia geleng lagi.
"Kalau kau tak sudi jadi isteri aku. Aku mohon, tolong jadi ibu kepada anak-anak aku Mia..." rayu Khaleef lagi.
Mata Mia terbuntang. Anak-anak? Kalau tidak kahwin dia mahu aku jadi ibu kepada anak-anak dia?! Gila!!!
"Aku tak nak!!!"
Khaleef geleng kepala.
"Kalau kau tak mahu jadi ibu kepada anak-anak aku. Aku merayu, tolong jadi nenek kepada cucu-cucu aku..." rayu Khaleef kali ni lebih terdesak. Dia pegang kedua belah bahu Mia.
"Lepaslah Khal! Aku tak mahu! Aku tak sudi!" jelas Mia sudah tawar hati. Dia mahu Khaleef melepaskannya sekarang. Kenapa Khaleef perlu memaksanya?
"Mia...listen to me...maafkan aku sayang...maafkan aku sayang...aku cinta pada kau...sayang...Mia sayang..." Jelas. Khaleef sudah jatuh pada Mia dengan hati yang paling terdalam. Tapi Khaleef sudah terlambat. Hati Mia sudah tertutup. Tiada peluang lagi untuk Khaleef masuk didalamnya. Khaleef belai pipi Mia dengan jari-jemarinya yang sudah menggigil. Dia tak mahu kehilangan Mia lagi.
"Apa salah aku Khal...kau buat aku sampai macam ni sekali...kau buat aku macam perempuan tiada maruah...." Tak tertahan esakannya apabila pipinya di kesa tanpa rela.
"Kau tak buat apa-apa salah. Aku yang salah. Aku bersalah. Aku cintakan kau Mia. Aku kesal sebab tolak kau tempoh hari. Sekarang. Mulai sekarang aku sudi! Aku sudi jadikan kau isteri!" Khaleef juga sudah teresak. Dia pegang kedua belah pipi Mia dengan telapak tangannya yang menggigil kesejukan. Sejuk kerana takut kehilangan.
"Hari ini...mulai saat ini..." Tertahan kata-katanya kerana esakan sendiri. Khaleef tatap wajah Mia menunggu gadis itu sambung bicara.
"Harini? Mulai hari ini apa Mia..." sayu suara Khaleef menerpa.
"Aku tarik semula lamaran aku."
"Mia Maisarah! Apa kau merepek ni! Kau tak dengar ke aku cakap tadi?! Aku sudi! Aku nak jadikan kau isteri aku! Ibu kepada anak-anak aku! Nenek kepada cucu-cucu aku! Moyang kepada cicit-cicit aku!!!"
"Aku betul-betul tarik diri." jawab Mia dengan esakan.
Pipi Mia di usap lebih erat.
"Mia...Mia...jangan terima Bahrin...tolong...aku tak sanggup tengok kau kongsi selimut dengan Bahrin..."
"Khaleef!!! Kau memang otak kuning!!! Aku benci kau!!!" Mia menumbuk-numbuk dada Khaleef yang hampir sahaja menghimpit dadanya.
"Sayang...dengar aku sayang..."
"Jangan panggil aku sayang!!! Aku jijik lah!!! Aku benci kau!!! Gila!!!" Tersedu-sedu dia menahan tangis.
"Shhh..." Jari telunjuk Khaleef melekat pada bibir Mia.
"Dengar...Mia Maisarah...mulai hari ini...aku terima lamaran kau...aku terima untuk jadikan kau isteri sebagai isteri aku...aku sudi sehidup semati dengan kau..."
•••
Seminggu berlalu. Mia tidak hadir kepejabat sejak peristiwa ditangga tempoh hari. Mungkin gadis itu sudah trauma berat dengannya. Sampai tak mahu bersua muka.
Khaleef raup wajah. Kusut. Serabai pun ada. Dah macam suami hilang bini.
Apa aku dah buat ni?
Mia...
Aku tak sengaja...
Aku tak bermaksud...
Rykal datang kearah Khaleef dengan dokumen yang berlambak ditatang.
"Khal kau tolong jagakan doku..."
Khaleef terus bangun.
"Aku kena jumpa abang Mia."
Terkejut Rykal bila Khaleef tiba-tiba bertindak pelik. Tak cakap apa, terus Khaleef keluar dari pejabat. Menuju terus ke rumah Mia.
Malik terus membuka pintu rumah sebaik sahaja mendengar ketukan pada pintu. Terkejut bila nampak Khaleef sudah berdiri tegak. Dengan kemeja tak bergosok. Dengan tali leher senget benget. Apa yang sudah terjadi? Malik tengok jam pada dinding. Baru pukul 2 petang. Kemudian dia kembali membuang pandang kepada Khaleef.
"Kenapa datang? Tak pergi kerja hari ni?" soal Malik dengan tenang.
"Kerja. Pulang awal harini. Nak bincang sikit dengan Malik." jawab Khaleef perlahan. Dia harap Malik tak menolak.
"Masuklah. Mia demam panas. Sebab tu lama tak datang kerja. Terbaring je dia dekat dalam bilik." kata Malik sambil pelawa Khaleef duduk disofa.
Demam panas?
Kerana diakah?
Kerana perbuatan tak terkawal dia tempoh hari?
Khaleef rasa mahu menangis lagi. Dia menyesal. Dia tak dapat nak kawal diri dia tempoh hari.
"Khal tunggulah sini dulu. Malik buatkan air." Cepat Khaleef tahan tangan Malik.
"Tak apa Malik. Khal cuma nak cakap sikit je. Tak lama pun." Malik akur setelah mendengar pinta dari Khaleef. Lepastu, Malik henyak punggung semula pada sofa.
"Ada apa?"
