JAI || BAB 06

Drama Series 96555

Nafkah batin?

Sejauh itu Khaleef berfikir?

Semakin benci perasaan Mia terhadap Khaleef. Banyak lagi perkara yang boleh dibuat selepas berkahwin tetapi hanya nafkah batin yang terpeta di fikiran Khaleef.

Khaleef raup wajah.

"Jangan salah sangka. Bukan otak aku ni terlalu kuning untuk hanya berfikir soal itu." jawab Khaleef dengan tenang. Walaupun suasana tegang, Khaleef cuba baik mungkin bersikap tenang. Gusar. Sudah pasti ada. Tapi dia cuma pendamkan saja.

"Tak cukup jelas? Memang itu yang otak kau tengah fikirkan. Tak perlu nak berdalih." laju saja Mia menafikan. Memang sudah tidak dapat bersangka baik. Mia terlalu sakit hati untuk bersangka baik ketika ini.

Tergeleng kepala Khaleef. Sampai macam ni sekali Mia berfikir.

"Ini bukan soal nafsu."

"Kalau bukan sebab nafsu sebab apa lagi? Sebab apa kau fikir sampai ke situ Khal?"

"Ini soal tanggungjawab."

Mia berdalih. Tanggungjawab? Hatinya mahu saja memekik kearah Khaleef sekarang tapi dia tahan. Itu saja? Hanya tanggungjawab 'yang satu' itu yang hanya Khaleef fikir? Apa jenis lelaki Khaleef ini?

"Kau tahu kan dalam perkahwinan ada dua jenis nafkah yang aku perlu bagi pada kau. Aku tak ada masalah untuk bagi kau nafkah zahir. Duit? Baju? Keselesaan? Semua tu aku mampu bagi. Tapi, nafkah batin...aku minta maaflah Mia. Aku tak mampu yang itu. Aku tak bersedia." jawab Khaleef penuh kelembutan. Dia berharap Mia tidak akan makan hati.

"Aku dah terang pada kau. Kau cuma perlu bantu aku lari dari berkahwin dengan Bahrin. Lepas kita dah kahwin, kau tak perlu sentuh aku. Tak perlu nak bersedia apa-apa sebab kita memang tak akan buat apa-apa. Lepas dah cukup tiga bulan kau ceraikan je aku." Mia cuba meyakinkan Khaleef lagi.

Khaleef ketap bawah bibir. Sedaya mungkin menahan mulut dari memaki cara pemikiran Mia.

"Aku tak mahu tanggung dosa. Berdosa kalau aku tak sentuh kau Mia. Itu hak kau lepas dah bergelar isteri aku." Khaleef belok kekiri.

"Apa yang dosanya Khal? Setakat salam. Cium dahi. Apalah sangat." jawab Mia sambil menyilang tangan.

"Lepastu, kau ingat dah cium dahi, salam tangan, tak akan sampai cium ke mulut? Lepastu ke mana? Katil? Lepas sudah ke katil apa yang kita buat bawah selimut?"

Terpana Mia mendengarkan jawapan selamba dari Khaleef.

"Aku tak rasa yang aku boleh cintakan kau Mia. Aku tak mahu jadi suami dayus. Kita kekal status macam ni ajelah Mia. Kenapa perlu musnahkan persahabatan kita? Sebab aku tolak lamaran kau? Tak masuk akal."

Tak masuk akal? Mia tutup mata. Rasa nak marah tapi dia tahan sabar.

Cukuplah.

Dia pun sudah muak mahu berhadapan dengan Khaleef.

Sungguh dia sudah tawar hati.

"Maknanya kau tak bersedia terima aku dalam hidup kau kan?" Mia tersenyum. Mulai detik ini, dia semakin sedar. Bahawa cintanya bertepuk sebelah tangan. Khaleef, dia adakah lelaki pertama yang telah meremukkan seluruh hatinya. Khaleef masih lagi terdiam seribu bahasa. Mereka selalu bertepuk tampar seperti adik beradik. Apabila membincangkan tentang cinta membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi apabila membicarakan tentang kahwin, ia suatu perkara yang sangat mustahil.

"Mia..."

"Faham, aku faham sangat. Terima kasih sebab prihatin tentang aku tapi lepas ni kau tak perlulah nak tolong aku bagai. Ya? Buka pintu. Aku turun dekat sini," ucap Mia dengan dingin sakali. Dia tidak mahu melihat wajah Khaleef. Mungkin tak mampu untuk menerima kenyataan. Dia sangat berharap semua yang berlaku ini adalah halusinasi.

"Jangan merepek, Mia. Gerak sekali je dengan aku. Aku hantar ke office semula. Lepastu Punch card."