Khaleef tarik nafas dalam-dalam. Dia pada mulanya buntu mahu berterus terang tetapi dia tidak mampu untuk menahan diri lagi.
"Khal...Khal..." tersekat kata-kata dikerongkongan.
"Apa dia Khal? Luah je, Malik dengar." lembut suara Malik menerpa.
Gugup. Khaleef gugup mahu berterus terang sebab dia tahu bahawa dia sudah terlambat. Pertunangan Mia dan Bahrin bakal berlangsung lagi seminggu. Pelamin kecil juga sudah terpasang elok didalam rumah ini.
"Mia demam sebabkan Khal..." tertunduk wajah Khaleef.
Malik angguk tenang.
"Tahu."
"Malik tahu?" soal Khaleef.
"Mia dah cerita semuanya." nadanya masih tenang.
"Ma-Malik tak marah? M-Malik tak kecewa ke dengan Khal?" soal Khaleef sayu. Lututnya terasa lemah. Seakan tiada kekuatan lagi untuk berdiri.
Malik geleng kepala. Dia usap kepala Khaleef macam adik dia sendiri.
"Malik tahu macam mana rasa terdesak tu." ucap Malik perlahan.
Khaleef terus sebak. Dia peluk Malik erat. Dia menangis dalam pelukan itu juga.
"Khal nak kahwin dengan Mia...Khal nak kan Mia...Khal nak dia seorang je..." tersedu-sedu ketika mengucapkan itu.
Malik usap belakang Khaleef untuk menenangkan. Khaleef tak jauh seperti adik kecilnya sendiri. Malik kini sudah mencecah 35 tahun. Pasti saja dia sayangkan Khaleef sama seperti adiknya sendiri.
"Menangislah Khal...lepaskan semuanya..." perlahan pujuk Malik.
Pelukan makin dieratkan.
"Khal tahu semuanya sudah terlambat...Mia dah tutup hati dia rapat-rapat...tak ada ruang sudah untuk Khal..." semakin teresak dirinya setelah melepaskan segala perasaan yang terpendam.
"Pujuk dia Khal. Belum terlambat lagi. Jangan cepat mengalah..." pujuk Malik lagi. Sekarang sudah jelas, Khaleef punya perasaan terhadap adiknya Mia. Akhirnya, Khaleef menyuarakan isi hati.
"Tapi Mia dah terima Bahrin..."
"Cemburu?" soal Malik.
Khaleef angguk kepala laju. Dengan hingusnya meleleh. Nak tergelak macam jahat pula.
"Cemburu! Khal cemburu! Khal nak Mia untuk Khal seorang saja! Tak kira walau macam mana pun, Khal nak Mia jadi isteri Khal. Selama ini Khal tak pernah pasti dengan perasaan Khal. Tapi sekarang Khal dah pasti dengan hati Khal. Khal cintakan Mia lebih dari diri khal sendiri. Khal boleh jadi gila kalau Mia tak mahu terima Khal dalam hidup Khal!" panjang lebar Khaleef meluahkan. Dia tak kisah apa pun yang terjadi. Dia sudah tekad mahu jadikan Mia sebagai isterinya.
"Macam nilah. Khal balik dulu. Tenangkan diri. Balik pada Tuhan. Letak cinta Allah yang pertama baru cinta manusia. Lepastu, insyaallah...hati Khal akan reda dengan ketentuan Allah." pesan Malik dengan penuh kelembutan. Dia masih peluk Khaleef yang tersedu menangis dalam dakapannya.
"Khal tak boleh..."
"Bila kita cintakan seseorang kerana Allah. Perasaan tu akan lebih kuat Khal. Tapi, bezanya hati kita akan lebih tenang untuk melepaskan." pesan Malik lagi.
"Khal tak nak lepaskan Mia..."
"Khal dengar cakap Malik. Cinta Allah lebih manis dari cinta manusia. Allah akan hadirkan seseorang yang lebih baik dari Mia jika dia mahu."
"Khal nak Mia je..."
Malik peluk Khaleef makin kuat. Tak sanggup dia mendengar esakan Khaleef. Sebak jadi hatinya.
"Nanti Malik cuba pujuk Mia. Malik cuba pujuk Mia untuk Khal. Okey? Sudahlah, jangan menangis macam ni. Tak jantan." sakat Malik. Tak mahulah tegang terus.
Khaleef makin teruk menangis.
"Janji..." tersedu.
"Pujukkan Mia..." tersedu lagi.
"Jadi isteri Khal..." tersedu lebih banyak.
"Abang?" Tersentak Khaleef dan Malik melihat Mia yang sedang berdiri disitu. Muka Mia pucat tidak berdarah. Sah kerana kejadian tempoh hari.
"Kenapa jemput pencabul ni masuk dalam rumah kita?" soal Mia dengan wajah kecewa melihat Malik sedang memujuk Khaleef walaupun setelah apa yang dia ceritakan pada Malik. Mia ingat, Malik akan berpihak kepadanya. Tapi nampak nya macam tidak.
"M-Mia...aku bukan macam yang kau fikir..." ucap Khaleef dengan bibir yang sudah bergetar menahan diri dari terisak.
Mia tidak langsung memandang kearahnya. Dia ambil bantal petak diatas sofa. Campak pada wajah Khaleef sekuat yang dia mampu. "Balik! Berambus dari rumah aku!" tempik Mia sambil tangan satu lagi meraih sebuah lagi bantal petak.
Terkedu bila wajahnya tertampar kasar oleh bantal petak itu. "Mia.." Jujur. Tidak sakit. Tetapi hatinya yang sakit.
"Kau dengan otak kotor kau ni, boleh pergi berambus!!!"
Okaylah... Dah ter double update pula hehehe
Share this novel