"Tak nak."

"Ya Allah, Mia Maisarah. Kau sedar tak aku ni siapa buat kau, Mia? Kenapa degil sangat ni?"

"Ya, aku sedar. Kau kawan aku. Tapi tu dulu. Sekarang, kita dah putus. Kau dah lupa ke? Kau tolak lamaran aku tempoh hari dengan pandangan hina kau yang jatuh pada muka aku. Jangan ingat aku akan lupa soal itu." Mia kesat air matanya perlahan. Kemudian, dia sambung.

"Oh iya, aku rasa dah sampai masanya kau berhenti ambil kisah tentang aku. Aku sakit ke, aku mati ke apa ke. Tak payah lah nak ambil tahu. Lagipun, lepas ni aku akan jadi isteri Bahrin. Jangan lupa datang tau majlis perkahwinan aku nanti." Mia mengoyak senyuman.

Khaleef memegang dadanya yang terasa sakit. Kenapa bila Bahrin yang dibahas mesti rasa sakitnya lebih menusuk ke dalam hati?

Khaleef masih enggan membuka kunci pintu kereta. Memang dia sudah tidak kuat mendengarkan ucapan Mia lagi seterusnya.

"Khaleef."

Khaleef hanya teruskan pemanduan. Dia tidak mahu dengar permintaan karut Mia. Kenapa perlu dia tinggalkan Mia ditepi jalan? Sedangkan mereka memang kerja di office yang sama.

Dia tumbuk buku lima pada stereng. Satu. Dua. Tiga. Empat kali dia hentuk tetap tak dapat nak hilangkan rasa sakit yang telah bertahta di hati. Persahabatan mereka terputus begitu sahaja.

Kenapa dia perlu melupakan Mia?

Dia tidak mahu.

Dia tidak mampu melupakan Mia begini sahaja.

Kenapa susah sangat Mia nak nampak kerinduannya?

Air mata jantan Khaleef mula mengalir ke pipi.

"Aku tak boleh paksa diri aku untuk lupakan kau...." gumam Khaleef perlahan tapi masih boleh didengari oleh Mia.

"Andai ini semua salah aku, aku mohon pada kau maafkan aku..." gumam Khaleef lagi.

Mia cuma diam.

"Aku rindukan kita yang dulu. Aku tak mampu untuk lupakan persahabatan kita. Aku tak boleh nak paksa hati aku, Mia. Kau tak sedar? Betapa lelahnya aku pertahankan hubungan kita seorang diri?" tambah Khaleef lagi. Kali ini nadanya lebih mendayu seakan mahu menangis dan merayu.

Mia segera punch card sebaik sahaja sampai di pejabat. Rayuan Khaleef didalam kereta tadi mula bermain difikirkan.

Kalau Khaleef rasa sedih.

Dia berkali ganda lebih sedih.

Tapi salah aku kah?

Bukankah aku jadi begini kerana dia?

Mia geleng kepala. Fokus. Lepas habis punch card. Mia ambil beg kerjanya dengan tangan sebelah kanan. Dia tak mahu berlama-lama disini. Sampai sekarang dia masih teringat wajah Khaleef yang terluka kerana keputusannya untuk putus kawan dengannya.

Kejam sangatkah dia?

Aku rasa ditolak lamaran berkali ganda lebih sakit nak dibanding putus kawan.

Ditambah pula malu.

Aib.

Ditolak lamaran dengan cara elok masih boleh diterima.

Ini lain.

Dia di tempik.

Dia di pandang hina.

Bahkan sekarang, Khaleef sudah berani pegang setelah menolak lamarannya.

Seteruk itu.

Serendah itu maruah aku di pandang.

Sungguh dia juga buntu. Yang dia pasti, dia terluka dan malu. Dia tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan Khaleef.

Setiap kali dia memandang Khaleef. Dia pasti terbayang detik yang memalukan itu. Ah. Bagaimana aku mahu bertahan jika rasa sakit dan malu terus berlarutan? Bahkan tidak sembuh. Lukanya masih berdarah.

Jika tepuk dada. Pasti semua orang akan rasa perkara yang sama. Siapa je yang tidak malu apabila lamaran ditolak oleh kawan baik sendiri. Nak pula dia adalah seorang perempuan yang melamar kawan baik lelakinya. Rasa malunya bahkan berlipat kali ganda. Kalaupun dia tutup mukanya dengan tembok tetap malunya terasa.

"Eh, awal balik hari ini Mia? Nak kemana?" tegur Lisya. Dia kesini untuk mengambil beberapa dokumen penting di loker bersebelahan.

Mia toleh kearah Lisya. Senyuman hampa dia tayang.

"Aku tak berapa sihat sebab tu aku minta izin bos pulang awal." jawabnya datar.

"Oh, patutlah balik awal. Selalunya, kau kan kaki lepak office sampai malam dengan Khaleef, Najwa dengan Rykal." jawab Lisya. Tapi tangannya yang sedang membelek terhenti bila dia nampak Mia sedang termenung memegang beg kerja disitu.

Lisya kerut dahi perlahan.

"Kau okay tak ni? Sedih semacam je aku tengok." soal Lisya sambil membelek dokumen. Pelik pula bila nampak kawannya yang selalu ceria jadi sayu begini. Memanglah Mia sudah cakap bahawa dia sedang sakit tapi bukan ini kali pertama. Bahkan sebelum ini, Mia sempat berkaraoke semasa demam panas. Dia bukan jenis yang melepek. Sedih. Layu. Lemah. Ketika sakit. Tapi sekarang, nampak sangat bercanggah dengan sikap harian Mia.

"Aku penatlah Lisya..."

"Penat? Banyak sangat ye kerja yang bos taruh pada kau? Banyak juga file kerja yang aku nampak bos letak atas meja kau pagi tadi."

Mia senyum semakin hampa. Kerja semestinya akan rasa penat tapi ini dia penat dengan emosinya sendiri. Dia penat mahu tanggung rasa sedih. Kecewa. Hampa. Kenapa susah sangat dia nak rasa benci pada Khaleef? Kenapa susah sangat nak lupakan kebaikan Khaleef? Tak cukupkah luka yang Khaleef toreh dihati ni?

Fikirannya kembali bermain raut wajah Khaleef didalam kereta tadi. Air mata jantan Khaleef itu buat Mia lemah.

Terlalu terbawa emosikah aku?

Tapi aku rasa cara begini yang terbaik untuk kami berdua. Melupakan. Mampukah aku? Mampukah aku melupakan sosok jejaka yang selalu menemani kesunyiannya selama ini? Mampu tidak mampu. Ini keputusannya. Muktamad. Lagipun dia sudah tawar hati. Untuk apa dia mahu fikirkan hati Khaleef lagi? Sedangkan Khaleef tidak pernah bertimbangkan rasa sedihnya.

"Dah tugas aku, Sya. Terpaksa jugalah aku terima. Tapi perut aku tak nak bagi kerjasama pula hari ni. Esok ajelah aku sambung." jawab Mia sedaya upaya untuk menyembunyikan emosi.

Lisya hanya senyum, "Iyalah, kau balik elok-elok." pesan Lisya.

Mia angguk kepala.

"Kau balik lambat hari ni?" soal Mia. Tak mahulah terus habiskan perbualan kerana emosi sendiri. Nanti apa pula Lisya rasa sebab selalunya dia memang akan berbual panjang dengan Lisya.

"Itu sudah semestinya. Kerja aku tu lagilah! Bertimbun nok. Bos tu memang suka bagi kerja berlambak. Ni tak habis dengan kerja lama, dia tambah pula minta aku carikan dokumen yang dia listkan. Sabar jelah." bebel Lisya sambil teruskan pencarian. Mia senyum hambar sahaja. Iyalah, kerja memang tak akan pernah habis. Kalau mahu kerja senang...gaji tak dapatlah semasyuk ini.

"Okaylah Sya. Aku nak pulang dah ni. Aku rasa tak se... " Mia pantas memaling kearah figura yang sedang kemari dari jauh. Pucat tak berdarah wajahnya. Jikalau nampak wajah Khaleef tidak jauh beza seperti melihat hantu. Pasti kejung tubuh. Kalau keadaan terus begini dia pasti tidak keruan. Bukan dia tidak pernah mencari pekerjaan lain, tapi semuanya menolak. Iyalah, keadaan ekonomi sekarang bukannya stabil.

Terpaksalah dia bertahan dan sebumbung dengan Khaleef di pejabat yang sama.

Lisya juga ikut berpaling. Dia nampak Khaleef sedang berjalan kearah mereka. Kusut. Lisya toleh kearah Mia pula. Pucat. Ada apa diantara mereka berdua? Sedang berantam apa kawan baik sejoli ini?

Mia masih disitu. Tidak berganjak. Terkaku kaki.

"Nak apa? Cari kekasih hati dekat sebelah aku ni kan?" usik Lisya kepada Khaleef sambil meraih beberapa dokumen yang sudah dijumpai. Dia pasti mereka sedang tidak baik-baik saja. Biasalah, dalam berkawan mesti ada gaduhnya. Cuma dia teringin juga nak tengok dua ketul ni naik ke jinjang pelamin. Mesti sweet punyalah. Kawan sampai kahwin. Tersungging bibir Lisya bila terbayang.

Manalah tahu dari usikannya tiba-tiba jadi kenyataan kan? Dua-dua sama cantik sama pandan. Apa salahnya? Saling kenal sejak kecil pula tu. Orang tua-tua dulu kata, bagai pinang dibelah dua. Fuh. Dia pula yang berdebar apabila memikirkan itu. Dia berharap sangat Mia dan Khaleef akan berjodoh. Aamin. Tapi malangnya, mahu Khaleef ataupun Mia. Keduanya nampak tidak termakan dengan usikannya. Makin hari makin renggang pula.

Kadang Lisya rasa dirinya agak berlebihan. Tapi dia tetap tidak akan berhenti. Semoga dia dan kawan sekerja yang lain dapat merasa nasi minyak dari Mia dan Khaleef yang sudah bertukar status daripada kawan kepada perkahwinan.

Mia yang mendengarkan usikan dari Lisya itu terus berubah masam mencuka. Lisya perasan mereka berdua saling melarikan pandangan. Dah macam suami isteri tengah bergaduh pula dia tengok. Geram. Tapi dia tahan bibir dari mengusik lagi. Nanti tak pasal-pasal dengan dia sekali Mia bermusuh. Tak mahulah dia ambil risiko.

Kalau dulu mereka berdua tidak terkesan dengan usikan Lisya tapi sekarang selepas peristiwa penolakan lamaran itu. Sama ada Mia mahupun Khaleef, keduanya terasa geli-geleman setelah mendengarkan usikan dari Lisya. Rasa nak jahit je mulut gadis itu dari terus mengusik.

Khaleef keluh perlahan.

"Ni ubat kau tertinggal dekat kereta aku tadi." Khaleef hulur plastik putih berisi ubat kearah Mia. Tak kata apa. Mia terus raih laju. Tak mahu berlama dengan Khaleef.

"Sya, aku balik dulu lah." baru mahu melangkah.

"Mia, Khaleef nak kau stay tu sebenarnya. Kau je tak faham." usik Lisya sambil ketawa kecil.

Khaleef bungkam. Ya, itulah alasannya kesini. Dia rindukan Mia. Sejak kejadian dalam kereta tadi, fikirannya melalut jauh. Tak boleh nak fokus semasa menyiapkan tugasan. Pasti wajah Mia terpeta besar dalam ingatannya. Lebih-lebih lagi setelah permintaan Mia untuk putus kawan dengan dia. Lagi kusut. Gusar. Semua perasaan itu membelenggu diri. Gila? Iya, dia rasa seperti mahu naik gila dikerjakan oleh Mia. Perubahan sikap Mia perlahan-lahan membunuh keegoan Khaleef.

Dari ekor mata Khaleef, dia nampak wajah Mia sudah masam mencuka. Benci sangat nampaknya Mia pada dia. Selalunya, bila diusik oleh Lisya Mia hanya akan tertawa dan melupakan saja selepas itu. Tapi kali ini, tampak berlawanan.

Sakit sangatkah hatinya diusik sebegitu rupa?

Benci sangatkah bila dia diusik dengan usikan yang sudah menjadi kebiasaan Lisya?

Kalau sebelum ini dia boleh terima tapi kenapa sekarang tidak? Adakah kerana dia menolak lamaran Mia temoh hari?

"Sya, aku gerak dululah." pinta Mia terburu-buru. Beg tangan digantung pada bahu. Dia memang tidak boleh berlama disitu. Sakit hati bila tengok wajah Khaleef yang mampu setenang itu setelah apa yang berlaku. Dia memang tekad untuk cipta jarak diantara dirinya dan Khaleef.

"Alah, nanti lah dulu Mia." pinta Lisya. Tidak cukup lagi dia mahu mengusik.

"Tak larat lah aku nak berlama. Perut aku tak sedap ni." jawab Mia dengan muka semakin memucat.

"Mia." panggil Khaleef perlahan. Dia hulur minyak angin. Mia hanya pandang Khaleef dari ekor mata. Sudah dia pesan tak usah peduli lagi. Apa yang tak faham bahasa ni? Nasib ada Lisya depan mereka sekarang. Kalau tidak memang dia dah tempik Khaleef sekarang juga.

Mia hanya melirik minyak angin itu beberapa saat.

"Sya, ada orang dah tunggu aku kat bawah. Aku gerak dulu." Lepastu dia berlalu pergi tanpa berpaling.

Harini author nak triple update. Readers disarankan komen beramai-ramai lepas baca 3 bab baru. Kalau tak... Author merajuk. Hahaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience